Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Thursday, July 30, 2009

positifkah???


Hari ini pelajar ktsn yg tidak dikuarantin telah dibebaskan untuk pulang ke rumah masing-masing. Semua suka,hepi,ceria.Cuma pelajar yg dikuarantin masih terkurung di sini, mungkin sehingga ahad ni.Bersabarlah,tinggal tiga hari je lagi.Rindu sangat pada bilik tu.Lepas pulang dari PKS, sempat satu malam je tidur kat bilik.Rindu pada jiran sebelah bilik yg juga tak sihat sekarang.To miss ziella, u must be strong k! don’t give up…aja-aja fighting!

Petang tadi, kami membuat pemeriksaan dgn Dr. Roslan lagi seperti hari2 sebelumnya. Kemudian, saya dan rakan2 sebilik memberanikan diri bertanya pd beliau :

“ Doktor, saya positif ke?” tanya si A.

Doktor tak menjawab. Beliau macam bercakap tentang ubat2 yg harus diambil.

Si A bertanya lagi. “Saya..positif?”

Kemudian, Dr. mengangguk lemah sambil berkata,” ya, positif. Tapi kamu tak perlu risau. Dalam masa 7 hari ni, kamu akan sembuh sepenuhnya. Demam kamu ni pun dah ok, tu pun 3 hari je.Ini maknanya kamu kuat!!

Saya dapat melihat reaksi wajah kawan saya itu. Pada masa yg sama, saya juga berasa sebak. Mungkin sedikit terkejut.

Saya dan dua lagi rakan turut bertanya soalan sama. Dr. hanya mengangguk dan kami memahaminya. Namun, benarkah kenyataan Dr. tu? Kami agak confuse dan tak pasti..takkan kami je yg dapat..separuh percaya, separuh tak..tapi takpela..kami terima je semua tu.

Saya masih sangsi sebenarnya, lalu saya bertanya pada Dr. Ruzita sama ada info yg kami dpt itu benar atau tidak. Akhirnya, jawapan Dr. Ruzita juga sama. Saya terima kenyataan itu walaupun masih agak sangsi. Tak tau nk gambarkan bagaimana perasaan masa tu. Sedih? Gembira? Terkejut?Saya benar-benar buntu..

Biarpun betul atau salah, saya anggap ianya betul..mungkin ia sudah menjadi suratan takdir.Alhamdulillah kami tiada kesan yang teruk..Cuma batuk sahaja yg belum reda. Kami yakin, dgn kekuatan yg kami ada, dgn sokongan keluarga,rakan2 , pihak doctor dan pihak pentadbiran, insyaAllah kami akan baik 100% nanti.

Tiada siapa yg mahukan sakit ini. Mungkin Allah telah memilih saya utk merasainya dlm hidup ini. Biarpun hanya sekali. Cukuplah sbg pengalaman yg takkan dilupakan.

Mungkin betapa banyaknya dosa diri ini yg terkumpul. Moga dosa2 ini dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Allah telah mempunyai perancangannya yg tersendiri. Takdir seseorang itu telah lama tercatat, cuma menunggu masa utk dihadapi.

Setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. Syukur pd Allah kerna masih memberikan kita peluang utk bernafas dan menggunakan nikmat-nikmatnya.

Semoga Allah menyembuhkan saya dan rakan2 daripada wabak ini secepat mungkin. InsyaAllah.

Sama-samalah kita doakan =)

Tuesday, July 28, 2009

~ w.a.b.a.k~

h1n1...
smakin menular...merebak..seluruh tempat...
ukmKL dan KTSN telah dikuarantin..
seminggu lamanye...
tiada plajar K1 yg dibenarkan pulang...
hanya plajar kolej di luar bebas dan trselamat...

Sabar ye kawan-kawan...
susah dan senang kita rasa sama2..
kita kan satu ummah...
takde plajar pun yg tak nak pulang..
lagi2 yg dikuarantin...
sesungguhnya inilah ujian Allah...

Saya juga tak terlepas drpd plajar yg perlu dikurung..
secara tiba2 dikuarantin...
berpindah ke blok lain...
ikut semua arahan...
sabar dan redha...

Hanya Tuhan yg tahu apa yg kami yang tak sihat ni rasai...
pengalaman yg takkan dilupakan...
sakitku kali ini paling teruk yg ku alami setakat ini..tp bukan h1n1..
mane tau Allah nak mengujiku dgn yg lebih berat kan..
hanYa DIA yg berkuasa...

BUat sahabat2 yg masih diberikan nikmat sihat itu,hargailah ia sebaik mungkin...
jaga diri..jaga kesihatan..
kerana..
virus itu boleh menyerang bila2 masa n sesiapa shj...
di mana2 sahaja...

" sesungguhnya sakit itu penghapus dosa"

Wednesday, July 22, 2009

~ kepenatan ~

Istilah yang tak pernah lari drpd seseorang...
penat..letih..tak larat...lenguh badan..
saya rasa terdetik utk mmbuat post ini sbb diri ini rasa penat..
tiba2 word itu menyerang diri saya..secara tiba2...namun masih bersyukur kerna masih berdaya berdiri dan buat apa sahaja..alhamdulillah..

