Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Wednesday, August 26, 2009

t.e.m.u. + d.u.g.a = S.Y.U.K.U.R


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Salam…

Walaupun masih belum habis exam,masih sempat menconteng blog ini

Tarikh 25.8.2009 yg takkan dilupakan

Iaitu tarikh temuduga @ interview itu

Sehari sebelum itu baruku tahu tarikh,tempat dan masa temuduga


Tarikh : 25 Ogos 2009


Tempat : Unit Kaunseling, UKM Bangi


Masa : 12.30 – 1.00 tengahari


Blank..pening..confuse..keliru..semua ada..macam tak tahu nak buat ape..

Hanya ada masa tak sampai 24 jam sblum temuduga..no preparation

Ditambah dengan nota2 yg perlu dibaca utk exam…

Dengan segala dokumen yg belum disahkan..dan tunggu sijil kelahiran yg diposkan oleh mak smpai ke kolej..

Rasa macam nak tarik diri…surrender…

Pagi exam..tengahari temuduga..sempat ke???


Rentetan hidup saya utk menghadapi temuduga :


25.08.09 ialah tarikh exam analisis makanan..juga tarikh temuduga

Pagi itu, sebelum ke dewan peperiksaan, sempat saya ke pejabat kolej..nak dapatkan pengesahan dokumen dan ambil barang pos..tapi pengetua tak ada..

Left my things there..sit for EXAM first!!!

Selesai exam 2 jam, cepat-cepat dtg pejabat, ambil barang balik…

Then, urus dan susun semua dokumen yang ada elok-elok…dah pukul 11.00 masa tu..lari cepat-cepat nak naik bas ke fac…

Dah sampai kt fak, p fotostat n print jap…

Ops!!! Terlupa plak..kwn saya sorang nilah slalu jd mangsa kalau nk g bangi..slalu jd mangsa keadaan…

Ikutkan nk g sorang je..tapi berani ke? So, pergilah berdua dgn kawan…


Thanks a lot for u..for accompanying me there..from here to there..n from there to back here =)


Pastu, pergi jumpa pengetua = Dr. Ruzita..utk cop dan tandatangan..sempat lagi borak-borak jap walaupun dah lambat…sempat dapat komen membina drpd Dr…Thanks Dr (‘’,)


Dah siap tu, jalan cepat-cepat…nak naik monorel n ktm…mujurla tak ramai orang..dapatlah kami duduk dgn selesanya…

Dalam hati masa tu tak tahulah nak kata ape…

Nanti sampi lambat, mesti kena reject…


“ aku rasa tak sempatla..mesti tak sempat temuduga tu..rasa macam ape je “, sungut saya

“ ish, ko ni..janganlah cakap cmtu…InsyaALLAH sempat..harap2la penemuduga tu baik”, kawan beri kata2 semangat

“ yelah..tengoklah camne..pergi jelah dulu bangi tu..asalkan sampai..kalau xleh temuduga pun, kita g jalan2 kat sana…hehe”, sempat aku berseloroh dgn kawan..saja nak hilangkan resah gelisah..


Sampai di stesen UKM pukul 12.50..terus amik teksi ke UKM..tepat2 pukul 1.00 tengahari, dan waktu itulah sebenarnya masa temuduga saya tamat…

Tapi takpe…terus cari unit kaunseling..dalam keadaan rushing…biar lambat, asalkan datang =)

Jumpa dengan Puan yg uruskan tentang temuduga tu..bgtau sebab datang lambat…


“ Mujur awak datang, kalau tak, saya nak potong dah nama awk ni,’’ kata Puan tu.

“ Tunggu sekejap ye, nanti panel panggil”.


Tak sampi 5 minit duduk, saya dah dipanggil..Bersediakah???

Dengan keadaan rushing dari pagi lagi, ditambah dengan persediaan tu mungkin hanya 30%

Mampukah saya berhadapan dengan 3 orang panel tu?

