Salam ukhuwwah dari pemilik blog. Alhamdulillah, nikmat sihat telah dikembalikan oleh yg Esa.
Terpanggil untuk menulis lagi..apa jua yg terlintas di fikiran…
Teringat dan rindu pd ibu tersayang..teringat segala tunjuk ajar didikannya sejak kecil hingga sekarang..
Mom, u are my heart..always n always =)
Sebagai hamba Allah, kita tak dpt lari drpd SOLAT..yg merupakan tiang agama..agama syumul di dunia ini, yakni agama Islam..SOLAT yg menjadi amalan yg akan dihisab dahulu apabila kita berada di alam sana..SOLAT yg dpt menjaga diri kita drpd perkara-perkara mungkar..yg menjadi penghubung antara si hamba dan sang Pencipta..
Apakah tahap kita menjaga solat itu?
Orang solat, kita solat..tak kisahlah solat dh nk habis waktu pun,asalkan kita solat..solat macam kilat, tak sampai 2 minit..solat tanpa penghayatan..solat tanpa rasa apa-apa..na’uzubillah kita dijauhkan drpd perasaan ini semua..
Jagalah solat kita ibarat kita menjaga diri kita sendiri
Sebab kita tak tahu sama ada setiap solat yg dikerjakan itu diterima atau tidak..hanya Allah yg berkuasa membuat penilaian
Selagi mampu, peliharalah solat itu sebaik-baiknya..
Bukan hanya solat, tetapi juga perkara yg wajib dilakukan sebelum kita solat, iaitu WUDUK…
Jika wuduk kita tidah sah, secara automatic solat kita tidak sah..
Tidak salah andai kita berwuduk secara tertib, sempurna pd setiap anggota badan yg wajib..bukan main basuh je…walhal tapa kita sedar mungkin kadang2 air itu tidak membasahi tempat2 yg wajib..adakah wuduk itu diterima?
Pernah saya ditegur oleh ibu..” cepatnya amik air semayang, amik camnela cepat sangat tu’’
Pernahkah anda ditegur sebegini?
Alhamdulillah jika ditegur..kerana ia sebenarnya mendidik diri kita utk berwuduk dgn lebih sempurna..dan membuktikan bahawa sayangnya orang itu pd kita..
Malah, adik saya juga pernah ditegur oleh atuk..ayatnya hampir sama dgn teguran emak..
Macam mana ayah, begitulah anaknya kan..=)
Habis bab wuduk..sambung pula bab solat
Pernahkah kita bersiap-siap dgn sempurna sebelum menunaikan solat?
Berpakaian bersih dan suci, tempat solat yg bersih dan berkeadaan baik..kita bukan jumpa insan biasa, tetapi kita nk berjumpa Pencipta kita sendiri..yg hanya lima kali sehari dlm hidup kita..
Sejauh manakah persiapan kita sebelum menghadapNya?
Adakah kita benar-benar yakin yg pakaian yg digunakan itu betul2 bersih dan suci?
Kalau yakin, Alhamdulillah…
Jika kita mengambil masa yg lama utk bersiap-siap keluar, touch up sana, touch up sini..tidak salah jika kita ambil lebih lama masa utk bertemuNya…tidaklah sehingga melewatkan solat itu, tetapi setelah yakin kita berpakaian lengkap menutup aurat utk solat..
Satu contoh di sini :
Kita pakai baju, baju harian di rumah atau bilik..biasanya t-shirt dan seluar..
Baju itu kita pakai pergi kemana-mana..ke tandas..duduk lepak-lepak..buat tidur..baring atas katil atau lantai…
Kemudian, dh tiba waktu solat, kita solat mcm biasa..guna baju yg kita pakai tadi..
Yakinkah kita semasa kita ke tandas, tak ada kotoran atau najis yg terpercik pd baju kita tu? Adakah kita benar-benar nampak kesucian baju itu? Memang baju itu bersih, tapi kesuciannya?emm, saya sendiri tak dpt melihat kesucian itu..
Baju dan seluar itu kita seret ke sana ke mari, then kita buat solat..
Pernah tak kita terfikir bahawa solat itu penting? Bukan nak diambil ringan je, pandang sebelah mata je..
Ye, mungkin sesetengah orang yakin dgn kesucian pakaiannya..tapi saya tak yakin..
Satu didikan ibu tersayang yg masih terlekat dlm fikiran dan diamalkan sehingga sekarang, insyaAllah..
Emak pernah berpesan pd anak-anaknya :
‘’ orang kalau nak semayang tu, gunalah baju lain..ni baju tu duduk merata-rata, pastu buat semayang..tak mumaiyyiz org panggil’’
Bukan sekali sahaja, tetapi banyak kali ayat ini dilontarkan..
Kalian tentu faham kan dgn pesanan itu..
Sepupu lelaki saya juga pernah ditegur oleh ibu,’’ tengok tu, kain tu duk merata-rata, lepas tu nak gi semayang..ish, tak mumaiyyiz sungguh la”
Mungkin agak pelik kan bunyinya, namun inilah hakikatnya..
Adik saya tak perlu diajar utk berbuat ini semua..dia hanya melihat apa yg kakak-kakaknya buat..dan saya juga tak pernah menegurnya..apa yg kami buat, dia ikut..alhamdulillah..
Hal ini bukanlah ditekankan sejak kecil, tetapi setelah anak itu akil baligh.tidak kiralah berapa umur pd masa itu..
Emak juga tak kasi anak-anak yg belum baligh dan sudah baligh berkongsi telekung..even sejadah pun..
Begitu dititikberatkan antara kami..
Saya pernah ditegur oleh rakan sebilik berbanga Cina dahulu :
‘’eh, u nak solat pun kena tukar2 baju ke?’’
Saya menjawab, “ a ah, saje je,’’. Dia mengangguk. Saya tak nak mengulas panjang, hanya itu yg dijawab.
Tidak salah jika kita memakai baju yg khas utk solat. Tak kisahlah baju apa pun, yg penting baju itu suci sesucinya. Tidaklah bercampur-aduk di mana-mana.
Selagi tidak terdesak, itulah yg kami amalkan tika nak solat..pesanan ibu tersemat di hati..
Pernahkah kalian dipesan sebegitu?
Mungkin awal-awal agak sukar dilakukan, namun lama-lama ia akan menjadi amalan kita..jika tak buat, akan rasa lain…
Perubahan itu tak susah, jika diiringi dengan semangat dan istiqamah…
Sesungguhnya didikan ibu itu sangat bermakna pada saya. Sangat bernilai dan kami anak-anaknya mampu menuruti ajarannya..sebab kami kan anak mak..hehe=
Dan insyaAllah didikan ini akan diturunkan pada anak-anak cucu kami kelak..
‘Bersoleklah’ secantik mungkin utk menghadapNYA…
Demi Yang ESA…
0 comments:
Post a Comment