Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Monday, August 6, 2012

Tesis, Kelab dan Nutrisi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, hari ini masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini
Dah habis 15 hari Ramadhan, so teruskan puasa anda semua :)


Alhamdullillah
Keputusan final exam dah keluar
Alhamdulillah, saya dapat anugerah daripada Allah itu di luar jangkaan saya
Saya tak berharap lebih, cuma sangat berharap mendapat keputusan yang terbaik berbanding exam sebelumnya
Allah Maha Mendengar
Allah makbulkan doa saya ;)

Berada di tahun akhir memang agak mencabar kerana kami dihujani oleh tesis dan macam-macam assignment
Saya hanya mampu melihat muka stress kawan-kawan dan saya pun tak boleh lari daripada stress macam diorang
Semua busy, tension, banyak dugaan dan lain-lain
Saya hanya mampu mendengar dan terus mendengar

Agak mencabar pada tahun ini kerana saya berada di kolej luar
Pada semester pertama, saya banyak berulang-alik ke kolej utama
Balik hampir tengah malam
Kerana saya punya taklifan
Meeting tak kira petang atau malam
Sampai kadang-kadang saya tak pulang ke rumah
Selalu tidur di bilik kawan
Sampai suatu masa kawan saya cakap, ' busy betul ko ye. ko pindah kolej sana terusla'. ayatnya lebih kurang begini
Sungguh, saya rasa tertusuk dengan kata-kata itu
Ye, saya kerap dihujani perkataan busy
Tapi sebenarnya saya taklah sesibuk pejuang agama di luar sana
Saya hanya lakukan taklifan yang sudah diterima
Saya cuba seimbangkan hal dunia dan akhirat
Saya cuba mencari masa bersama-sama kawan-kawan saya
Dari tahun pertama hingga tahun akhir
Sebab apa pun saya buat, hak seorang muslim terhadap muslim yang lain tak boleh diabaikan
Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya :)


Pada bulan Mei, saya berada dalam dilema
Ada group work yang perlu disiapkan, ada muktamar kelab Badar dan ada Extravaganza di Singapura
Tiket ke Extravaganza saya dah beli awal-awal cuma saya masih ragu-ragu nak pergi ke tak
Serius, tak tahu nak buat apa!
Saya hanya pergi buat pasport terlebih dahulu
Pada malam muktamar Badar itu,  malam itu juga saya perlu menaiki bas ke Singapura
Pada hari saya hadiri Extravaganza, hari itu juga kawan-kawan siapkan assignment pemakanan, siapkan poster untuk NSM dan hadiri taklimat kerjaya
1 hari sebelum ke Extravaganza, saya siapkan tugas saya dan emelkan pada kawan
Malam itu saya hadiri taklimat Extravaganza. Balik ke rumah hampir jam 12 tengah malam
Esoknya, 3 jam sebelum menaiki bas ke Singapura, saya sempat hadiri muktamar walaupun hanya 1 jam. oh, tak sempat bermuktamar pun. sempat dengar ucapan felo. tapi at least saya bersyukur, saya dapat jugak datang
Hidup saya agak kelam-kabut masa tu
Gerak sana dan sini
Saya sangat menyeksa badan saya
Sungguh!

Apabila ada masa lapang di Singapura, saya sempat edit poster NSM
Bila dah berada di sana, saya sangat lega sebab dah setel kerja-kerja tu
Pulang ke KL pada ahad petang, sampai di rumah hampir jam 12 tengah malam
Alhamdulillah
Saya masih punya masa untuk tengok slide presentation group pada hari isnin
dan semuanya ok hari itu
Bonusnya, pensyarah cakap group kami dah tak perlu edit apa-apa
Allahuakbar!
Thanks a lot friends :)

Memang kerana misi nutrisi itu, saya tak mampu hadiri muktamar sepenuhnya. Tapi saya masih punyai sahabat-sahabat lain yang banyak membangunkan kelab Badar, yang boleh menjayakan muktamar itu

Namun, saya fikir jika saya tak hadiri Extravaganza yang peluangnya hanya sekali setahun, itu bermakna saya tutup peluang yang saya ada selama setahun
Jika saya yang tak pergi, saya yang rugi segalanya kerana tiada siapa yang akan kongsi ilmu yang  diperolehi dengan saya
Alhamdulillah, banyak sangat ilmu baru yang dipelajari di sana dan saya boleh praktikkan dalam hidup kini

Sekarang, tesis dan kelab Badar dalam kenangan saya
Misi nutrisi akan terus dilaksanakan selagi saya bernyawa di muka bumi ini :)


Buat adik-adik di kampus
Teruskan perjuangan kalian dan doakan kami yang sudah tamat belajar kekal berjuang di jalanNYA :)
Ganbatteh!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More