Dengan semangat dan kekuatan yg ada, saya berjaya masuk kedalam bilik itu dan berhadapan dengan 3 panel..semuanya perempuan..2 melayu, sorang Indian..

Walaupun agak penat, perasaan tu disembunyikan rapi..cool n steady..hanya mampu senyum je dari awal sampai habis temuduga…tak sempat nak nervous langsung..sebab tergopoh-gapah je sebelum tu…

Sesi temuduga :


1. Soalan : Kenapa awak pilih bidang ini?


Jawapan : Saya pilih bidang ini sebab saya berminat dengan bidang ini…bla bla bla…



2. Soalan : Can u told me one thing that u’ve achieved..your achievement that u proud of..anything…whether academic or sport or your talent..whatever


Jawapan : (terdiam sebentar..mcm xde ape2 pencapaian je )..one thing that I’m proud of is I know how to make……….the techniques…I got some knowledges through it..n I’m so grateful because I’ve chance to come here.



3. Soalan : Saya tengok pencapaian awak semasa spm ok..then, u masuk matrik setahun…I think u must have an ambition…mesti u nak jadi seseorang yang berkerjaya tinggi kan…apa yang awak nak jadi sebenarnya ?


Jawapan : Sebenarnya, memang sejak kecil lagi, saya bercita-cita nak jadi pendidik..sama ada guru @ pensyarah..bla..bla..bla..( panjang celoteh ni )



4. Soalan : So, awak rasa apa kelebihan atau kekuatan pada diri awak yang membolehkan awak ni menjadi seorang pendidik?


Jawapan : (mencari idea jap )..Saya rasa saya ni seorang yang……………………………………………….



5. Soalan : Kalau awak jadi pendidik nanti, apa sumbangan yang awak boleh lakukan? Kita nak memperkasakan institusi kan…


Jawapan : InsyaAllah..kalau saya menjadi pendidik, saya akan menyumbangkan masa dan tenaga saya utk mendidik para pelajar.Selain itu, saya boleh member sumbangan dalam aktiviti di luar bidang pembelajaran. Contohnya, menganjurkan program khidmat masyarakat yang melibatkan orang luar spt orang kampung. Melalui program ini, saya dapat member informasi tentang kebaikan menyambung pelajaran di sana. Saya boleh meluaskan minda orang kampung, yang sebenarnya tempat itu adalah bagus dan akan menghasilkan pelajar yang produktif. Maka, ibu bapa boleh menasihati dan merangsang anak-anak mereka. Malah, hubungan social juga dapat dijalinkan melalui program ini.



6. Soalan : Andaikata la kan, suatu masa awak dapat pelajar yg bermasalah, yg ponteng kelas, buat bising.Apa tindakan awak supaya keadaan itu kembali normal?


Jawapan : Saya perlu mengubah cara pengajaran. Saya boleh menggunakan cara yang lebih menarik seperti slide show. Semasa mengajar, saya boleh memasukkan unsur jenaka, hanya utk menghilangkan kebosanan mereka. Jika pelajar yg bermasalah, saya perlu menemuinya, bertanyakan masalahnya, dan bantu dia menyelesaikan masalah itu. Walau seteruk mana pun disiplin pelajar itu, saya tetap harus masuk ke kelas dan mengajar.



7. Soalan : Saya tengok pencapaian semasa di unIversiti ni merudum jatuh..padahal, u’re good in spm..apa sebenarnya punca awak dapat macam ni?


Jawapan : Ye, memang betul. Saya rasa………………………………………………………….



8. Soalan : So, apa yang harus awak buat utk atasi masalah awak ni? Nak pastikan nanti semasa grad, u’ll get higher pointer…


Jawapan : Saya mestilah………( cakap ikut suka je )



9. Soalan : U know right that u’ll teach in English? But, your muet is bad..what will you do to improve ur English?


Jawapan : Yes, I know…I will……………………………



10. Soalan : Katakanlah suatu hari nanti awak dapat tawaran kerja di East of Malaysia..contohnya di Ranau?Will you go there? And why ?


