Walaupun sekarang air mencurah-curah dari awan dengan lajunya, saya dengan lajunya menekan-nekan keyboard laptop ini tanpa menghiraukan keadaan di luar sana =)
Keputusan exam
Syukran ilaALLAH atas keputusan UPSR baru-baru ini yang masih mengekalkan negeri Terengganu sebagai negeri terbaik pencapaian UPSR dalam negara kita. Saya bangga menjadi anak jati Terengganu..hehe..bermula tahun 2001, iaitu tahun saya menduduki UPSR, negeri kesayangan saya ini mencatatkan keputusan terbaik di seluruh Malaysia. Kemudian, berterusan hingga ke tahun ini. Selama 9 tahun berturut-turut T’ganu kekal sebagai juara. Kenapa ye asyik T’ganu yang selalu mendapat title ini? Saya ada membaca artikel dalam suatu akhbar yang turut menyatakan bahawa Kelantan turut mencatat kejayaan cemerlang dalam UPSR tahun ini. Menurut penulis tersebut, kedua-dua negeri itu nun jauh di pantai Timur. Jika dari KL, hampir 8 jam untuk sampai ke sana. Mengapa dan apa kaitannya kejayaan dengan negeri-negeri pantai Timur ? Telahan penulis itu, dia membuat andaian bahawa di sana banyak sumber laut yang segar, mereka jadi pintar sebab banayk makan ikan. Ikan adalah sumber kepada tahap kecerdikan seseorang kerana Omega 3 yang ada dalam ikan adalah elok untuk otak menjadi lebih cerdik dan cergas dalam tingkahlaku. Apabila difikirkan, logic juga kata penulis itu. Memang kami yang tinggal di pantai Timur ini mudah untuk mendapat bekalan ikan-ikan segar dari laut. Malahan, kebanyakan kami dapat makan ikan setiap hari. Sangat best ikan-ikan fresh itu! Omega 3 punyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Bukan ikan sahaja, banyak lagi makanan yang kaya dengan sumber Omega 3. Tapi, saya taklah pandai dan pintar, walaupun selalu makan ikan di rumah =)
Saya dan adik-adik berborak bersama emak. Emak cakap, ada orang yang komen dan cakap camni, “ Masa UPSR, T’ganu selalu dapat yang terbaik, tapi masa PMR terus jatuh result. Tak jadi yang terbaik dah.” Komen emak, “ tu pun tak dapat nak fikir..macam manalah result PMR tu T’ganu NAK jadi yang terbaik, dah semua budak-budak pandai tu belajar kat luar T’ganu masa tingkatan 1. Pergi SBP, pergi MRSM, pergi sekolah-sekolah bijak kat negeri lain. Tinggallah yang tak berapa pandai kat sini. Budak-budak pandai tu pulak yang naikkan nama sekolah-sekolah kat luar tu.” Betul cakap emak tu. SAYA SOKONG 100%.
‘Keropok Kolera’
Keropok Kolera? Pernah kalian dengar nama ni? Biasanya, kita dengar keropok lekor, keropok ikan, keropok udang,etc..Telahan saya, wujudnya nama ini akibat wujudnya wabak kolera @ taun yang kian menular di negeri saya yang tercinta. Belum habis wabak H1N1, timbul pula wabak berbahaya ini. Wabak taun ini disebabkan oleh sejenis bacteria, iaitu ‘Vibrio Cholera’ yang mencemari sumber makanan kami di sini = IKAN. Kuman itu menjadi punca penularan wabak taun di T’ganu. Sudah beratus-ratus penduduk yang mengalami penyakit itu, sama ada yang mengalami cirit-birit(AGE), penghidap dan pembawa wabak. Ramai yang telah ditahan di wad-wad hospital dan ada beberapa orang yang telah meninggal dunia. Betapa bahayanya wabak itu!!! Banyak premis yang telah ditutup seperti kilang pembekal ais, kedai makan dan kilang keropok. Berhati-hatilah kepada sesiapa yang nak beli keropok di T’ganu tu, pilihlah yang anda pasti tiada kuman itu. Lebih baik jika kalian tidak makan keropok buat seketika, hingga wabak itu berkurangan. Bukankan mencegah lebih baik daripada mengubati ???
