Tuesday, July 21, 2009

pesan ibu ayah

Suatu nasihat dan pesanan yang boleh dijadikan peringatan :

Tika cuti yang lepas, saya menemani adik bongsu pulang ke rumah..setelah tiga hari dia bercuti di rumah akak. Saya menghantar adik pulang dengan menaiki bas..walaupun waktu itu saya menumpang hidup di Bangi, saya menuruti arahan emak dan kakak utk menemani adik yang baru berumur 9 tahun..mana mungkin dia menaiki bas ekspres itu seorang diri..Adik terlalu gembira berada di sana sehinggakan tak mahu pulang..namun, disebabkan cuti sekolah hamper tamat, dia terpaksa pulang..takpelah dik..lain kali adik datang lagi kt umah akak ye..nanti boleh kenal rumah baru akak terus..hehe…

Hampir 6 jam dalam bas, kami sampai betul2 di depan rumah..semasa turun bas, saya ternampak ayah yg baru pulang dari masjid…ayah memerhatikan kami berdua..maklumlah, baru pulang dari tempat yg jauh…kemudian terus kami masuk ke dalam rumah..sangat penat…

Tak lama kemudian, ayah keluar dari biliknya..adik juga berada di depan tv..tiba-tiba, ayah berkata pada adik, “ orang tak pakai baju macam tu kalau berjalan..kalau kat rumah je takpelah..pakai baju kurung kan comel,”.

Saya agak tersentak mendengarkan itu..saya dan adik lagi sorang hanya tersenyum2 pd si kecil itu.Saya berkata pada adik, “ haa, dengar tu..tulah..pakai baju macam tu sangat..kan dah kena marah, kena leter,”. Adik menarik muka masam sambil berceloteh, “ Alah, biasa je pakai ni..ayah ni, darat hulu laa…,”( loghat Terengganu ). Kami hanya ketawa melihatnya.

Sebenarnya, semasa pulang, adik memakai t-shirt ala-ala blouse brwarna pink, berseluar pink gelap tetapi agak fit dgn badannya dan bertudung pink. Bagi saya, seluar itu xkan nampak fit kalau adik pakai baju yg labuh smpai ke lutut..tapi, bajunya atas sedikit dari lutut..so, tak pasal2 ayah boleh nampak pakaiannya itu..mungkin silap saya juga tak suruh adik pakai t-shirt yg labuh atau baju kurung..sbb saya fikir baju itu dah ok utk adik..

Malamnya, saya beritahu emak ttg kisah petang itu..emak cakap kalau pakai t-shirt yg labuh sampai ke lutut,ok lah..taklah nampak fit sangat..” Tengok tu, kan ayah dah marah,” kata emak pd adik.
Sejak adik dileteri, dia hanya bermasam muka dengan adik.Alahai si kecil ni..tu pun nak marah..kan betul apa yg ayah cakap…kami semua menyokong ayah…

Ingatkan dah habis leteran ayah, rupanya esoknya ayah sambung lagi..bila ternampak adik je,ayah terus berkata,” lain kali jangan pakai macam tu..pakai seluar macam tu..tu budaya orang jahiliah..budaya orang kafir,”.

Sekali lagi saya tersentak mendengar pesan ayah…Adik hanya bersembunyi di belakang pintu bilik, mungkin tak tahan dgn bebelan ayah. Saya rasa ini kali pertama ayah menegur adik secara depan2..saya dan adik lagi sorang menjadi saksi..” Adik malaslah cakap dgn ayah,”rungut si kecil itu lagi. Kami hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum.

Inilah sebenarnya salah satu didikan yang wajar dilakukan oleh seorang ayah pd anaknya. Mungkin si kecil itu masih kurang faham, tapi kami sebagai kakaknya boleh menasihatinya lagi..kan melentur buluh itu biarlah drpd rebungnya..jika si anak dididik sejak kecil, insyaAllah dia akan menuruti segala ajaran itu yg bertepatan dgn syariat..walaupun kadang2 si anak memberontak,bermasam muka, namun itulah cabaran yg harus dihadapi oleh ibu bapa dlm proses mentarbiyyah anak-anak.

