Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Monday, November 30, 2009

jauh perjalanan...

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Teringat akan hari itu..yang benar2 menambah rasa kebergantungan diri terhadap Ilahi
Hari DIA menolong saya sepenuhnya...
Beberapa hari sebelum bercuti di kampung, saya menghadiri suatu program di suatu tempat yg memerlukan bas ekspres ke destinasi yang dituju...
Alkisahnya begini..rentetan perjalanan saya ke sana :

jam 11.15 pagi : saya tiba di stesen ktm..menunggu utk pulang ke kolej

jam 12.10 t/hari : ktm tiba..naik dgn jayanya hampir sejam

jam 1.05 ptg : tiba di stesen terakhir..jalan laju2..nak amik monorel lak..tunggu dlm 10 minit

jam 1.20 ptg : yes..monorel dah sampai..cepat2 naik

jam 1.40 ptg : tiba kat titiwangsa..hah..nak cari teksi lak

jam 1.45 ptg : naik teksi..( dalam hati ni, xtau la mase tu solat jumaat habis ke tak lagi..pakcik teksi tu muslim..kalau belum, rasa bersalah la..tapi tak leh nak elak dah..rush3 )

jam 1.50 ptg : sampai di kolej..mintak pakcik teksi tunggu sat..nak amik barang..nak pi balik
monorel tu...

jam 1.55 ptg : naik teksi lagi..amik lrt lak..ke hentian bas..

jam 2.05 ptg : lambat lak sampai lrt tu..sampai sempat berbual dgn sorang hamba Allah tu..yg mintak saya tolong dia, tapi saya tak tolong..maaf ye..bukan senang nk percaya
orang yg kita tak kenal..

jam 2.10 ptg : naik lrt..alamak!!!camne ni...kul 2.15 bas gerak..lagi 5 minit..risau sangat ni kalau terlepas bas..macam2 dah bayang dalam kepala

jam 2.15 ptg : sampai kt tempat tu..jalan laju bangat..ke hentian bas..

jam 2.20 ptg : fuh, lega!!! bas tu ada lagi..cepat2 naik bas..mujur pakcik driver
tunggu...mekasih ye pakcik =)..rupanya, rmai lagi yg lebih lambat dari saya..
kata gerak kul 2.15, tapi kul 2.45 baru jalan..aduhai...
never mind..hati amat lega pas duduk dlm bas tu..segala penat hilang begitu je..

actually, itulah pengalaman sy yg sangat berharga..dalam tempoh 2 jam, diri bergerak ke sana ke sini..sebab nak naik bas tu..dengan speed jalannya macam ape ntah la..tak pernah2 lalui camtu..sepanjang prjalanan, hanya mampu berdoa pada Allah, moga mempermudah urusan sy dan beri kesempatan sy menaiki bas tu..
alhamdulillah, Allah memakbulkannya..mengizinkannya..
teramat syukur padaNYA..

macam mana sy boleh berbuat tak baik padaNYA, jika DIA sering beri kebaikan pada sy..
macam mana sy boleh curang padaNYA, jika DIA sering setia pada sy..jaga sy..lindung sy..
macam mana sy nak jauhi DIA, jika DIA selalu di sisi sy, selalu dekat dengan sy..
macam mana sy nak lupakan DIA, jika DIA langsung tak pernah lupakan sy..
dan tak adil sama sekali sy mengingkariNYA kerana tiap nikmat yang saya rasai di atas muka bumi adalah hak mutlak DIA semuanya...

ingatlah kita ye..
apa-apa je yg kita alami tu..semuanya berlaku atas kuasaNYA..
ALLAH yang mengawal segala-galanya..tiada yang lain..hanya DIA...












Sunday, November 29, 2009

si comel

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Monday, November 23, 2009

panahan sayang & rindu

Kegatalan tangan utk memasukkan gambar2 si comey ini =)








haa...tengok ape tu hannah? smpai bulat benor mata tu...












alahai budak ni..tak pndang kamera lak..but, still cute =)






Tanya atuk, " hannah meniarap tak lagi ?"

Tanya moyang, " hannah balik tak cuti ni? "

Tanya saya dlm hati, " hannah ingat tak kat makcik?"..walaupun dah tahu budak itu baru mencecah umur 3 bulan

Kata adik, " tak sabar nak tunggu minggu depan "

Yes , next week zinnirah balik kampung !!!