Namun,
masih ada ramai insan di luar sane yg beribu-ribu tan lebih penat drpd saya..

betapa letihnya seorang ibu mengandungkan anaknya...

betapa penatnya seorang ayah keluar tika fajar terbit utk mncari nafkah dan pulang tika fajar hampir terbenam...

betapa letihnya seorang guru yg berhadapan dgn pelbagai kerenah anak2 murid...

betapa penatnya seorang doktor yg perlu merawat ramai pesakit setiap hari...

betapa letihnya seorang pensyarah yg perlu mmberi banyak kuliah setiap hari...

betapa penatnya si ibu dan ayah melayan kenakalan anak masing2...

betapa letihnya umat Islam di bumi Palestin yg trpaksa berhadapan dgn pelbagai serangan setiap masa..

dan tahukah???

betapa penatnya saya sehingga sempat menekan2 keyboard laptop saya :)
dan yg paling penting...

betapa tanpa letih dan penatnya, sang Malaikat mencatat segala amalan kita seharian...
bukan seorang..malahan tersangat ramai umat Islam...
yang pencatitnya hanya sepasang...

Rakib dan Atid...

oleh itu, hargailah setiap kepenatan dan keletihan yg kita rasai...
pasti ada sesuatu di sebalik kepenatan itu...
selagi hayat dikandung badan..
selagi jantung berdegup..nadi berdenyut...
hargailah setiap nikmat yg kita rasai dlm hidup ini...
tak lain tak bukan...

nikmat IMAN dan ISLAM....

Tuesday, July 21, 2009

pesan ibu ayah

Suatu nasihat dan pesanan yang boleh dijadikan peringatan :

Tika cuti yang lepas, saya menemani adik bongsu pulang ke rumah..setelah tiga hari dia bercuti di rumah akak. Saya menghantar adik pulang dengan menaiki bas..walaupun waktu itu saya menumpang hidup di Bangi, saya menuruti arahan emak dan kakak utk menemani adik yang baru berumur 9 tahun..mana mungkin dia menaiki bas ekspres itu seorang diri..Adik terlalu gembira berada di sana sehinggakan tak mahu pulang..namun, disebabkan cuti sekolah hamper tamat, dia terpaksa pulang..takpelah dik..lain kali adik datang lagi kt umah akak ye..nanti boleh kenal rumah baru akak terus..hehe…

Hampir 6 jam dalam bas, kami sampai betul2 di depan rumah..semasa turun bas, saya ternampak ayah yg baru pulang dari masjid…ayah memerhatikan kami berdua..maklumlah, baru pulang dari tempat yg jauh…kemudian terus kami masuk ke dalam rumah..sangat penat…

Tak lama kemudian, ayah keluar dari biliknya..adik juga berada di depan tv..tiba-tiba, ayah berkata pada adik, “ orang tak pakai baju macam tu kalau berjalan..kalau kat rumah je takpelah..pakai baju kurung kan comel,”.

Saya agak tersentak mendengarkan itu..saya dan adik lagi sorang hanya tersenyum2 pd si kecil itu.Saya berkata pada adik, “ haa, dengar tu..tulah..pakai baju macam tu sangat..kan dah kena marah, kena leter,”. Adik menarik muka masam sambil berceloteh, “ Alah, biasa je pakai ni..ayah ni, darat hulu laa…,”( loghat Terengganu ). Kami hanya ketawa melihatnya.

Sebenarnya, semasa pulang, adik memakai t-shirt ala-ala blouse brwarna pink, berseluar pink gelap tetapi agak fit dgn badannya dan bertudung pink. Bagi saya, seluar itu xkan nampak fit kalau adik pakai baju yg labuh smpai ke lutut..tapi, bajunya atas sedikit dari lutut..so, tak pasal2 ayah boleh nampak pakaiannya itu..mungkin silap saya juga tak suruh adik pakai t-shirt yg labuh atau baju kurung..sbb saya fikir baju itu dah ok utk adik..

Malamnya, saya beritahu emak ttg kisah petang itu..emak cakap kalau pakai t-shirt yg labuh sampai ke lutut,ok lah..taklah nampak fit sangat..” Tengok tu, kan ayah dah marah,” kata emak pd adik.
Sejak adik dileteri, dia hanya bermasam muka dengan adik.Alahai si kecil ni..tu pun nak marah..kan betul apa yg ayah cakap…kami semua menyokong ayah…

Ingatkan dah habis leteran ayah, rupanya esoknya ayah sambung lagi..bila ternampak adik je,ayah terus berkata,” lain kali jangan pakai macam tu..pakai seluar macam tu..tu budaya orang jahiliah..budaya orang kafir,”.

Sekali lagi saya tersentak mendengar pesan ayah…Adik hanya bersembunyi di belakang pintu bilik, mungkin tak tahan dgn bebelan ayah. Saya rasa ini kali pertama ayah menegur adik secara depan2..saya dan adik lagi sorang menjadi saksi..” Adik malaslah cakap dgn ayah,”rungut si kecil itu lagi. Kami hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum.

