Thursday, January 20, 2011

dakwah + hidayah

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Assalamualaikum w.b.t. Rasanya entri kali ni agak skema sikit penulisan,ala-ala mengarang esei BM.
Dakwah. Pasti semua tahu mengenainya. Dakwah itu bukanlah hanya tugas para anbiya’ terdahulu, bukan hanya alim ‘ulama’, bukan hanya ustaz ustazah, imam dan bilal, bukan hanya naqib naqibah, tetapi ia menjadi tanggungjawab bagi setiap insan yang bergelar muslim. Method dakwah itu adalah banyak, sama ada melalui perkataan, perbuatan dll. Bukanlah hanya dengan menyampaikan ceramah dan kuliah agama sahaja dipanggil dakwah, malah melalui penampilan muslim itu sendiri sudah boleh dikatakan cara berdakwah. Semasa saya mengikuti halaqah ilmu bersama kakak dan adik-adik, saya memperoleh banyak ilmu baru, dan di sini ingin dikongsi kisah menarik yang dikongsi oleh adik  itu.

Cerita si adik, semasa dia mengikuti PLKN selepas SPM, dia mempunyai seorang sahabat yang baik. Sahabat baiknya itu juga ialah ketua kepada seluruh peserta perempuan, ibarat penghuluwati. Pada pandangan matanya, sahabatnya itu cukup sempurna, sama ada pemakaian, penampilan, perkataan dan perbuatan. Sahabat itu peramah orangnya, walaupun dengan peserta bukan Islam. Dia tidak membezakan itu semua. Sahabat itu juga seorang yang ringan tulang dan mengambil berat akan keadaan peserta-peserta yang lain. Memang seorang penghuluwati yang bagus. Kenyataan yang memeranjatkan kami semua apabila dia berkata bahawa sahabatnya itu telah berjaya menarik 3 orang peserta bukan Islam, iaitu 2 cina dan 1 india untuk menukar agama mereka kepada ISLAM. Dia sangat terkejut apabila mendengar berita itu. Bukan seorang, tapi 3 orang non-muslim telah diberikan hidayah oleh ALLAH untuk menerima cahaya baru. Suatu keadaan di luar jangkaan kerana kita sendiri maklum bahawa untuk menarik seorang sahaja non-muslim ke arah Islam agak susah, apatah lagi lebih daripada seorang. Itu menunjukkan sahabatnya itu telah melaksanakan dakwahnya dengan berkesan. Dia bukannya mereka menyampaikan ilmu agama kepada mereka setiap masa, tetapi melalui budi akhlaknya sendiri yang berjaya menambat hati mereka bertiga. Hubungan yang terjalin tetap berjalan dan pasti sahabatnya itu sentiasa berada di sisi mereka untuk memberikan lebih kefahaman tentang Islam walaupun setelah berakhirnya plkn itu.
Kami betul-betul terpaku mendengar kisah itu. Begitu murni hidayah ALLAH untuk menerobos ke dalam hati mereka. Saya doakan agar mereka bertiga tetap teguh dan istiqamah berada di jalanNYA. Bimbang juga sekiranya mereka bertiga kembali kepada agama yang lama. Semuanya berlaku atas kehendak ALLAH, dan hanya dengan kuasa ALLAH sahaja yang akan sentiasa melindungi mereka di jalan yang diredhai. Titipan doa juga buat si sahabat yang bagi saya memberikan aura kepada mereka untuk mencari jalan ini. Diharapkan usaha murnimu itu diberkati ALLAH dan dapat memancing lagi sahabat muslim yang baru,insyaALLAH.
” aku tak dapat hidayah lagi la.sebab tu tak nak pakai tudung lagi ”
” tunggu dapat hidayah dulula, baru aku tutup aurat elok-elok ”
” nanti aku berubahlah kalau dah dapat hidayah Allah ”
Ayat-ayat yang biasa kita dengar. Hanya menunggu hidayah Allah, perubahan diri akan dilakukan. Namun, berusahakan kita untuk mendapat hidayah itu? Cukupkah hanya dengan kita menunggu, ibarat menunggu buah tak jatuh. Ada pelbagai cara untuk memperoleh hidayah Allah. Hidayah itu mahal, maka perlulah berusaha gigih untuk mendapatkannya. Allah tidak akan senang-senang sahaja mengurniakan hidayah itu kepada hambanya. Hamba-hambanya yang terpilih dan istimewa sahaja yang dapat merasai keindahan hidayah itu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika kita benar-benar menginginkan hidayah Allah, carilah ia. Jika kita benar-benar ingin disayangi oleh ALLAH, dekatkanlah diri denganNYA.
Jika kita benar-benar inginkan syurga ALLAH, berusahalah semaksima mungkin ke arahnya. Jika benar-benar ingin hidup dalam naungan ALLAH, masukkanlah diri ke dalam ISLAM sepenuhnya. ^-^

‘ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata bagimu. tetapi jika kamu tergelincir setelah bukti-bukti yang nyata sampai kepadamu, ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana ( al-Baqarah : 208,209 ) 

sumber penulisan di sini, tapi disebabkan pemilik blog tu sekejap rajin sekejap malas, biarlah blog tu bersawang camtu je. tambah tak pandai mana guna sebenarnya. cukuplah yang ni.


Wallahu'alam..





0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More