Monday, September 7, 2009

ketegasan ummi @ murabbi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...


< status : kerinduan melampau pada FAMILI tersayang >


SCENE 1


Salah tu…ce buka mata tu luas sikit “, ibu meninggikan suara

Budak perempuan itu tersentak, tetapi meneruskan bacaan al-Qurannya walaupun dalam keadaan teresak-esak…

“ Baca molek cket..kang mak letak seterika panas ni kang “, lagi sekali emak mewarning..


Makin laju air mata yg mengalir..tersekat-sekat membaca ayat suci ALLAH…

Dia tahu bahawa ibunya slalu tahu yg dia pasti menangis tatkala membaca al-Quran di depan ibunya..

Walaupun semasa membaca itu, ibunya menggosok pakaian, ibunya tahu setiap tempat bacaannya yang salah..terus dimarahi…

Memang dia sudah sebati..yang dia akan mendermakan air matanya setiap malam..

Demi mempelajari kalamullah itu..

Dia faham..bahawa itulah cara pengajaran ibunya…


SCENE 2


Ibu membetulkan dan menegur bacaan si kecil itu…

“ ( sedikit ayat al-Quran )..tengok molek ckit..buka mata luas-luas “, ibu menegur dgn lembut

Si kecil itu mengulang ayat itu dgn betul, tapi dgn nada yg lebih keras..semacam pantang ditegur @ diperbetul oleh sesiapa…

“ dah kalau camtu, tak payah blajar dgn mak la..pegi!!! blajar dgn org lain “, sungut mak.

Si kecil itu terus menangis..

Meneruskan bacaan smbil teresak-esak..sempat berkata, “ tak nak buat dah mak..tak nak dah “.


Si ibu menahan tawa sedikit..begitu juga kakak-kakaknya..konfius sama ada kesian atau tidak kisah dgn keadaan adik yg sebegitu..juga menahan gelak..

Si kecil itu juga mewarisi kakak-kakaknya…

Kadang-kala menjadi penderma air mata setiap kali mengaji…

Kadang-kadang ditakutkan oleh ibu dengan sebatang rotan…

Ketegasan ibunya yg tak pernah luntur sejak mendidik anak sulung hingga yg bongsu…


SCENE 3


“ bangun, bangun..mengaji..”, ibu mengejutkan dua anaknya

“ biar jelah anak-anak tu tidur,” si ayah mencelah

“ hurm..kalau ikutkan ayah ni, sampai bila pun anak-anak ni tak pandai mengaji,” jawab ibu.


Walaupun sang anak sudah tidur, si ibu tetap mengejutkan anak2nya utk bangun mengaji al-Quran setiap malam…

Pernah sekali, pada satu malam..

Si anak berlari keluar dari rumah..mgkin sebab dikejar ibu..sebab tak mahu mengaji…

Berlari sepantasnya..

Tiba-tiba anak itu berhenti…

Kakinya terpijak kaca..maklumlah..berlari tu sambil berkaki ayam…

Terus pulang ke rumah dgn muka yg sayu…

( moral : tula..buat nakal sgt..kan dh jadi mangsa kaca yg tajam tu …hehe..biasala..budak kan..)



Kisah 3 scene yg hampir sama..

Main point is about MENGAJI @ MEMBACA AL-QURAN

Cara didikan n pentarbiyyahan si ibu di rumah..agar semua anaknya dapat membaca KITABULLAH itu dengan tartil dan tajwid yang betul

Begitulah pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil

Terutama perihal agama sebegini…MESTI dititikberatkan

Jika ibu bapa tak mampu mengajar sendiri anak-anak, mereka boleh menuntutnya di kelas-kelas mengaji al-Quran..banyak kan tempat…


( teringat drama NUR KASIH ~ tika si ayah yang mengajar anak2nya Aidil dan Adam mengaji..juga tegas mendidik mereka )


Scene 1 : budak perempuan tu la…si pemilik blog ini..alah bisa ,tegal biasa

Scene 2 : si kecil = adik perempuan owner blog ini

Scene 3 : si anak = kakak tuan punye blog ni..


p/s : bacalah ayat al-Quran itu dengan tartil dan tajwid yang tepat… insyaALLAH =)


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More