Saturday, April 16, 2016

Anugerah Ilahi 2015

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Kali ni akhirnya nak luangkan masa kejap kat sini sementara si kecil tidur
Dah lama pending ni :p

Syukur alhamdulillah si kecil Nuha Nailah dah lahir ke dunia ini pada akhir tahun 2015.
Alhamdulillah semuanya selamat. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan hingga hujung nyawa mungkin

Nama Nailah ni memang saya berkenan sejak sebelum pregnant lagi. Tak tahula kenapa. Masa tu saya berniat nak kasi nama sahabat-sahabat zaman nabi dahulu bila dapat anak nanti tak kisahla lelaki atau perempuan. Jadi, bila saya google Nailah ini ialah nama isteri kepada Khalifah Saidina Uthman bin Affan. Nama penuh beliau ialah Nailah Al-Farafisyah. Jadi, saya ambil nama hadapannya sahaja :). Maksudnya yang suka memberi tak silap saya.
Alhamdulillah juga encik suami setuju dengan nama ini. Jadi, korang bolehla google tentang sejarah hidup isteri Saidina Uthman ini untuk tahu lebih lanjut.
Lepas tu nama Nuha tu ayahnya yang berkenan, maksudnya yang bijaksana. Finally, kami dapat kasi nama yang baik maksudnya untuk permata hati ini :D
Mujur juga saudara terdekat belum ada kasi nama anak diorang Nailah ;p

Perjalanan hidup bersama anak ini baru bermula.
Semoga saya berjaya harunginya sebagaimana emak saya membesarkan dan mendidik kami adik-beradik.
Masih panjang jalan ini dan moga Allah memudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.
Ameen.

si jantung hati


p/s : rasa tak reti pulak nak bebel panjang-panjang macam dulu. hehe

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More