Jawapan : InsyaAllah, I will go..because I want to get new experiences there..i’ll try to do the best during my work………………………….



11. Soalan : Is this ur personality? Suka tersenyum…. Walaupun tadi awk datang sini dlm keadaan rushing, awak masih mampu senyum…


Jawapan : Yes, I like to smile, but sometimes..If I’m stress n have problem, it’s hard for me to smile



12. Soalan : So, how do you reduce our stress?


Jawapan : I…….( membebel lagi )



13. Soalan : So now, can u show your skill how to teach? In English… Like in a class…


Jawapan : ( boleh ke saya mengajar?macam gementar je nak p kt white board tu)


Panel : tak kisahla apa2 pun…biarlah awak tak ingat fakta tu..kami nak tengok kebolehan awak mengajar

Jawapan : ( saya pun beraksi la kat depan..dgn BI tunggang-langgang…first time ni tunjuk skill mengajar yang x tau wujud ke tak dalam diri ni )



Panel 1 : Ok..that’s all… actually, u have the skill to teach..keep trying on it..( saya senyum lagi )

Panel 2 : Yup…tapi awak tak boleh mengajar bidang ni..u don’t have skill to teach about this…nanti hancur semua….

( dalam hati : huhu..fail la aku temuduga ni…)


Saya hanya berkata, “ Ok, I will try..i will try. Thanks Madam.


Selepas setengah jam, berakhirlah sesi temuduga tu. Rasa teramat lega selepas selesai. Banyak betul soalan mereka, siap kena hentam lagi..tapi takpelah..yang penting dh lepas dan melalui sesi itu..

Lulus atau gagal..semuanya mereka yang tentukan..

Dan segalanya ku serahkan pada ALLAH…


~ ada hikmah sebenarnya kenapa saya ditemuduga pada jam 12.30…saya calon terakhir sebelum sesi petang bermula..dan masa itu saya lambat setengah jam..maka,dapatlah temuduga dari pukul 1.00- 1.30 tengahari ~


~ kalaulah saya pada sesi lain, mungkin saya terlepas temuduga itu..setiap setengah jam adalah untuk calon yang berlainan~


~kalau waktu lain..tambah lagi atas kelewatan saya, masihkah ada ruang waktu utk saya ditemuduga?~



ALHAMDULILLAH…

ALLAH memberi kesempatan ini pada saya =)


~ KEEP THIS EXPERIENCE FOREVER IN MY MIND ~

...... di sebalik kesulitan itu pasti ada kemudahan.....


Wednesday, August 19, 2009

ahlan wasahlan....


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...


SELAMAT MENYAMBUT BULAN MULIA,
RAMADHAN AL-MUBARAK...

sejuta kemaafan dipohon daripada hujung rambut sampai hujung kaki buat sesiapa yg mengenali diri kerdil ini..
0-0 ek =)


Tuesday, August 18, 2009

saje2 tulis....


" Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya "

Saje masukkan gambar fon ni..

fon mak yang baru..tapi anaknye rasmi dulu..memang slalu cmtu pun..hehe

fon dulu da rosak...

ni fon mak yg ke-3 dah..bukan mak slalu gune pun, call n msej kdg2 je...

mungkin hasil keje anaknye yg rosakkan..betul ke??? entah la...

tengok fon ni..leh ingat kat mak..

waa...sedih...kali ni sekali je dpt sahur dan buka puasa kt rumah...takde cuti pnjg sblum raya..
takleh mkn bubur lambuk mak...takpe2..makan bubur lambuk ktsn..

takleh join hari namat kat kampung ( orang kmpung masak ramai2, then buka puasa ramai2 )...

sabar ye...suasana puasa kt kolej ni pun best ape...siap ada bazar lagi nanti =)

tidaakk...nak suasana kt rumah jugak...

ish3..macam budak2...dah nk jadi makcik budak pun kan...

xpela puasa kat sini..asalkan dapat raya kt rumah..insyaALLAH kalau panjang umur...

