Tuesday, October 27, 2015

Japanese Cotton Cheese Cake Lembut dan Gebu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Bismillahirrahmanirrahim


Ok hari ni Allah kasi kerajinan untuk update blog. Rasanya ni first time saya kongsi resipi masakan di sini. Sebab buat menjadi :p. Dah lama rasa nak buat cheese cake ni tapi asyik pending je. Dulu pernah buat chocolate cheese cake yang dua lapis tu, tapi guna kaedah kukus. Saya google banyak resipi dan tertarik pada dua resipi ni untuk dicuba, tu pun lama fikir nak ambil yang mana haha. Di sini dan di sini. Saya tak ikut betul-betul dan diolah sedikit sebab cream cheese yang ada tak ikut sukatan resipi tu. Alhamdulillah, menjadi jugak. Ok jom tengok resipi yang saya gunakan :

Bahan-bahan :

140 gm cream cheese (saya guna Tartura)
300 ml susu segar (saya guna low fat dutch lady)
40 gm mentega (saya guna Buttercup)
40 gm marjerin (saya guna Adela)
80 gm tepung gandum (ayak)
80 gm gula kastor
4 biji telur B/ 3 biji telur A (asingkan telur putih dan telur kuning)
Sedikit esen vanilla/ jus lemon

Cara-cara :

1.  Masak cream cheese, susu segar, mentega dan marjerin di atas dapur secara double boil.  Masak hingga semua larut dan cair. Tak perlu tunggu mendidih.
2.  Ambil bekas lain dan masukkan putih telur yang telah diasingkan. Pukul putih telur         menggunakan hand mixer hingga berbuih. Kemudian, masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga menjadi likat dan bertanduk. Istilah yang digunakan ialah meringue. Cara nak tahu dah betul-betul kental ialah terbalikkan bekas itu dan adunan meringue tidak meleleh. Sangat best bila tengok kegebuan dan kekentalan meringue itu.
3.  Ambil satu lagi bekas lain dan masukkan telur kuning. Pukul dengan hand mixer sekejap dalam 1 minit. Selepas itu, masukkan adunan cheese yang telah sebati dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Seterusnya, masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Masukkan pula sedikit esen vanilla dan kacau sebati lagi.
4.  Masukkan adunan meringue ke dalam adunan tepung dan cream cheese itu. Kacau adunan menggunakan whisk secara perlahan-lahan mengikut satu arah sahaja. Apabila dah bercampur semua, guna kaedah kaup balik hingga adunan benar-benar sebati.
5.  Sapukan sekeliling loyang dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak/ kertas putih. Masukkan adunan kek ke dalam loyang tersebut.
6.  Balut sekeliling loyang dengan aluminium foil kecuali bahagian atas. Masukkan loyang adunan ini ke dalam satu lagi loyang/ dulang lain yang diisikan air panas. Air panas tu letak separuh atau 3/4 ketinggian loyang adunan. Kaedah ini dinamakan bain marie/ water bath.
7.  Bakar kek pada suhu 160 celcius selama 45 minit. Sebelum bakar, panaskan dulu oven ye.
Cara nak tahu masak ialah cucuk garfu pada kek dan kek tak melekat pada garfu itu.


# Baru tahu kek ni namanya japanese sebab guna kaedah bain marie

flash gituu :)

rupa dalam kek yang telah dipotong

satu potong untuk santapan empunya badan..ngaap
boleh nampak kan kegebuan dan kelembutan kek itu

hehe dah makan sikit

sebiji kek
gebu, lembut dan lembap


Resipi ni memang kena pada tekak sebab tak terlalu manis. Manis ala kadar dengan rasa cream cheese, dan tak rasa berlemak sangat sebab saya guna susu rendah lemak. Kalau anda sukakan kek yang moist tapi malas nak kukus, boleh guna resipi ni dan guna kaedah bakar. Rasanya tetap moist dan seperti dikukus-kukus.


* partner suka makan kek kukus sebab lebih moist. So, teknik ni menjadi untuk santapan dia nanti. harapnya makan tanpa henti la ye. hehe
* maaf tiada gambar step by step tu sebab tak snap pun. snap yang dah siap je :D


Selamat mencuba :)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More