Tuesday, December 8, 2009

bertudung tak semestinya...


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Salam rahmat buat hambaNya sekalian. Moga kita semua sentiasa dinaungi keberkatanNYA..
Entri kali ni..bertudung tak semestinya? tudung apa ye?tudung saji?tudung botol?tudung kepala?fikir-fikirkan sambungannya itu..apa-apa yang bermain dalam kepala kalian..

Ayat saya : bertudung tak semestinya menutup aurat, tapi menutup aurat semestinya bertudung.

Anda faham makna bertudung? Anda faham maksud menutup aurat?
Sudah tentu kan..kan ada subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam kt sekolah dulu2...
Saya bukanlah seorang yg perfect, bukanlah pendakwah, bukanlah uztazah..tapi hanya hamba Allah yang punya sedikit kefahaman..

Tak perlu rasanya saya taip kat sini ayat ALLAH yang berkisar kewajipan menutup aurat ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan..sudah pasti kalian semua dah banyak kali lihat ayat itu dalam kitabullah itu dan mana-mana sumber lagi..
Namun, kenapa ye sukarnya kita menuruti perintah itu?
Kita ada kefahaman, namun susah untuk diamalkan...

Saya dilahirkan sebagai perempuan..Maka, saya sayangkan kalian yang juga sebagai perempuan
Baginda Rasulullah s.a.w pernah menyatakan bahawa kebanyakan penghuni neraka itu adalah dari kalangan WANITA...
Pasti ada sebabnya kenapa Baginda berkata sedemikian..

Menutup aurat itu adalah wajib bagi setiap manusia yang bergelar muslim
Bukan sunat, harus atau makruh..
Jika ia jatuh hukum wajib, maka ia sama seperti kewajipan menunaikan solat kan..
Saya selalu berfikiran begini...
Ramai yang tak tutup aurat mengikut syariat sebab ia tak termasuk dalam rukun Islam
Sedangkan rukun Islam sendiri seperti solat, puasa dan zakat pun berlambak-lambak yang tak laksanakan, apatah lagi menutup aurat itu...

Satu analogi yang biasa kita dengar :

Kalau kita nak beli makanan, pasti kita pilih makanan yang ditutup kan? Berbanding makanan yang dibiarkan tidak bertudung, Yang terdedah dengan kotoran atau apa sahaja
Pasti yang bertudung itu lebih berkualiti dan rasa yakin untuk dimakan...
Begitulah juga dengan diri kita sebagai manusia..sebagai perempuan..
Lebih indah melihat perempuan yang bertudung litup mengikut syariat..
Namun setiap orang punya citarasa berbeza..
Ada yang suka lihat dia berpakaian begitu, ada yang suka berpakaian begini..
Memang dunia sekarang semakin moden, tapi ia ialah dunia akhir zaman..zaman jahiliah muncul kembali..betapa berjayanya syaitan itu melaksanakan tugasan mereka menumpaskan anak-anak ADAM, umat Nabi Muhammad s.a.w..

Kita boleh lihat mereka yang berpakaian elok menutup aurat tu ramainya adalah dari maahad Quran, dari bidang syariah, bidang pengajian Islam, dari tempat tahfiz al-Quran, dari sekolah agama dan sebagainya..
Ada yang berkata, " dia dari sekolah agama, padanlah dia pakai macam tu "
" dia amik syariah..dia anak tok imam..dia anak ustaz.."
dan macam-macam lagi yang boleh kita dengar..

Ingatlah, semua itu tak menentukan penampilan diri kita. Saya akui memang ia sedikit mempengaruhi diri kita, tapi berapa ramai yang dapat mengekalkan penampilan diri masing2 apabila tamat belajar dari tempat-tempat seperti di atas ?
Berapa ramai yang istiqamah?
Even anak ustaz atau tok imam sekalipun, jika iman dan taqwa itu lemah, kita pasti kecundang..
Jika tak betul-betul menghayati ajaran agama itu, tak betul-betul mengamalkan apa yang dipelajari, kita pasti tersasar...