ALLAHUMMABALLIGHNASHAHRURAMADHAN...

ahlan wasahlan ya Ramadhan...

moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...


wah, tak sabarnya...puasa dah nk dekat...
jom same2 kita puasa n manfaatkan bulan mulia ni...
jangan makan lebih2 tau...biar ibadat lebih2 =)

Friday, August 14, 2009

Perginya perindu SYURGA


Takziah atas pemergian vokalis utama Rabbani pagi semalam...

Allah lebih menyayangi Allahyarham

Suatu kehilangan yg besar..yang tak mungkin akan datang lagi...

Dah pergi, takkan kembali lagi...

Walaupun tak pernah brhadapan dgn Allahyarham, tapi amat terasa kehilangannya..

ntah kenapa...

semoga Allahyarham tenang di sana...

Pergi Tak Kembali tetap kekal dlm ingatan...

~ blog Allahyarham : www.asrirabbani.blogspot.com

''Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat

mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;

aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali

aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.

Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku.

Tempat kerja syurga dunia harianku.

Tetangga,masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.

Ke manapun

dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku ''

( diambil drpd blog beliau )

~ tika tibanya Hari Raya, selalu mendengar takbir raya oleh Ustaz Asri di televisyen..kini semuanya hanya tinggal kenangan..semuanya menjadi peringatan buat kita..=(

Wednesday, August 12, 2009

Tusukan kena paru-paru...

KUALA LUMPUR: Hanya kerana wang RM60, seorang pelajar hampir kehilangan nyawa apabila dirodok dengan pisau Rambo di rusuk kiri sehingga terkena paru-paru angkara dua penjenayah jalanan yang merompaknya ketika melalui jejantas di kawasan stesen monorel Dang Wangi di sini, kelmarin.

Lebih malang apabila pelajar berusia 20 tahun itu yang diserang di kawasan awam tidak dipedulikan orang ramai walaupun berulang kali menjerit meminta tolong dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah.

Ng See Hoe, pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diselamatkan anggota polis yang tiba di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Nyawa mangsa diselamatkan selepas menjalani pembedahan bagi menghentikan pendarahan selain menjahit semula luka tikaman berkenaan.
Ng yang ditemui ketika masih dalam keadaan lemah di HKL semalam, memberitahu dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dia dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sesi temu duga untuk memohon biasiswa bagi menyambung pelajaran di UKM.
“Saya berhasrat pulang menghadiri kuliah dengan menaiki LRT, tapi tersesat di Stesen Dang Wangi. Berikutan itu, saya segera turun di stesen berkenaan dan bercadang mencari stesen monorel terdekat untuk pulang ke kampus.

“Ketika melintas jejantas, tiba-tiba muncul dua lelaki yang saya perasaan dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, saya tidak peduli kerana mahu segera tiba di kampus,” katanya.

Menurut Ng, firasat buruknya menjadi kenyataan apabila kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba menghampirinya sebelum seorang daripada mereka memaksanya menyerahkan wang.

“Seorang daripada mereka terus mengeluarkan pisau Rambo dan cuba menikam saya dari arah hadapan. Namun, dalam keadaan cemas saya terus menepis dan menggenggam mata pisau berkenaan dengan tangan kanan bagi mengelak dia menikam tubuh saya.

“Dalam keadaan kesakitan dan tangan berlumuran darah, seorang lagi lelaki merampas dompet berisi wang RM60 dan telefon bimbit saya sebelum kedua-dua penjenayah berusia 20-an itu melarikan diri,” katanya.

Menurut pelajar itu, dalam keadaan kesakitan, dia mengejar penjenayah terbabit sebelum membaling beg sandangnya ke arah seorang daripada mereka.

