Sunday, August 9, 2009

kematian...suatu peringatan

Tahun 2001

Tika saya pulang dari sekolah, singgah sebentar di kedai runcit. Kemudian tauke kedai itu bertanya pd saya, ‘’ tahu tak pak sedara mu meninggal’’. Saya terpinga-pinga dan memang tak tahu langsung tentang berita itu. Sampai di rumah, emak suruh bersiap-siap sebab nak tengok pak cik yang telah dipanggil Ilahi merangkap adik kepada ayah = ayah ngah. Ayah memandu dari rumah hingga ke Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA), tetapi kami tak sempat melihat arwah. Pihak hospital telah membawa arwah pulang ke rumah nenek. Ayah memandu lagi selama beberapa jam utk pulang ke kampung. Tiba di rumah nenek, saya dpt melihat betapa ramainya sanak saudara jiran tetangga yg hadir.

Ayah ngah meninggal di tempat kerjanya, di tempat pembinaan. Ayah ngah dihempap oleh batu konkrit yang besar. Habis bengkak2 dan luka2 pd badan arwah. Berita tentang pemergian arwah terpampang di muka depan akhbar Metro. Sayu saya melihat berita itu. Ayah menyimpan keratan akhbar itu, mungkin sampai sekarang. Ayah teh sangat terkejut, sebab baru sahaja pagi itu mereka berbual di telefon, tetapi di waktu tengahari, arwah telah kembali ke rahmatullah. Bagaikan tidak percaya, namun itulah suratan Ilahi. Adik-beradik ayah kini tinggal lima orang. 2 orang telah dipanggil Ilahi terlebih dahulu.

Tahun 2005 (29 Disember )

Tarikh yg akan kekal dlm ingatan saya selamanya. Atuk yg disayangi lebih disayangi oleh Allah. Atuk menemui ajalnya pada pagi Khamis dalam keadaan yg menghibakan. Sangat rindukan atuk. Atuk selalu datang rumah, kasi kami anak cucu makanan, buah dan apa-apa je. Kami selalu dapat makan buah nangka, tebu dan ubi kayu yang atuk tanam sendiri, semua hasil titik peluh atuk. Hari itu atuk meninggalkan kami sekelip mata. Atuk dilanggar oleh sebuah kereta semasa berjalan di bahu jalan. Atuk tercampak jauh dan terus meninggal. Atuk nak ke kedai pagi tu dgn kawan, nak beli juga makanan utk nenek. Sebelum2 itu, nenek tak pernah suruh atuk belikan apa2 utk dimakan, tapi pagi itu nenek berhajat, tetapi tak sempat. Mungkin itu petandanya. Sehari sebelum pemergian atuk, nenek berada di rumah mak su. Nenek menyuruh emak hantar nenek ke kampung, sebab nenek bagitau nenek nak sangat balik rumahnya. Emak menjemput nenek di rumah mak su, dan nenek dpt pulang ke rumah. Rupa-rupanya itulah malam terakhir nenek bersama atuk. Atuk ada beritahu yg atuk ada sakit-sakit dada. Sebelum pulang ke rumah, saya dapat melihat atuk menerusi tingkap biliknya. Wajah atuk begitu sayu, namun saya tak merasa apa-apa ketika itu. Beberapa hari sebelum itu, atuk ada kasi kami makanan. Atuk cakap,’’ ambillah makan ni, lepas ni tak dapat dah ‘’. Huhu..setelah atuk pergi, baru saya teringat akan kata-kata atuk ni. Sangat sedih sebab atuk meninggal sebab excident. Muka atuk cedera dan bengkak-bengkak. Atuk takde sakit pape sepanjang hidupnya. Allah telah mentakdirkan ajal atuk di jalan raya itu. Kami pasrah dan redha.

Tahun 2006 ( 16 Januari )

Sekolah saya digemparkan dengan pemergian seorang pelajar perempuan lepasan SPM 2005. Juga bekas senior satu dorm saya dulu. Arwah yg merupakan anak tunggal keluarga meninggalkan ayah dan ibu tersayang. Arwah turut menemui ajalnya akibat kemalangan semasa Hari Raya Aidiladha di bulan Disember. Tempat kemalangan itu hanyalah bersebelahan dengan kampungku. Arwah terus koma selama beberapa minggu selepas kemalangan, langsung tidak sedarkan diri, dan kemudian dipanggil oleh Ilahi. Sebelum arwah pergi, saya dan kawan2 sempat melawatnya di hospital. Hanya Tuhan yg tahu perasaan kami semasa melihat arwah. Air mata tak mampu ditahan, hanya dibiarkan mengalir. Beberapa hari selepas itulah kami dimaklumkan dgn pemergiannya. Sungguh tak disangka. Semoga arwah dirahmati oleh Allah di sana.