Sama-samalah kita gaduh lagi..berebut nak pegang si kecil ini =P

Untungnya kamu ye..dikelilingi insan-insan yang sentiasa menyayangi dan merinduimu..

Dah besar nanti, sayangi dan rindui kami di sini juga ye...

Ibu ayah takde blog...mujur makcik ada blog..boleh kawan-kawan makcik kenal Hannah...hehe...

Doakan saya membesar dgn sihat ye..dan jadi anak yang solehah...juga anak buah yang baik...
sebaik makcik saya ni..( hikhik...gurau je )

Sunday, November 22, 2009

entri 3 dalam 1


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...


Walaupun sekarang air mencurah-curah dari awan dengan lajunya, saya dengan lajunya menekan-nekan keyboard laptop ini tanpa menghiraukan keadaan di luar sana =)

Keputusan exam

Syukran ilaALLAH atas keputusan UPSR baru-baru ini yang masih mengekalkan negeri Terengganu sebagai negeri terbaik pencapaian UPSR dalam negara kita. Saya bangga menjadi anak jati Terengganu..hehe..bermula tahun 2001, iaitu tahun saya menduduki UPSR, negeri kesayangan saya ini mencatatkan keputusan terbaik di seluruh Malaysia. Kemudian, berterusan hingga ke tahun ini. Selama 9 tahun berturut-turut T’ganu kekal sebagai juara. Kenapa ye asyik T’ganu yang selalu mendapat title ini? Saya ada membaca artikel dalam suatu akhbar yang turut menyatakan bahawa Kelantan turut mencatat kejayaan cemerlang dalam UPSR tahun ini. Menurut penulis tersebut, kedua-dua negeri itu nun jauh di pantai Timur. Jika dari KL, hampir 8 jam untuk sampai ke sana. Mengapa dan apa kaitannya kejayaan dengan negeri-negeri pantai Timur ? Telahan penulis itu, dia membuat andaian bahawa di sana banyak sumber laut yang segar, mereka jadi pintar sebab banayk makan ikan. Ikan adalah sumber kepada tahap kecerdikan seseorang kerana Omega 3 yang ada dalam ikan adalah elok untuk otak menjadi lebih cerdik dan cergas dalam tingkahlaku. Apabila difikirkan, logic juga kata penulis itu. Memang kami yang tinggal di pantai Timur ini mudah untuk mendapat bekalan ikan-ikan segar dari laut. Malahan, kebanyakan kami dapat makan ikan setiap hari. Sangat best ikan-ikan fresh itu! Omega 3 punyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Bukan ikan sahaja, banyak lagi makanan yang kaya dengan sumber Omega 3. Tapi, saya taklah pandai dan pintar, walaupun selalu makan ikan di rumah =)

Saya dan adik-adik berborak bersama emak. Emak cakap, ada orang yang komen dan cakap camni, “ Masa UPSR, T’ganu selalu dapat yang terbaik, tapi masa PMR terus jatuh result. Tak jadi yang terbaik dah.” Komen emak, “ tu pun tak dapat nak fikir..macam manalah result PMR tu T’ganu NAK jadi yang terbaik, dah semua budak-budak pandai tu belajar kat luar T’ganu masa tingkatan 1. Pergi SBP, pergi MRSM, pergi sekolah-sekolah bijak kat negeri lain. Tinggallah yang tak berapa pandai kat sini. Budak-budak pandai tu pulak yang naikkan nama sekolah-sekolah kat luar tu.” Betul cakap emak tu. SAYA SOKONG 100%.

‘Keropok Kolera

Keropok Kolera? Pernah kalian dengar nama ni? Biasanya, kita dengar keropok lekor, keropok ikan, keropok udang,etc..Telahan saya, wujudnya nama ini akibat wujudnya wabak kolera @ taun yang kian menular di negeri saya yang tercinta. Belum habis wabak H1N1, timbul pula wabak berbahaya ini. Wabak taun ini disebabkan oleh sejenis bacteria, iaitu ‘Vibrio Cholera’ yang mencemari sumber makanan kami di sini = IKAN. Kuman itu menjadi punca penularan wabak taun di T’ganu. Sudah beratus-ratus penduduk yang mengalami penyakit itu, sama ada yang mengalami cirit-birit(AGE), penghidap dan pembawa wabak. Ramai yang telah ditahan di wad-wad hospital dan ada beberapa orang yang telah meninggal dunia. Betapa bahayanya wabak itu!!! Banyak premis yang telah ditutup seperti kilang pembekal ais, kedai makan dan kilang keropok. Berhati-hatilah kepada sesiapa yang nak beli keropok di T’ganu tu, pilihlah yang anda pasti tiada kuman itu. Lebih baik jika kalian tidak makan keropok buat seketika, hingga wabak itu berkurangan. Bukankan mencegah lebih baik daripada mengubati ???