“Bagaimanapun, lelaki itu yang bersenjatakan pisau Rambo berpaling dan meluru ke arah saya lalu menikam rusuk kiri.

“Saya hanya mampu menjerit kesakitan sebelum tersungkur berlumuran darah. Ketika itu saya menjerit ‘Perompak! Perompak!...’, namun beberapa orang awam yang melalui jejantas itu enggan memberikan bantuan,” katanya.

Ng berkata, nasibnya baik apabila selang beberapa minit kemudian sepasang kekasih yang melalui kawasan jejantas berkenaan bersimpati dan membantunya dengan menghubungi abangnya serta talian kecemasan (999).

“Saya tidak sedarkan diri dan hanya mengetahui dibawa ke Wad Kecemasan HKL dengan menaiki ambulans. Difahamkan, anggota polis peronda yang tiba ke lokasi kejadian segera menghubungi HKL sebaik mendapati keadaan saya yang kritikal ketika itu.

“Saya kemudian menjalani pembedahan. Keadaan saya kini stabil dan amat berterima kasih kepada doktor serta kakitangan hospital yang bertungkus-lumus menyelamatkan saya,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Ng See Fai, 25, membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung kejadian rompakan berkenaan yang turut menyebabkan telefon bimbit adiknya bernilai RM350 dilarikan penjenayah.

“Saya terlalu sayangkan dia (See Hoe) kerana kami hanya dua beradik selain dia penghibur serta seorang yang bijak dalam akademik.

“Saya puji sifat kentalnya walaupun dalam keadaan lemah dia masih boleh bergurau dan bersemangat untuk kembali memulakan sesi pelajarannya di UKM,” katanya.

SUMBER : MY METRO

~ takziah buat William ( nama samaran Ng ) yang juga merrupakan rakan satu jabatan di kampus ( Dietetik )
~ berita ini amat mengejutkan kami sbg coursematenya..dia memang seorang yang ceria dan aktif di dalam kelas
~ semoga William cepat sembuh dan diberikan kekuatan utk menghadiri kelas selepas sihat

p/s : berhati-hatilah walau di mana kita berada..tak kira lelaki atau perempuan..dunia kini macam2 boleh jadi..beringatlah sebelum terlambat!!!

Take care ourself, Take care our pride, Take care our iman =)

Sunday, August 9, 2009

kematian...suatu peringatan

Tahun 2001

Tika saya pulang dari sekolah, singgah sebentar di kedai runcit. Kemudian tauke kedai itu bertanya pd saya, ‘’ tahu tak pak sedara mu meninggal’’. Saya terpinga-pinga dan memang tak tahu langsung tentang berita itu. Sampai di rumah, emak suruh bersiap-siap sebab nak tengok pak cik yang telah dipanggil Ilahi merangkap adik kepada ayah = ayah ngah. Ayah memandu dari rumah hingga ke Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA), tetapi kami tak sempat melihat arwah. Pihak hospital telah membawa arwah pulang ke rumah nenek. Ayah memandu lagi selama beberapa jam utk pulang ke kampung. Tiba di rumah nenek, saya dpt melihat betapa ramainya sanak saudara jiran tetangga yg hadir.

Ayah ngah meninggal di tempat kerjanya, di tempat pembinaan. Ayah ngah dihempap oleh batu konkrit yang besar. Habis bengkak2 dan luka2 pd badan arwah. Berita tentang pemergian arwah terpampang di muka depan akhbar Metro. Sayu saya melihat berita itu. Ayah menyimpan keratan akhbar itu, mungkin sampai sekarang. Ayah teh sangat terkejut, sebab baru sahaja pagi itu mereka berbual di telefon, tetapi di waktu tengahari, arwah telah kembali ke rahmatullah. Bagaikan tidak percaya, namun itulah suratan Ilahi. Adik-beradik ayah kini tinggal lima orang. 2 orang telah dipanggil Ilahi terlebih dahulu.

