Friday, October 16, 2015

Jasa Kenari Si Kuda Hitam

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah hari ini masuk 3 Muharram 1437H di tahun baru lagi kita. 
Sebenarnya dalam kepala ni macam-macam terfikir nak post kat blog ni tapi asyik tangguh je. Dulu masa sibuk belajar, bukan main lagi aktif meng'update'. Tapi jangan risau blog, tuan anda ni takkan biarkanmu terkubur gitu je :)

Terfikir berkenaan kerja. Rindu pula masa zaman kerja di kolumpo tahun lepas. Keluar awal pagi, balik rumah dah nak maghrib. Keluar awal sebab nak elak jem dan mudah parking, cuma masa balik jem memang tak boleh elak. Tu yang sampai asyik terlelap masa drive, alhamdulillah Allah masih panjangkan usia ni. Berpeluang belajar dan bekerja di kolumpo memang satu peluang besar yang Allah kasi. Boleh kenal selok-belok jalan di sana dan sesat tu memang jadi kawan baiklah. Terima kasih untuk si kuda hitam ini yang sentiasa menemani saya dari dulu hingga sekarang. Dalam tempoh hampir lima tahun, pelbagai memori suka duka bersama bersama kuda hitam ini.


ihsan google

Dulu masa tahun 2011 saya memaksa diri untuk drive kereta ini sebab nak guna semasa latihan industri(praktikal) di Shah Alam. Saya dapat lesen masa umur 18, tapi duk buat pekasam je sebab sambung belajar di matrik setahun, then di UKM selama empat tahun. Bila masuk tahun ketiga tu la baru paksa diri drive. Ingat lagi dulu belajar drive balik dengan my bestie kat Tasik Titiwangsa tu. Drive kat jalan KL kot, dengan banyak keretanya kat sana. Slow-slow praktis dan alhamdulillah mampu drive ulang-alik hari-hari satu jam ke tempat praktikal. Memula drive tu memang sesatlah kejap tak kenal jalan lagi..hehe

Banyak sangat jasa kuda hitam ni kat saya. Masa tahun akhir pun teman saya selalu untuk collect data untuk thesis pemakanan. Explore jalan-jalan yang tak dikenali kat kolumpo nun. Kuda hitam ni jugaklah teman saya ke tempat-tempat program, usrah dan lain-lain. Tak kira siang atau malam. Kenangan yang paling tak boleh lupa masa konvoi raya dengan geng Yusof, tereksiden pulak sampai masuk longkang sebab kawan yang nak drive masa tu. Saya dah penat drive siang seharian. Akibat insiden itu, terus jadi bertenaga semula dan pulang ke kolej dengan selamat.

Kuda hitam ni jugaklah saya pergi jalan-jalan dengan geng nutrilicious saya. Sorry korang, teringat malam tu konon nak bawa pergi minum air buah gelas besar kat Keramat tapi sampai ke sudah tak jumpa. Pusing-pusing tempat sama je huhu. Lastly, kami singgah makan hampir jam 12 malam sebab dah terlalu lapar. Saya tak tahu kenapa bila saya drive ada kawan teman, mesti sesat even jalan tu dah macam familiar. Masa drive sorang-sorang ok pulak menuju jalan yang lurus. Memang kesianlah kat kawan-kawan :D

Sepanjang tempoh guna ni, ada jugalah ragamnya beberapa kali. Mati masa nak bayar parking, kereta tak hidup, tayar nak bocor. Well, itu semua dah ajar diri untuk tahu selok-belok kereta ni. Apa yang perlu dibuat. Alhamdulillah, setakat ini takdelah kerosakan yang teruk. That's why i panggil kuda hitam sebab kereta ini memang lasak. Sampai hutan belantara pun boleh masuk sebab sesat -__-.

Berjasa selama dua tahun selama saya bekerja. Eh, patutnya buat karangan Aku Sebuah Kenari ni..heheh..Sekarang masih berjasa walaupun saya tidak bekerja. Buat ulang-alik keluar pergi beli barang, pergi klinik dan pergi jalan-jalan. Saaayang betul kat kuda hitam ni sebab dah selesa dan ngam drive kereta ni. Kalu drive, rileks je tak payah laju-laju sebab kereta kecik je. Kalau bawa kereta yang glemer-glemer oversea punye, memang takleh la bawa macam siput sangat, nanti kena honn. Tahu-tahu jela rakyat Malaysia yang kurang penyabar atas jalan raya ni. Macamlah dia sorang je bayar cukai jalan :p

Thanks ayah sebab kasi pinjam ini kuda hitam. Semoga dikurniakan rezeki untuk miliki kereta sendiri nanti untuk kemudahan keluarga. Bersyukur Allah kasi kemampuan untuk drive sebab boleh ke mana-mana bila-bila masa je tambah-tambah bila dah kahwin. Dah boleh ringankan beban suami kan. Be independent! Nanti si kuda hitam ni dah nak bertukar tuan. Sobsobsob. Harapnya tuan baru tu jagalah elok-elok ye, my kesayangan ni :)

Sebelum drive, jangan lupa baca doa naik kenderaan ye.
Jika kita sesat, istighfarlah dan doa pada Allah supaya tunjukkan kita jalan yang betul. Sabar dan inshaAllah kita akan jumpa jalan tu nanti. Percaya pada Allah :>


Selamat Tinggal Si Kuda Hitam

I Love You So Much



0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More