Hujan oh hujan
Sungguh sinonim kita kini dengan istilah hujan ni. Biasalah pabila dah hampir akhir tahun ni, musim tengkujuh dah tiba terutamanya di negeri-negeri pantai Timur. Angin monsun Timur Laut mula melaksanakan kerjanya dengan menyerang kami di pantai Timur ini. Masa kat pantai Barat pun hujan tetap turun, tetapi taklah seteruk keadaan di negeri sendiri. For me, this year is worst than last year. Lihat saja berita di media massa setiap hari, pasti diutarakan tentang keadaan banjir yang menimpa beberapa buah negeri. Awal dahulu, banjir teruk menimpa negeri Perak dan Kedah, kemudian kini berlaku pula di Kelantan, T’ganu dan Pahang. Dekat-dekat je semua negeri tu. Beberapa tahun lepas, Johor yang mengalami banjir yang dasyat. Semakin hari, keadaan semakin teruk dan membimbangkan. Bagitu ramai mangsa banjir yang telah berpindah-randah ke tempat-tempat yang lebih selamat, walaupun rumah sendiri dan barang-barang di dalamnya tak dapat diselamatkan sepenuhnya. Asalkan nyawa milik Allah ini diselamatkan terlebih dahulu. Perasaan simpati muncul di dalam hati apabila melihat mereka yang terpaksa mengharungi air yang tinggi untuk ke mana-mana. Ini menjadi dugaan buat mereka, lebih-lebih lagi anak-anak yang sedang berjuang di dalam SPM. Walau teruk mana musibah itu, mereka tetap perlu menduduki setiap paper yang dimabil. Bersabarlah kalian semua yang mengalami keadaan ini. Banyak jalan yang telah ditutup, maka ini tambah menyukarkan perjalanan seseorang untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Banjir turut berlaku di kampung saya, di beberapa kawasan yang bertanah rendah. Ada yang telah dipindahkan dan terpaksa berada di balai raya. Jalan masuk ke sekolah lama saya dahulu juga sudah dinaiki air. Air sudah banyak melimpah ke atas jalan raya.
Kata emak, “ syukur alhamdulillah kita duk dekat pantai ni. Berkarat pun berkaratlah. Asalkan tak perlu berpindah-randah.
Kebanyakan rumah yang berada berdekatan pantai sukar mengalami banjir. Air tetap ada, tapi taklah dikategorikan sebagai banjir. Apabila tiba musim ini, memang saya di rumah tak dapat membuka tingkap di bilik. Hanya membuka satu dua tingkap yang menghadap jalan raya. Kalau buka tingkap tu, alamatnya habislah melekit dalam rumah ni kerana tempias air masin dari laut di belakang rumah. Keadaan ombak di laut juga sangat kuat, dan pastinya sukar untuk para nelayan mencari rezeki mereka di sana.. Kipas juga perlu dipasang setiap hari untuk mengeringkan pakaian. Sejak pulang ke rumah, hujan tak pernah tak turun pada setiap hari. Kalau berhenti pun, sekejap je. Susah betul nak tengok cahaya matahari sekarang =)
Kesimpulan = SYUKUR
1. Syukur kerana negeri tercintaku masih menjadi pencapai terbaik dalam UPSR. GO, GO, TERENGGANU!!!
2. Syukur kerana kami sekeluarga dan sanak saudara tidak diserang penyakit taun@kolera itu. Moga ALLAH sentiasa melindungi kami daripada wabak itu sampai bila-bila.
3. Syukur kerana rumah kami tidak dinaiki air. Syukur berada di rumah ini, di atas tanah berpasir ini, yang mampu menyerap air sebanyak-banyaknya walaupun hujan turun tanpa henti. Syukur juga kerana keadaan laut di belakang sana masih ok dan tidak membimbangkan kami. Kata adik,” sekali tsunami datang, habislah rumah kita”..ada la risiko juga berumah berhampiran pantai ni..apa-apa pun, SYUKUR LILLAH ABADAN ABADA...
0 comments:
Post a Comment