Hujan oh hujan

Sungguh sinonim kita kini dengan istilah hujan ni. Biasalah pabila dah hampir akhir tahun ni, musim tengkujuh dah tiba terutamanya di negeri-negeri pantai Timur. Angin monsun Timur Laut mula melaksanakan kerjanya dengan menyerang kami di pantai Timur ini. Masa kat pantai Barat pun hujan tetap turun, tetapi taklah seteruk keadaan di negeri sendiri. For me, this year is worst than last year. Lihat saja berita di media massa setiap hari, pasti diutarakan tentang keadaan banjir yang menimpa beberapa buah negeri. Awal dahulu, banjir teruk menimpa negeri Perak dan Kedah, kemudian kini berlaku pula di Kelantan, T’ganu dan Pahang. Dekat-dekat je semua negeri tu. Beberapa tahun lepas, Johor yang mengalami banjir yang dasyat. Semakin hari, keadaan semakin teruk dan membimbangkan. Bagitu ramai mangsa banjir yang telah berpindah-randah ke tempat-tempat yang lebih selamat, walaupun rumah sendiri dan barang-barang di dalamnya tak dapat diselamatkan sepenuhnya. Asalkan nyawa milik Allah ini diselamatkan terlebih dahulu. Perasaan simpati muncul di dalam hati apabila melihat mereka yang terpaksa mengharungi air yang tinggi untuk ke mana-mana. Ini menjadi dugaan buat mereka, lebih-lebih lagi anak-anak yang sedang berjuang di dalam SPM. Walau teruk mana musibah itu, mereka tetap perlu menduduki setiap paper yang dimabil. Bersabarlah kalian semua yang mengalami keadaan ini. Banyak jalan yang telah ditutup, maka ini tambah menyukarkan perjalanan seseorang untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Banjir turut berlaku di kampung saya, di beberapa kawasan yang bertanah rendah. Ada yang telah dipindahkan dan terpaksa berada di balai raya. Jalan masuk ke sekolah lama saya dahulu juga sudah dinaiki air. Air sudah banyak melimpah ke atas jalan raya.

Kata emak, “ syukur alhamdulillah kita duk dekat pantai ni. Berkarat pun berkaratlah. Asalkan tak perlu berpindah-randah.

Kebanyakan rumah yang berada berdekatan pantai sukar mengalami banjir. Air tetap ada, tapi taklah dikategorikan sebagai banjir. Apabila tiba musim ini, memang saya di rumah tak dapat membuka tingkap di bilik. Hanya membuka satu dua tingkap yang menghadap jalan raya. Kalau buka tingkap tu, alamatnya habislah melekit dalam rumah ni kerana tempias air masin dari laut di belakang rumah. Keadaan ombak di laut juga sangat kuat, dan pastinya sukar untuk para nelayan mencari rezeki mereka di sana.. Kipas juga perlu dipasang setiap hari untuk mengeringkan pakaian. Sejak pulang ke rumah, hujan tak pernah tak turun pada setiap hari. Kalau berhenti pun, sekejap je. Susah betul nak tengok cahaya matahari sekarang =)

Kesimpulan = SYUKUR

1. Syukur kerana negeri tercintaku masih menjadi pencapai terbaik dalam UPSR. GO, GO, TERENGGANU!!!

2. Syukur kerana kami sekeluarga dan sanak saudara tidak diserang penyakit taun@kolera itu. Moga ALLAH sentiasa melindungi kami daripada wabak itu sampai bila-bila.

3. Syukur kerana rumah kami tidak dinaiki air. Syukur berada di rumah ini, di atas tanah berpasir ini, yang mampu menyerap air sebanyak-banyaknya walaupun hujan turun tanpa henti. Syukur juga kerana keadaan laut di belakang sana masih ok dan tidak membimbangkan kami. Kata adik,” sekali tsunami datang, habislah rumah kita”..ada la risiko juga berumah berhampiran pantai ni..apa-apa pun, SYUKUR LILLAH ABADAN ABADA...


