Sunday, November 22, 2015

Jobless (Unemployment)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah nak habis bulan November, dah mula cuti sekolah. Bila masuk bulan November ni mengingatkan saya yang dah setahun tak bekerja. Tak bekerja yang bermaksud kerja makan gaji. Kerja di rumah hari-hari buat non-stop sampai sekarang. Teringat bagaimana dulu saya berfikir panjang sebelum decide untuk berhenti kerja di sana. Masa bekerja, memang cuti sekolahla yang paling ditunggu-tunggu sebab kuranglah kereta dan jem atas jalan tu pagi dan petang. Kali ini tak heran pun sebab tak bekerja -_-. Walaupun saya decide untuk berhenti kerja dahulu sebelum tamat kontrak, saya dapat rasai nikmat yang lebih besar Allah kurniakan. Hilang benda lain yang disayangi, Allah gantikan dengan benda yang lebih bernilai. Apakah itu? Nantilah next next entry saya ceritakan, heheh.

Sebenarnya rasa rindu jugak masa bekerja jarak jauh dahulu even lapan bulan je. Setiap bulan berulang-alik naik bas jumpa partner dan parents. Asyik fikir tarikh nak balik je dalam kepala ni hingga jadi pengguna tiket bas online yang tegar. Bila hari jumaat nak naik bas, terkejar-kejar teksi dan lrt lepas habis kerja. Risau sungguh jika lambat nanti terlepas bas, melayanglah duit dan masa itu. Alhamdulillah semuanya Allah mudahkan. Bila hari ahad malam isnin, sayalah pengguna setia tempat duduk di hentias bas itu. Bukan kat luar, kat dalam ok. Kira-kira dekat sejam juga kena menunggu sampai tertidur duduk kat situ. Kalau bas sampai kul 4 pagi, sejam setengah kena tunggu. Dikelilingi pemandu-pemandu teksi, para gelandangan dan asap rokok yang menyesakkan jiwa. Tapi tak risau sebab ramai orang dan yakin Allah lindungi. Saya memang tak boleh lupakan pengalaman ni bila saya tanya pak guard kat situ untuk masuk dalam sebelum pintu gate dibuka. Entah tak tahu kenapa nak sangat masuk dalam tapi pak guard berkeras taknak buka. Saya pun malas nak tunggu kat tempat duduk yang mengebaskan diri itu. Satu lagi sebab awal lagi. Esoknya saya dan officemate kena pergi Perak untuk collect data. Bila pak guard tu tak hiraukan, automatik saya rasa sangat sedih dan menangis seorang diri huhu. Saya paksa dan beranikan diri cari teksi untuk ke area tempat kerja walaupun tahu tambang teksi mahal RM30 ambil masa 10 minit je ke sana. First time ambil teksi dan doa banyak-banyak sepanjang jalan hinggalah selamat sampai. So, bila dah sampai sana saya tidur sekejap di surau pejabat. Ada pak guard jadi taklah takut sangat. Memang experience masam manis sungguh hari itu. 



Memang itulah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh orang yang pjj ni. Korban masa, jiwa, tenaga dan duit. Saya tabik spring kat mereka yang pjj bertahun-tahun lamanya walaupun dah ada ramai anak. Lepas dah tak bekerja di sana, saya sempat merasa menjadi guru tuisyen untuk 2 jam sahaja dan kerani (percubaan) di company wakil insurans selama 6 hari. Jadi guru tuisyen kejap je sebab partner suruh berhenti dan kerani tu diberhentikan sebab tak lepas tempoh percubaan. Bila difikirkan balik, memang banyaklah hikmah tak bekerja kat dua tempat itu. Memula memang rasa sedih yang kerja kerani tu, tapi sebab saya tahu Allah tahu bahawa tempat tu tak sesuai untuk saya biarpun majikannya itu orang melayu kita. Cukuplah saya ada pengalaman manis dan masin selama seminggu itu. So, hingga kini saya masih tak bekerja dan jadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah, saya hargai jawatan yang Allah kurniakan ini dahulu kepada saya. Saya yakin next time ada la tu rezeki lain pula kan. Mungkin tunggu si jantung hati ni keluar dulu baru Allah kasi benda lain. Bersabarlah dan yakin dengan rezeki Allah :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Kami menanti orang baru dengan sabar menghitung hari
Ameen

Wallahu'alam

1 comments:

tabik spring pada surirumah..
Sape kata jobless.. too many job to do kan na.. mmg x rasa monday blues pun.. the job that i guess u enjoy to do.. kan.. cuti 3 bulan rasa sgt best dapat luang kan 24/7 dgn anak2.. nak tinggalkan anak2 dgn org yg x dikenali dgn anak2 x pandai bercakap unt mengadu itu ini sangat sangat sangat merisaukan na.. :( semoga jumpa pengasuh yh anggap anakku spt anak dia jugak.. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More