Walaupun dah terlambat seminggu, tetap nak wish Selamat Hari Lahir buat ibu tersayang, yang telah melahirkan saya 31 tahun yang lalu. Tarikh lahir kami hampir sama, maka sampai bila-bila pun akan saya ingat tarikh ini..Emak yang membesarkan kami dari kecil hingga kami menginjak dewasa bersama suami tercinta. Saya bersyukur punyai ibu sepertimu, yang tiada galang gantinya di dunia ini, yang sangat sukar dicari ganti.
Emaklah ibu yang terbaik di hati kami. Emaklah ibu mithali kami, buah hati pengarang jantung kami. Tanpa ibu, kami tak bermakna apa-apa. Sewaktu saya berumur hampir dua tahun, saya ditinggalkan bersama nenek selama sebulan, sebab emak menunaikan rukun Islam kelima bersama ayah. Masa itu memanglah saya belum mengerti apa-apa, yang pasti susu yang ditinggalkan bertin-tin tak cukup..hehe..teruknya..Mahu jadi seperti emak. Dapat tunaikan haji pada usia yang masih muda. Asalkan duit cukup, insyaAllah niat murni itu akan termakbul dengan kehendakNYA.
Saya bangga dikurniakan ibu seperti ibu. Sebabnya, ibu bukan hanya mendidik kami semua yang darah daging ibu ni, tapi ibu pun mendidik anak-anak orang lain. Saya tak tahu berapa ramai yang telah diajar oleh ibu. Walaupun ibu sibuk dalam meluangkan masa untuk mendidik anak-anak orang lain, ibu tak pernah mengabaikan kami. Segala makan pakai kami terjaga. Setengah hari diperuntukkan di pejabat, berhadapan dengan anak-anak lain dan pelbagai jenis dokumen. Kadang-kadang emak pulang lewat sebab ada mesyuarat ataupun kursus. Kami sebagai anak sangat memahami tugas emak.
Pernah dulu adik emak berkata padanya, “ alah, kerja cikgu senang je, duduk je dalam pejabat” (cerita emak pada kami). Ulas emak, senanglah sangat, ingat duduk dalam pejabat tu duduk je ke, tak buat pape..sakit kepala ni fikir macam-macam hal nak buat. Dia tak jadi cikgu, memanglah tak rasa". Haa, jangan ingat jadi pendidik itu mudah ye. Hargailah setiap jasa guru yang mengajar kita sejak kecil hinggalah keadaan kita sekarang. Seorang doctor takkan dapat menjadi doctor tanpa seorang insan yang bergelar guru@pendidik@pensyarah.Tiada satu kerja pun yang mudah, melainkan kita sendiri yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan tekun.
Bila pulang dari kerja, ibu bergegas bekerja pula di dapur untuk memberi kami makan. Jika terlalu penat, pasti ibu terlena di atas katilnya. Waktu tidur malam emak juga tak menentu, kadang awal, kadang lambat. Ibu bangun awal pagi untuk ke tempat kerja seperti biasa. Hari bekerja emak tak perlu siapkan sarapan sebab semua ahli keluarga keluar rumah setiap pagi. Hanya perlu sediakan sarapan pada hari minggu. Keluarga kami biasa-biasa sahaja, apa sahaja yang ibu masak, itulah yang kami semua makan. Tiada yang cerewet, tiada yang suka meminta itu dan ini. Dan saya tahu sebab mengapa kami biasa hidup begini. Sebabnya berpunca daripada didikan ibu dan ayah sendiri.
Emak mengajar anak-anaknya hidup berani dan berdikari. Jika diamati, memang kami semua anak-anak emak punyai karakter itu. Emak tak memanjakan kami, tak memilih antara kami. Kasih sayang emak dibahagikan sama rata kepada kami. Begitu terurus kami hasil penat lelah emak selama ini. Terima kasih emak =)
Saya mahu menjadi ibu seperti ibu jika dipanjangkan umur kelak. Mahu menjadi tabah,kuat, penyayang, prihatin dan segala-galanya yang ibu punyai. Ibulah yang terbaik di hati saya selama-lamanya...
p/s : sayangilah ibu bapa kita sebagaimana mereka menyayangi kita =D
0 comments:
Post a Comment