Tuesday, July 28, 2015

Kurangkan Merungut dan Mengeluh

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, sekarang dah melepasi sebulan Ramadhan 1436H sekelip mata je. Makin bertambah tahun, makin cepat masa berlalu. I wonder why :). Mungkin sebab bumi makin cepat berputar dan kiamat makin dekat. Let's prepare for qiyamah friends.

Sebenarnya saya tak tahu nak mencoret apa ni. Terlalu banyak dalam fikiran tapi asyik pending je nak update, at last kepeningan. Yes, saya rindu untuk berblogging semula sebab inilah hobi di kala muda-mudi dahulu. Saya tabik spring pada mereka yang punya kerja, punya anak dan punya rumahtangga yang masih sempat menguruskan blog mereka untuk kongsi apa yang patut. Teruskan hobi anda ini dan semoga bermanfaat untuk semua yang berkunjung.

Nampaknya Allah tarik balik ilham saya hari ini. Sungguh blur. Takpe, saja nak bercerita tentang kurangkan rungutan dalam hidup kita. Prof Muhaya selalu pesan jangan asyik merungut sebab merungut itu pastilah perkara negatif. Suka cakap diri sakitlah, tak laratlah, penatlah, bosanlah, stresslah dan macam-macam lagi. Bagi saya merungut depan Allah mungkin boleh sebab Allah itu Maha Mendengar. Itu tandanya kita tahu hanya Allah tempat untuk kita mengadu. Namun pada zaman teknologi kini manusia lebih suka mengadu dan merungut di laman-laman sosial. Walhal perkara itu adalah baik untuknya tapi dia memilih untuk mengeluh dan bersungut.


Bila kita stress belajar, kita kata stress sangat. Sedangkan kat luar sana ramai lagi orang nak sambung belajar tapi tak boleh dan tak mampu. Cuba belajar handle stress kita tu tanpa menjejaskan perasaan orang lain.

Bila kita rasa bosan, kita kata bosanlah, boringlah hidup ini. Tahu tak kat luar sana ada orang tak sempat pun nak sebut perkataan bosan dan boring sebab hidupnya 24 jam terlalu sibuk, contohnya para pendakwah dan doktor yang sering on call. Cubalah cari aktiviti yang boleh mengisi masa terluang kita seadanya.

Bila kita kata penat dan tertekan bekerja di depan semua orang, itu seolah-olah kita dah bosan dengan kerja kita. Padahal kat luar sana sangat ramai orang yang menganggur dan kerjanya asyik hantar resume tapi tak pernah lulus. Hingga ada yang tertekan. Betapa mereka nak kerja, tapi kita pula bersungut penat bekerja, sedangkan kerja itu kita yang apply kan? Kan kita ni khalifah, memang Allah jadikan untuk bekerja di muka bumi ini untuk menapung kehidupan, tak kisahlah kerja di rumah atau di luar rumah. Cuba kita syukuri rezeki yang kita ada itu.

Bila kita sakit sikit, terus mengadu sana sini. Kat hospital nun berlambak lagi orang yang sakit lebih teruk daripada kita, malah hanya terlantar atas katil. Tak mampu buat apa-apa. Bukankah sakit itu penghapus dosa? Ambillah ibrah daripada sakit yang kita dapat, mesti ada sebabnya kenapa Allah kurniakan kita sakit itu. Kalau sakit teruk macam kanser ke, jantung ke tak kisahlah nak mengadu sikit pun kan. Ni setakat demam sikit, sakit perut sikit, pening kepala sikit mengadu kemain. Doalah pada Allah minta Allah sembuhkan sakit kitu itu, inshaAllah.

Satu lagi part ialah bagi sesetengah wanita hamil yang suka merungut tentang kesakitannya semasa hamil. Kenapa nak merungut depan orang lain sedangkan kat luar sana ramaaai sangat wanita yng asyik berusaha untuk hamil dan mendapat zuriat sendiri. Bukan ke kita yang nak anak itu? So, bila dah hamil, bila dah dapat side effects macam-macam tu, bersabar sahajalah. Diri tu dah beruntung sangat sebab Allah kasi peluang untuk hamil. Tapi mereka yang susah nak hamil tu hari-hari doa nak hamil. Bukan kita sorang je rasa sakit bagai tu, orang lain pun rasa. Cukuplah mengadu depan suami sendiri dan Allah. Minta Allah mudahkan urusan kehamilan anda hingga selamat semuanya. Aameen.

Habis rungutan dah saya senaraikan. Ada lagi ni tapi cukuplah di sini dulu. Masa tak mengizinkan nampaknya. Bersangka baiklah setiap masa pada Allah untuk apa yang kita ada dan kita tiada. Nak bandingkan rungutan kita dengan beribu riban nikmat yang Allah dah kasi tu memang macam langit dengan bumilah nampaknya. Just think positif dan never ever give up. Allah sentiasa ada di sisi kita. So, lets tight to Allah tightly :D.


Wallahu'alam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More