Inilah sebenarnya salah satu didikan yang wajar dilakukan oleh seorang ayah pd anaknya. Mungkin si kecil itu masih kurang faham, tapi kami sebagai kakaknya boleh menasihatinya lagi..kan melentur buluh itu biarlah drpd rebungnya..jika si anak dididik sejak kecil, insyaAllah dia akan menuruti segala ajaran itu yg bertepatan dgn syariat..walaupun kadang2 si anak memberontak,bermasam muka, namun itulah cabaran yg harus dihadapi oleh ibu bapa dlm proses mentarbiyyah anak-anak.

Bukan adik sahaja, saya juga pernah ditegur oleh emak. Emak pernah berkata, “ Lain kali balik, na tak payah la pakai macam tu lagi..nanti kalau ayah tengok, kena leter lagi,”. Saya pun menjawab,” Masa tu pagi2 buta sampai kt rumah, ayah tak nampak na pakai macam tu,”.
Emak hanya diam dan menyambung makan nasi. Saya bukanlah memakai baju yang ketat atau seksi atau jarang atau yg seangkatan dengannya..semasa pulang ke kampung, saya memakai t- shirt labuh paras lutut dan berseluar, dan bertudung. Dua kali saya memakai sebegitu semasa pulang. Memang emak juga pernah tegur masa tu..”comel pakai baju,’’kata emak. Saya hanya tersenyum.

Jika difikirkan, jawapan saya pd emak silap sebenarnya..saya tak boleh kata ayah tak nampak..sebab walaupun ayah tak nampak saya berpakaian sebegitu, Allah tetap nampak kan..dan sebenarnya teguran emak itu juga adalah daripada emak sendiri..yg juga disandarkan pd ayah..ayah dan emak sama2 menasihati anak-anak..dan saya mendapat pengajaran drpd peristiwa adik dileteri oleh ayah..

Memang keluarga saya dan sanak saudara mengamalkan budaya hidup orang timur..macam mana budaya itu? Ini khas untuk perempuan..lelaki memanglah berseluar..tetapi kalau yg perempuan, sama ada kanak-kanak, remaja awal,tengah atau akhir, dewasa awal, tengah atau akhir, dan orang tua..pasti memakai baju kurung apabila berjalan keluar dari rumah..kadang2 ada yg berjubah atau berjubah seluar..daripada moyang sampailah ke cicit..keluarga sebelah emak dan ayah sama sahaja..Alhamdulillah..

Mungkin sesetengah orang pelik kan…setiap kali keluar, berbaju kurung je selalu..tapi bagi kami, jika kami berseluar dan memakai t-shirt itulah yg dianggap kurang manis pd pandangan sanak saudara..malah, kadang2 di rumah juga saya, kakak2 dan adik2 memakai baju kurung..jika berseluar pun, kami memakai baju yg labuh ke paras lutut..ataupun memakai t-shirt dan memakai skirt labuh…inilah budaya kami di rumah yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan (tak pasti betul ke tak peribahasa ni)..

Tetapi memang keadaan prsekitaran boleh mempengaruhi diri kita..bukanlah salah jika kita yg perempuan ni berseluar kan..saya pun tak menganggapnya salah..dan saya pun dah biasa berpakaian sebegitu sejak selepas tamat persekolahan..Cuma di tempat belajar..di kampung tetap mengekalkan jati diri orang kampung..even berada di bandar, nasihat dan pesanan emak ayah tetap sentiasa dlm ingatan..

saya tak mahu mereka sedih kalau ternmpak saya berpakaian yg tak menepati syariat..

saya tak mahu menconteng arang di muka emak ayah saya yg tersayang..

dan saya tak mahu menjatuhkan kredibiliti emak ayah yang juga mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa…

dan yang paling penting, saya tak mahu menjadi penarik ayah yang tersayang ke ‘tempat’ itu..

malah saya juga tak mahu mendapat ‘hadiah istimewa ‘ itu oleh Pencipta yang Esa…

Moga diri saya dan kawan2 sekalian diistiqamahkan oleh Allah…
Bukankah penghuni ‘tempat ‘ itu ramai didiami oleh golongan wanita? Na’uzubillah kita dijauhkan daripadanya..


"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

"Wahai Nabi!Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya (baju labuh dan longgar)ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu agar mereka mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59)

Thursday, July 2, 2009

~ best song ~

Wednesday, July 1, 2009

Amal Islami


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Peraturannya:Sahlan ginddan2.. Mai check this out..Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:


1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..


2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.
{ sy pun x cukup 10..yg list di bawah ni pun hampir semua dh ada tag ni kt blog masing2...takpe2..usaha tetap usaha }

Calon-calon terpilih:

Aida
Azira
Huda


Alhamdulillah. Selamat dibereskan. Marilah bersama-sama menuju ke arah mesej yang gambar di atas sampaikan. InsyaAllah. Semoga berjaya! Very simple!


p/s : sesiapa yg singgah kt sini,sila2kanlah copy post ini...jazakAllah...


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More