Bukan adik sahaja, saya juga pernah ditegur oleh emak. Emak pernah berkata, “ Lain kali balik, na tak payah la pakai macam tu lagi..nanti kalau ayah tengok, kena leter lagi,”. Saya pun menjawab,” Masa tu pagi2 buta sampai kt rumah, ayah tak nampak na pakai macam tu,”.
Emak hanya diam dan menyambung makan nasi. Saya bukanlah memakai baju yang ketat atau seksi atau jarang atau yg seangkatan dengannya..semasa pulang ke kampung, saya memakai t- shirt labuh paras lutut dan berseluar, dan bertudung. Dua kali saya memakai sebegitu semasa pulang. Memang emak juga pernah tegur masa tu..”comel pakai baju,’’kata emak. Saya hanya tersenyum.

Jika difikirkan, jawapan saya pd emak silap sebenarnya..saya tak boleh kata ayah tak nampak..sebab walaupun ayah tak nampak saya berpakaian sebegitu, Allah tetap nampak kan..dan sebenarnya teguran emak itu juga adalah daripada emak sendiri..yg juga disandarkan pd ayah..ayah dan emak sama2 menasihati anak-anak..dan saya mendapat pengajaran drpd peristiwa adik dileteri oleh ayah..

Memang keluarga saya dan sanak saudara mengamalkan budaya hidup orang timur..macam mana budaya itu? Ini khas untuk perempuan..lelaki memanglah berseluar..tetapi kalau yg perempuan, sama ada kanak-kanak, remaja awal,tengah atau akhir, dewasa awal, tengah atau akhir, dan orang tua..pasti memakai baju kurung apabila berjalan keluar dari rumah..kadang2 ada yg berjubah atau berjubah seluar..daripada moyang sampailah ke cicit..keluarga sebelah emak dan ayah sama sahaja..Alhamdulillah..

Mungkin sesetengah orang pelik kan…setiap kali keluar, berbaju kurung je selalu..tapi bagi kami, jika kami berseluar dan memakai t-shirt itulah yg dianggap kurang manis pd pandangan sanak saudara..malah, kadang2 di rumah juga saya, kakak2 dan adik2 memakai baju kurung..jika berseluar pun, kami memakai baju yg labuh ke paras lutut..ataupun memakai t-shirt dan memakai skirt labuh…inilah budaya kami di rumah yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan (tak pasti betul ke tak peribahasa ni)..

Tetapi memang keadaan prsekitaran boleh mempengaruhi diri kita..bukanlah salah jika kita yg perempuan ni berseluar kan..saya pun tak menganggapnya salah..dan saya pun dah biasa berpakaian sebegitu sejak selepas tamat persekolahan..Cuma di tempat belajar..di kampung tetap mengekalkan jati diri orang kampung..even berada di bandar, nasihat dan pesanan emak ayah tetap sentiasa dlm ingatan..

saya tak mahu mereka sedih kalau ternmpak saya berpakaian yg tak menepati syariat..

saya tak mahu menconteng arang di muka emak ayah saya yg tersayang..

dan saya tak mahu menjatuhkan kredibiliti emak ayah yang juga mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa…

dan yang paling penting, saya tak mahu menjadi penarik ayah yang tersayang ke ‘tempat’ itu..

malah saya juga tak mahu mendapat ‘hadiah istimewa ‘ itu oleh Pencipta yang Esa…

Moga diri saya dan kawan2 sekalian diistiqamahkan oleh Allah…
Bukankah penghuni ‘tempat ‘ itu ramai didiami oleh golongan wanita? Na’uzubillah kita dijauhkan daripadanya..


"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

"Wahai Nabi!Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya (baju labuh dan longgar)ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu agar mereka mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59)

1 comments:

insyaallah...klo ada yg terkurang silalah tegur ya...^_<

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More