Tahun 2005 (29 Disember )

Tarikh yg akan kekal dlm ingatan saya selamanya. Atuk yg disayangi lebih disayangi oleh Allah. Atuk menemui ajalnya pada pagi Khamis dalam keadaan yg menghibakan. Sangat rindukan atuk. Atuk selalu datang rumah, kasi kami anak cucu makanan, buah dan apa-apa je. Kami selalu dapat makan buah nangka, tebu dan ubi kayu yang atuk tanam sendiri, semua hasil titik peluh atuk. Hari itu atuk meninggalkan kami sekelip mata. Atuk dilanggar oleh sebuah kereta semasa berjalan di bahu jalan. Atuk tercampak jauh dan terus meninggal. Atuk nak ke kedai pagi tu dgn kawan, nak beli juga makanan utk nenek. Sebelum2 itu, nenek tak pernah suruh atuk belikan apa2 utk dimakan, tapi pagi itu nenek berhajat, tetapi tak sempat. Mungkin itu petandanya. Sehari sebelum pemergian atuk, nenek berada di rumah mak su. Nenek menyuruh emak hantar nenek ke kampung, sebab nenek bagitau nenek nak sangat balik rumahnya. Emak menjemput nenek di rumah mak su, dan nenek dpt pulang ke rumah. Rupa-rupanya itulah malam terakhir nenek bersama atuk. Atuk ada beritahu yg atuk ada sakit-sakit dada. Sebelum pulang ke rumah, saya dapat melihat atuk menerusi tingkap biliknya. Wajah atuk begitu sayu, namun saya tak merasa apa-apa ketika itu. Beberapa hari sebelum itu, atuk ada kasi kami makanan. Atuk cakap,’’ ambillah makan ni, lepas ni tak dapat dah ‘’. Huhu..setelah atuk pergi, baru saya teringat akan kata-kata atuk ni. Sangat sedih sebab atuk meninggal sebab excident. Muka atuk cedera dan bengkak-bengkak. Atuk takde sakit pape sepanjang hidupnya. Allah telah mentakdirkan ajal atuk di jalan raya itu. Kami pasrah dan redha.

Tahun 2006 ( 16 Januari )

Sekolah saya digemparkan dengan pemergian seorang pelajar perempuan lepasan SPM 2005. Juga bekas senior satu dorm saya dulu. Arwah yg merupakan anak tunggal keluarga meninggalkan ayah dan ibu tersayang. Arwah turut menemui ajalnya akibat kemalangan semasa Hari Raya Aidiladha di bulan Disember. Tempat kemalangan itu hanyalah bersebelahan dengan kampungku. Arwah terus koma selama beberapa minggu selepas kemalangan, langsung tidak sedarkan diri, dan kemudian dipanggil oleh Ilahi. Sebelum arwah pergi, saya dan kawan2 sempat melawatnya di hospital. Hanya Tuhan yg tahu perasaan kami semasa melihat arwah. Air mata tak mampu ditahan, hanya dibiarkan mengalir. Beberapa hari selepas itulah kami dimaklumkan dgn pemergiannya. Sungguh tak disangka. Semoga arwah dirahmati oleh Allah di sana.

Tahun 2006

Lupa akan tarikhnya, tapi dalam tahun ini juga datuk saudara dijemput Ilahi..merangkap abang kepada nenek. Pengalaman pertama saya dlm hidup apabila melihat seseorang itu nazak sebelum nyawanya dicabut. Allahuakbar! Arwah tok cik meninggal disebabkan penyakit kanser prostat. Berbulan-bulan berada di hospital. Badan yg dahulunya gempal hanya tinggal tulang dan kulit. Perubahan yang amat ketara, malah wajah tok cik juga nmpak berubah. Saya, emak dan adik melawat arwah pd hari itu setelah diberitahu tok cik makin nazak. Melihat keadaannya, saya berasa sungguh sayu dan hanya doa dan bacaan Yaasin yg dapat dihulurkan tika itu. Selepas beberapa jam, akhirnya tok cik menghembuskan nafasnya yg terakhir, pergi dgn selamatnya. Tidak mungkin saya melupakannya, kerna selalunya sebelum atau selepas ke masjid, arwah pasti singgah di rumah atuk. Arwah begitu mesra dgn kami hingga ke anak cucu. Selepas pemergiannya, isterinya juga sakit dan semakin kurus, juga berubah secara mendadak. Alhamdulillah, dia masih dipanjangkan umur hingga sekarang, dan semoga tok cik perempuan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Tahun 2009 ( 28 Januari )

