Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Thursday, January 20, 2011

dakwah + hidayah

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Assalamualaikum w.b.t. Rasanya entri kali ni agak skema sikit penulisan,ala-ala mengarang esei BM.
Dakwah. Pasti semua tahu mengenainya. Dakwah itu bukanlah hanya tugas para anbiya’ terdahulu, bukan hanya alim ‘ulama’, bukan hanya ustaz ustazah, imam dan bilal, bukan hanya naqib naqibah, tetapi ia menjadi tanggungjawab bagi setiap insan yang bergelar muslim. Method dakwah itu adalah banyak, sama ada melalui perkataan, perbuatan dll. Bukanlah hanya dengan menyampaikan ceramah dan kuliah agama sahaja dipanggil dakwah, malah melalui penampilan muslim itu sendiri sudah boleh dikatakan cara berdakwah. Semasa saya mengikuti halaqah ilmu bersama kakak dan adik-adik, saya memperoleh banyak ilmu baru, dan di sini ingin dikongsi kisah menarik yang dikongsi oleh adik  itu.

Saturday, January 15, 2011

semakin berkurang

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Salam 'alaikum buat semua dan moga semuanya sihat selalu.
Alhamdulillah, diri masih diberi kesempatan merasai semua nikmat Allah hingga hari ni dan diberi peluang menambah angka pada diri. Begitu cepat masa berlalu, rasa macam baru je umur ni 12 tahun.
Seinfiniti terima kasih buat family yang jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati, tambah-tambah bila selalu tengok hadiah tu.
Terima kasih juga buat semua sahabat@kawan@teman etc. yang wish pd diri ni.
dan sangat terima kasih buat 'kalian semua' yang sama-sama nyanyikan lagu tu beberapa hari lepas. Sungguh diri terasa sangat bersyukur dikelilingi kalian =). Moga segala urusan kita di sini dan di sana sentiasa dipermudahkanNYA.

Makin bertambah umur, makin berkurang umur ni untuk merasai nikmat-nikmat Allah kat dunia ni. Makin kurang masa untuk beribadat, makin hampir mati itu. Semuanya akan semakin kurang. Sebelum ia jadi makin sedikit bila menginjak setiap tahun, moga segala bekalan dan persiapan dapat ditambah, insyaAllah.



'' hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu, maka akan bertambah juga tanggungjawabmu. hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang. hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu  untuk melambung onak dan duri. hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNYA. semakin kurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiap tempat untukmu, semakin dekat malaikat maut datang menjemput, semakin dekat amalan akan dihitung dan semakin hampir haruman firdausi / azabnya jahannam '' ( thanks farah ^^)



Wallahu'alam.

Monday, January 10, 2011

rezeki di mana-mana

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, diri masih dipanjangkan umur merasai tahun baru dan harapnya tahun ini lebih baik drpd tahun lepas. Dalam kepala berfikir-fikir nak menulis tentang apa, apa yg boleh saya sampaikan utk diri sendiri dan kalian semua yang sudi membaca ruang usang ini.
Rezeki - sesuatu yang Allah kurniakan buat hamba-hambaNYA. Semua orang berlumba-lumba mencari rezeki setiap hari- mencari pekerjaan yang halal utk teruskan kehidupan. Bagi kita yang muslim, sering berdoa kepadaNYA agar dimurahkan rezeki.
Saya pernah terfikir yang  tahun lepas saya dapat rezeki yang tak dijangkakan daripada Allah. Semuanya berlaku secara tiba-tiba, dan semestinya kejutan buat diri ni. Alhamdulillah, syukur =)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More