Tahun 2006

Lupa akan tarikhnya, tapi dalam tahun ini juga datuk saudara dijemput Ilahi..merangkap abang kepada nenek. Pengalaman pertama saya dlm hidup apabila melihat seseorang itu nazak sebelum nyawanya dicabut. Allahuakbar! Arwah tok cik meninggal disebabkan penyakit kanser prostat. Berbulan-bulan berada di hospital. Badan yg dahulunya gempal hanya tinggal tulang dan kulit. Perubahan yang amat ketara, malah wajah tok cik juga nmpak berubah. Saya, emak dan adik melawat arwah pd hari itu setelah diberitahu tok cik makin nazak. Melihat keadaannya, saya berasa sungguh sayu dan hanya doa dan bacaan Yaasin yg dapat dihulurkan tika itu. Selepas beberapa jam, akhirnya tok cik menghembuskan nafasnya yg terakhir, pergi dgn selamatnya. Tidak mungkin saya melupakannya, kerna selalunya sebelum atau selepas ke masjid, arwah pasti singgah di rumah atuk. Arwah begitu mesra dgn kami hingga ke anak cucu. Selepas pemergiannya, isterinya juga sakit dan semakin kurus, juga berubah secara mendadak. Alhamdulillah, dia masih dipanjangkan umur hingga sekarang, dan semoga tok cik perempuan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Tahun 2009 ( 28 Januari )

Satu lagi tarikh yang takkan dapat dilupakan. Nenek tersayang = ibu emak telah menemui ajalnya. ALLAH…sukar…begitu sukar utk diterima pd mulanya..malam itu, telefon di rumah kami berdering, dan ibu menjawabnya. Ibu diberitahu bahawa nenek dah tak ada, sejurus di waktu Maghrib. Dalam keadaan kebingungan, kami bersiap-siap utk ke rumah pak cik. Nenek meninggal di rumah pak cik. Nenek tak ada apa-apa penyakit. Tiba-tiba sahaja nenek rebah pd petang itu, sesak nafas, dan kemudian menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan pak cik. Hampir sejam utk sampai di rumah pak cik. Halaman rumah pak cik sudah di penuhi kenderaan dan orang ramai. Perasaan kami tak mampu dibendung lagi bila melihat jenazah nenek terbujur kaku di situ. Nenek yg dahulunya suka berborak dgn cucu-cucunya dah takde. Ibu kelihatan sungguh lemah pada waktu itu, namun digagahinya utk memandikan jenazah. Sekitar jam 11 malam, atuk, ibu, akak dan saya menaiki van jenazah bersama arwah nenek utk pulang ke kampung. Buat pertama kalinya saya menaiki van jenazah, dan itulah saat yg tak akan dilupakan. Nenek dikebumikan keesokan harinya. Semua anak perempuan nenek memandikan nenek, kecuali seorang yg hanya lemah longlai sejak malam itu. Mak su sangat rapat dgn nenek, dan itu benar-benar menjadi kejutan padanya. Mak su tak berhenti menangis dan saya dapat merasakan betapa sedihnya mak su waktu itu. Buat kali terakhir melihat wajah nenek, saya menguatkan diri utk tidak menangis sebentar, utk mencium nenek buat kali terakhir. Sungguh bersih wajah nenek dan kelihatan sedikit tersenyum. Nenek pergi dlm husnulkhaatimah. Sayang nenek, rindu sangat nenek. Nenek dah tinggalkan atuk selamanya. Kini, atuk tinggal sorang dan belajar hidup sendirian. Atuk buat air, masak, basuh baju sendiri. Atuk dah pandai semuanya sejak nenek pergi. Tentu nenek gembira kalau tahu atuk dah boleh hidup berdikari macam tu. Kadang-kadang, saya dan adik-adik temankan atuk. Kami nak gembirakan atuk selalu. Sayang atuk sangat-sangat juga. Walaupun atuk sering sakit, Alhamdulillah atuk masih dipanjangkan umur hingga sekarang. Semoga nenek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. U’ll be always in my mind, forever n ever…

Sesungguhnya pengalaman ini memberi peringatan kepada saya. Ajal tak mengenal usia dan masa. Bila-bila masa sahaja nyawa seseorang itu akan dicabut oleh malaikat. Walau sesaat pun tak akan tertangguh. Setiap orang akan menemui ajal masing2, hanya takdir Ilahi yg akan menentukannya.

‘ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami ‘ ( surah Al-Anbiyaa’ : 35 )

Bersama-samalah kita mengejar merit akhirat sebelum maut menjemput kita. Berusahalah sebanyak mungkin mengumpul bekalan yang pastinya dapat menyelamatkan kita kelak. Keep Allah in our heart forever =)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More