Satu lagi tarikh yang takkan dapat dilupakan. Nenek tersayang = ibu emak telah menemui ajalnya. ALLAH…sukar…begitu sukar utk diterima pd mulanya..malam itu, telefon di rumah kami berdering, dan ibu menjawabnya. Ibu diberitahu bahawa nenek dah tak ada, sejurus di waktu Maghrib. Dalam keadaan kebingungan, kami bersiap-siap utk ke rumah pak cik. Nenek meninggal di rumah pak cik. Nenek tak ada apa-apa penyakit. Tiba-tiba sahaja nenek rebah pd petang itu, sesak nafas, dan kemudian menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan pak cik. Hampir sejam utk sampai di rumah pak cik. Halaman rumah pak cik sudah di penuhi kenderaan dan orang ramai. Perasaan kami tak mampu dibendung lagi bila melihat jenazah nenek terbujur kaku di situ. Nenek yg dahulunya suka berborak dgn cucu-cucunya dah takde. Ibu kelihatan sungguh lemah pada waktu itu, namun digagahinya utk memandikan jenazah. Sekitar jam 11 malam, atuk, ibu, akak dan saya menaiki van jenazah bersama arwah nenek utk pulang ke kampung. Buat pertama kalinya saya menaiki van jenazah, dan itulah saat yg tak akan dilupakan. Nenek dikebumikan keesokan harinya. Semua anak perempuan nenek memandikan nenek, kecuali seorang yg hanya lemah longlai sejak malam itu. Mak su sangat rapat dgn nenek, dan itu benar-benar menjadi kejutan padanya. Mak su tak berhenti menangis dan saya dapat merasakan betapa sedihnya mak su waktu itu. Buat kali terakhir melihat wajah nenek, saya menguatkan diri utk tidak menangis sebentar, utk mencium nenek buat kali terakhir. Sungguh bersih wajah nenek dan kelihatan sedikit tersenyum. Nenek pergi dlm husnulkhaatimah. Sayang nenek, rindu sangat nenek. Nenek dah tinggalkan atuk selamanya. Kini, atuk tinggal sorang dan belajar hidup sendirian. Atuk buat air, masak, basuh baju sendiri. Atuk dah pandai semuanya sejak nenek pergi. Tentu nenek gembira kalau tahu atuk dah boleh hidup berdikari macam tu. Kadang-kadang, saya dan adik-adik temankan atuk. Kami nak gembirakan atuk selalu. Sayang atuk sangat-sangat juga. Walaupun atuk sering sakit, Alhamdulillah atuk masih dipanjangkan umur hingga sekarang. Semoga nenek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. U’ll be always in my mind, forever n ever…

Sesungguhnya pengalaman ini memberi peringatan kepada saya. Ajal tak mengenal usia dan masa. Bila-bila masa sahaja nyawa seseorang itu akan dicabut oleh malaikat. Walau sesaat pun tak akan tertangguh. Setiap orang akan menemui ajal masing2, hanya takdir Ilahi yg akan menentukannya.

‘ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami ‘ ( surah Al-Anbiyaa’ : 35 )

Bersama-samalah kita mengejar merit akhirat sebelum maut menjemput kita. Berusahalah sebanyak mungkin mengumpul bekalan yang pastinya dapat menyelamatkan kita kelak. Keep Allah in our heart forever =)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More