Ada yang bertudung, tapi pakai baju lengan pendek
Ada yang bertudung, tapi pakai baju dan seluar sendat, sama sendat dengan badan
Ada yang bertudung, tapi sayang..baju yang dipakai tu nipis..menampakkan kulit badan
Ada yang bertudung, tapi tudung tu tak menutup dada, tak dipakai melebihi aras dada
Ada yang bertudung, tapi sayang kan kalau tudung tu nipis, boleh menampakkan leher tu
Macam-macam gaya tudung dipakai
Namun sayang sekali jika tudung yang dipakai tak menuruti syariat
Sia-sia sahaja..
Sebab sama sahaja kalau tak bertudung
Kadang2 yang bertudung itu lebih seksi daripada mereka yang tak bertudung
Maaf, terpaksa berkata sedikit kasar
Jika pakaian itu menampakkan bentuk badan, sudah pasti ia salah di sisi Islam
Ikutlah gaya apa pun kita nak bertudung, yang penting ia menutup dada masing-masing
Bukankah itu yang terkandung dalam al-Quran?

Kita bukan sahaja pabila nak jalan-jalan baru nak bertudung litup, nak keluar dari rumah baru nak pakai tudung cantik-cantik..
Tapi kalau kita nak keluar dari rumah, hanya nak ambil barang kat luar rumah saje pun, kita perlu bertudung..
Memang takde orang yang kita nampak, tapi Allah nampak apa kita buat
Kalau orang datang rumah yang bertitlekan bukan mahram kita, kita mesti bertudung...
Walaupun yang datang itu ialah sepupu kita sendiri..yang mana kita dan dia telah mencapai akil baligh..
Mungkin ada yang tak tahu..tapi kalian mesti dah tahu bila baca coretan ni

Hal ini semua bergantung juga pada didikan ibu bapa. Mak ayah turut berperanan penting..
Jika si ayah dan si ibu sudah banyak kali menasihati anak-anak, namun mereka tak mengendahkan, itu terpulanglah kepada mereka. Ayah dan ibu dah melaksanakan tanggungjawab, terserahlah kepada si anak nak pilih yang baik atau buruk.
Jika si suami dah selalu mengajar si isteri, namun si isteri buat tak tahu je, pandai-pandailah si isteri tanggung dosa sendiri..
Namun, tak kejamkah kalian..sebagai anak perempuan, adik perempuan, isteri, ibu dan seumpamanya..sanggupkah kalian memberatkan tanggungan ayah, abang, adik lelaki, suami dan saudara lelaki kalian dengan dosa kalian yang tak menutup aurat???
Sanggup kalian mengheret mereka sekali ke tempat yang mengerikan itu bersama kalian walaupun dosa itu tidak dilakukan oleh mereka?
Inikah buktinya kalian sayangkan mereka dunia akhirat?
Cuba kita fikir-fikirkan...

Ibu pernah berkata, " ada mak sayang sangat kat anak, tapi tak sayang..sayang tapi tak sayang "
Faham-fahamkan ayat ini...

Bukan wanita sahaja, lelaki juga perlu menitikberatkan kewajipan menutup aurat tu..
Ramai juga lelaki yang tak tutup aurat dengan sempurna
Ingat ye, tak perlulah pakai seluar atas lutut tu..takde apa-apa kelebihan pun..
Di hadapan bukan mahram memang wajib kita menutup aurat, tapi di hadapan mahram pun kita perlu menutup apa yang patut
Even perempuan di hadapan perempuan, tak perlulah kita pakai short tu..tak salah rasanya kalau pakai seluar bawah pada lutut.Rasanya tak terbakar lagi kulit tu kan..

Ada yang kata,pakaian menutup aurat tu koman la..tak open minded la..kolot la..apa-apa jela..
Namun, itulah sebenarnya yang Allah suka
Biarlah apa pandangan manusia pada kita
Biarlah apa kata orang pada kita
Ingatlah bahawa pandangan ALLAH itu yang utama
Bukan manusia yang menilai kita kelak
Hanya ALLAH yang layak menilai kita

Biarlah kita panas di dunia sementara ini
Asalkan kita sejuk di akhirat sana
Biarlah kita dicerca di dunia ini
Asalkan kita dinaungi ALLAH di hari perhitungan kelak

Berubahlah sedikit-sedikit, asalkan kita istiqamah melakukannya
Niatlah kerana ALLAH
Bukan kerana paksaan semata-mata

"BERJUANG ITU MEMANG PAHIT, KERANA SYURGA ITU MANIS"

p/s : bebelan ini juga ditujukan khas buat si penulis sendiri..
saya sayangkan kalian, yang juga dilahirkan sebagai perempuan seperti saya
tak kiralah keluarga saya, saudara saya, shabat baik saya, kawan-kawan saya atau siapa sahaja yang saya tak kenal..
asalkan kamu bergelar wanita, jom kita sama-sama berubah...insyaALLAH =)

" Wahai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?"





0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More