Thursday, October 15, 2009

kawan, rakan, teman, sahabat







Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Kawan..rakan…teman..sahabat…

Semuanya lain ejaan..semuanya dilihat seperti mengandungi makna yang sama….ada juga berpandangan tiap satunya berbeza..

Kawan..ialah insan yang kita temui selepas keluarga dan saudara-mara kita..mustahil seseorang itu tak punyai kawan..ada kawan biasa, ada kawan baik, ada kawan suka-suka..macam-macam kawanlah…

Hanya kesyukuran yang mampu dilafazkan buat Sang Pencipta kerana mengurniakan kawan2, rakan2, teman2 dan sahabat kepada saya..

Allah telah kurniakan saya ramai rakan..tak terbilang rasanya..walaupun ada rakan biasa, saat pertemuan kali pertama itulah, dianggapnya sebagai rakan..kan mukmin itu bersaudara..

Bermacam-macam teman saya kenal…teman tapi mesra..hehe

Tak dapat dibayangkan kalau saya tiada sahabat…takkan nak hidup sorang-sorang macam kera sumbang..tiada tempat berhibur, tiada tempat bercerita, tiada tempat mengadu..

Kamu sebagai kawan saya sangat penting dalam hidup saya..siapa saya tanpa kamu…saya sangat-sangat hargai kehadiran kamu dan atas kesudian kamu berkawan dengan saya..=)

Maafkan diri ini bagi sesiapa yg mengenali..saya tak dapat jadi kawan yang sempurna..yang betul-betul baik pada kamu..yang betul-betul menggembirakan kamu..

Siapa yang kenal saya, inilah diri saya yang sebenar..kamu yang rapat dengan saya pasti tahu sikap tingkahlaku saya kan…saya cuba jadi rakan yang terbaik buat kamu

Maafkan saya kalau mengguris hati kamu, mengecilkan hati kamu..saya tak terniat untuk melakukannya..mungkin kadang-kadang saya terlepas cakap tanpa sedar..dan saya tak tahu yang sebenarnya kamu terasa dengan saya..

Buat teman-teman kos saya..terutama kamu bertujuh..

I’m really2 grateful to have u as my friend..kita berjuang sama-sama selama 4 tahun di sini ye..=D

Saya memahami tiap satu antara kamu..dan saya senang dengan kamu semua..thanks sebab sudi jadikan saya kawan kamu..apa-apa kita buat sama-sama..jalan sama-sama..makan sama-sama…dan saya fikir kita punya pemikiran yang sama..

Tapi..maafkan saya..kala terlebih cakap..terlebih mengata..dan apa-apa aje..bukan untuk menyakitkan hati kalian..tapi hanya untuk menggembirakan kamu semua..biarlah diri sendiri tak gembira, asalkan saya dapat gembirakan kamu semua..

Saat kamu semua suka dan ketawa bila saya bercakap, itulah saat yang sangat menggembirakan saya..saya nak kamu ceria-ceria selalu…sahabat-sahabat saya perlu hepi-hepi selalu..

Saya doakan semua kawan saya..tak kiralah kita baik atau tak…agar kamu semua berjaya dlm apa-apa sahaja yang kamu ceburi..kawan pra-sekolah, kawan sek rendah, kawan sek menengah, kawan matrik..dan sekarang kawan-kawan di universti ni..nanti harap-harap dapat jumpa kawan baru lagi…

Kamulah pengubat diri di kala duka dan lara..cewahh..

Kadang-kadang masalah atau kesedihan yang ada terus hilang bila jumpa kamu semua..

Hidup ini pasti sunyi tanpa kawan, rakan, teman dan sahabat..

Friendship forever n ever..

Hanya kematian yang akan memisahkan kita..

~~ kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH ~~

> pada jalan berliku, moga ALLAH luruskan langkahmu..tika langit dunia runtuh, moga ALLAH teguhkan aqidahmu, jika kesusahan datang, moga ALLAH kuatkan hatimu, pada hati yang gelisah, moga ALLAH curahkan ketenangan dalam dirimu...moga kasih ALLAH sentiasa bersamamu <





2 comments:

Lov u coz of Allah...smga pershabtan ini akan terus berkekalan...Insyaallah...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More