Pada 2 Jun yang lepas,saya bersama emak,kakak dan makcik keluar ke bandar..kebetulan pada masa itu,sepupu lelaki juga ada..tapi, dia taklah join kami..dia cakap nak pergi tengok stadium runtuh.."ha?? stadium mane runtuh?"tanya emak.."dengar kata,stadium baru tulah runtuh,yang besar tu,"jawab makcik..''owh,tak taula pulak,''sambung saya lagi..berita ini serba sedikit mengejutkan dan menghairankan kami..yelah kan,stadium tu baru setahun jagung dan baru sekali saya melihatnya dulu..tiba-tiba dah runtuh..na'uzubillah..ini semua kehendakNYA kan..
so,pada malam itu,saya dan kakak menonton TV1 untuk mensahihkan lagi berita yg kami dengar..
em..teruk jugakla runtuhan tu..hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian
bumbungnya runtuh...
di sini saya sertakan sedikit ulasan mengenai kejadian ini daripada sebuah akhbar..
KUALA TERENGGANU: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini, hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, membabitkan bahagian hadapan, kiri dan kanan bumbung stadium berkenaan.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Bagaimanapun, beberapa motosikal dan sebuah kereta ditimpa serpihan bumbung stadium yang runtuh itu.
Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah
stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja.Asmadi Hashim berkata, ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang
terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan.
"Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal
terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya.Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan.Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu. Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagibeberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.
Runtuhan ini berlaku kira-kira 24 jam sebelum kira-kira 5,000 kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pasukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi menyertai kejohanan Sukan Staf IPTA ke-34 di situ.Temasya sukan yang dihoskan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mulai hari 3 Jun hingga 13 Jun ini, bagaimanapun tetap akan diteruskan, namun acara yang sepatutnya berlangsung di stadium terbabit dipindahkan ke gelanggang lain.
Yang pasti semua pihak menarik nafas lega kerana jika kejadian terbabit berlaku pada 2 Jun, pasti ada kehilangan nyawa.Beberapa saksi di tempat kejadian menyifatkan kejadian itu berlaku sekelip mata. Lihatlah betapa ALLAH masih sayangkan umatnNYA..setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.
Beberapa ulasan oleh Menteri Kerja Raya dan Menteri Besar Terengganu :
“Walaupun bersyukur tiada sebarang kemalangan berlaku, tetapi kejadian ini amat memalukan imej negara,” kata Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang bergegas melawat runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di sini, semalam.
Beliau berkata, kejadian itu turut mencalarkan imej Malaysia kerana ia stadium baru dan masih dalam tempoh kecacatan (bawah tanggungan kontraktor).
Menurutnya, meskipun kos kerosakan mungkin ditanggung kontraktor, ia tetap memberi imej tidak baik kepada kerajaan.
“Saya tidak mahu menuding jari mencari salah sesiapa dan akan menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Menurutnya, kejadian runtuhan bangunan agak membimbangkan ketika ini kerana bukan saja bangunan lama boleh runtuh, malah bangunan baru seperti stadium ini runtuh dan lebih teruk, bangunan yang hendak diruntuhkan juga runtuh sendiri.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata beliau dukacita dengan kejadian itu dan bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
“Saya serahkan kepada JKR yang akan melantik satu konsultan bebas untuk menyiasat punca kejadian itu.
“Saya dimaklumkan runtuhan bumbung di bahagian timur itu sepanjang 400 meter dan jumlahnya dianggarkan bernilai RM25 juta,” katanya.
sumber artikel : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Mutakhir
another.
11 years ago
0 comments:
Post a Comment