Monday, November 16, 2009

hargailah insan itu

Dalam dunia ini,
Kita tidak punyai sesiapa kecuali diri kita sendiri,
Tetapi, dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran sahabat,

Begitu juga dia…
Tetapi, kita sering lupa akan hal itu,
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya…
Kita tidak akan memberi peluang untuk menerangkan keadaannya,

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri..
Kita terlupa kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati…
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita

Waktu itu,
Terfikirkah kita tentang perbuatannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa,

Tetapi kita sering terlupa,
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita…

Pada waktu kita memerlukan dia,
Dia memperdengarkan luahan perasaan kita…
Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan menyelesaikan masalah…
Selalunya kita asyik bercerita tentang dia,
Ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita…
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan…

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita…
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan…
Kerana dia juga seorang manusia…
Dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,

Dia juga ada kelemahan,
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu,
Kita selalu melihat dia ketawa,
Tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka…

Di sebalik senyuman itu,
Mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Mungkin tersimpan seribu kekuatan yang kita tidak tahu…
Tetapi jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia,
Mungkin kita akan tahu,
Renungkanlah…


~ hargailah setiap sahabat yang kita punyai sebaik-baiknya. usah dihitung banyak mana kebaikan yang telah lakukan kepadanya, tetapi ingatlah banyak mana kebaikan yang dia hulurkan kepada kita ~

~ kawan yang baik adalah kawan yang mampu menegur kawannya itu. inilah yang dianggap sebagai kawan rapat. bukan atas dasar untuk mengecilkan hati, namun atas rasa kasih dan sayang pada seorang kawan itu. ( in my mind : makin rapat, makin susah untuk memberi teguran..hurmm ) ~

~ untuk mengajak rakan menjadi baik, biarlah diri kita sendiri dulu yang berusaha menjadi lebih baik. bukanlah apa yang kita suruh dia buat, tapi diri sendiri tak buat.
" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan " ( As-Saff: 2 dan 3 ) ~

~ berusahalah menjadi pendamping sahabat yang terbaik. susah senang dan suka duka bersama. hargailah kurniaan Ilahi itu sebaik-baiknya, yang mana dia dan kita adalah hak milikNYA yang mutlak. manfaatkan nikmat yang diberikan selagi tarikh luput peminjaman belum tiba ~

~ siapa pun kita, hanya kepadaNYA kita akan dikembalikan ~

~ berpegang teguhlah kepadaNYA, pasti DIA akan melindungi kita sentiasa ~

sumber puisi : www.atieya89.blogspot.com

Saturday, November 7, 2009

hilang stress..jumpa pening

sungguh fobia dgn tempat mengerikan ini =(


Selepas bertarung untuk 5 paper, akhirnya kami dah merdeka…hanya utk sementara..tak pernah habis exam cepat camni..sekali-sekala kan..agaknya next sem dah tak berpeluang macam ni lagi..ape2 pun, syukur dah melepasi fasa peperiksaan =) Biasela time exam semua orang stress, tak cukup tido, tak habis study lagi. Normal lah tu. Dengan jayanya, saya dan kawan-kawan melepaskan stress tu selepas paper terakhir. Jauh sungguh perjalanan kami hari tu. Hajatnye nak menjenguk menara itu, namun disebabkan cuaca kurang baik, kami hanya berada di tingkat pertama. Tak dapatla nak pusing-pusing seluruhnya. Buat rugi duit je kalau tak dapat tengok apa-apa. Mujur naik shuttle kan, takdela derma tenaga dan masa macam tu je. At least, dapat kenal dah la tempat tu. Ada rezeki kita p sana lagi =) ..Plan kami bertukar. Nak gi mana ni? Hujan pun lebat, payung pula takde.Ish3, redah jela hujan tu sambil membakar kalori kononnya. Kami sepakat nak ke tempat itu. Mahu jadi budak-budakkembali. Kalau difikirkan, macam takde kerja je pergi tempat macam tu. Serius macam kanak-kanak riang. Tak kisahla, asalkan dapat rasa sekali main-main kat situ.

Melihatkan keadaan di sana, rasa gerun n takut. “ miza, aku risaulah..camne nak main ni”..”aku pun tak berani la”. Hehe..sama-samalah kami buat berani masa tu. Dah masuk tu, sesat-sesat jap. “ Kita nak naik apa dulu ni?”. “ Jomlah, naik tu dulu”. Kami duduk dengan selamat. Awal-awal cool n steady je, lama-lama bila benda tu makin laju, mulalah dengar jeritan macam-macam. Saya hanya mampu tergelak masa tu, sedikit rasa lucu di hati. Rasa macam terbang di udara, sambil menguatkan pegangan tangan ni pegang tempat berpaut tu. “ Maaf sue, tak sengaja himpit kamu, benda ni pusing sangat laju”. Dah habis, mamai-mamai sikit, tapi masih mampu bertahan ke level seterusnya.

pusing-pusing

Kami masuk ke tempat seterusnya. Saya langsung tak tahu macam mane alat tu berfungsi, terus duduk je atas kerusi tu. Hati masing-masing dah berdebar-debar. Ia bergerak perlahan-lahan, sambil bercakap dengan ili di sebelah, ‘’ Ili, dah gerak ni, gerunnya’’. Kedengaran juga suara orang menjerit-jerit. Ili juga menyebut-nyebut nama saya. Namun, suara kami semakin hilang, akibat panahan alat yang sangat dasyat itu. Ye, teramat dasyat dan menggerunkan saya. Semakin ia bergerak laju, mulut saya makin terkunci. Allah je tahu perasaan masa itu. Jantung bagai berhenti berdenyut, nafas ibarat terhenti seketika. Rasa macam nyawa dah di hujung tanduk, dan saya sungguh pasrah sebab memilih tempat itu. Tak mampu dilakukan apa-apa, hanya menunggu ia berhenti bergerak. Kawan di sebelah pun terdiam dan kaku. Rasa nak menangis je time tu. Fikiran hanya pada Allah. Hanya mampu mengucap sebanyak-banyaknya di dalam hati. “ Ya Allah, selamatkanlah aku dan kawan-kawanku”. Mata tak ku tutup langsung, hanya memandang di hadapan. Memang patut kami gerun sebab kami duduk di tempat paling hadapan. Sangat mencabar permainan ini. Sungguh lega pabila dah tamat bermain. Macam-macam luahan yang kami kongsi. Ada yang nak nangis, ada yang ingat mak ayah la, ada yang cakap nak hidup lagi la. Memang itulah perasaan saya masa tu. Ibarat kematian menjelma di depan mata. Tak dapat dibayangkan bagaimana sakitnya menghadapi maut, dan bagaimana peritnya seksaan yang telah Allah janjikan buat hambaNYA yang lalai.

Kata ili, “ aku duk sebelah lina ni, dengar dia ucap subhanallah, subhanallah je.selamat kot duduk sebelah lina”.Kami hanya tergelak ketawa beramai-ramai. Lepas tu berehat je, menenangkan fikiran. Then, decide ke level ketiga. Dah pening sikit, tapi nak jugak lagi main. Naiklah ke tempat itu. Tengok dari bawah macam slow je, skali bila duk atas, laju bukan main lagi. Saya dengar sorang budak cakap,” bila nak turun ni, cepatlah”. Agaknya dah tak tahan tu. Saya pun terdiam masa ni. Hehe, dah tersangat pening, sambil cuba menahan diri daripada meluahkan semula isi perut saya. Kawan saya tak berhenti merungut, “ waa, lajunya. Jahatnya benda ni”. Bila dah stop, rasa macam di awang-awangan. Terus niat dalam hati tak nak main pape dah lepas ni. Saya dah serik!!!

Kawan-kawan terus ke level 4, tapi saya hanya melihat mereka memandu kereta itu. Pening masih menerjah diri sebenarnya. Kawan pun ada tegur lepas main tu, katanya muka nampak pucat. Hehe, tulah padahnya, nak main sangat kan.Ni jelah game kami hari tu di tempat itu. Dah tak sanggup nak masuk 3 level lagi. Memang kami tabik spring la sape yang dapat habiskan semua game kat situ =D

Nak buang stress, pening pulak ku jumpa. Anyway, that’s quite good experience la. Dah ade pengalaman kan, lepas ni tak masuk dah tempat tu. JANJI~

~ nice day, nice memory ~

port terakhir...

sungguh bahagia bila bola slalu masuk longkang...

result quite ok la =D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More