Thursday, December 24, 2009

memori semalam

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...
Salam tahun baru, 1431H. Selamat menempuh semester baru buat rakan-rakan seperjuangan sekalian. Apabila munculnya tahun baru, pasti masing-masing punyai azam baru. Mungkin ada yang berniat untuk berubah @ berhijrah, daripada kurang baik kepada baik, dan baik itu berubah ke arah yang lebih baik. Transformasikan diri kita selagi nyawa dikandung badan. Biarlah usaha melakukan perubahan itu hanya sedikit demi sedikit, asalkan ia berkekalan hingga akhirnya. Tiada siapa yang dapat mengubah diri kita, kecuali diri sendiri yang ingin berubah. Apa yang baik, kita kekalkan. Apa yang buruk, kita tinggalkan.
Sepanjang tahun 1430H, pelbagai peristiwa yang telah saya lalui. Gembira, riang, kecewa, sedih dan semua jenis dugaan hati itu muncul. Manis ke, pahit ke, telan je semua. Itulah pengalaman hidup yang Allah kurniakan buat diri. Banyak pendermaan air mata telah dilakukan secara sengaja atau tidak. Rasa itu merangsang diri untuk menjadi lebih kuat pada tahun baru ini. Rasa kuat itu datangnya daripada Allah. Kuatnya pergantungan kita kepadaNYA, maka kuatlah diri kita.
Tahun itu diakhiri dengan memori yang sangat manis bersama keluarga tersayang. Sudah lama tak bersama-sama, so ruang dan masa yang tersedia itu digunakan sepenuhnya. Bersantai, bergurau, gelak ketawa, bergaduh dan macam-macam lagi aksi kami bersama. Sungguh indah bersama mereka kerana merekalah penguat diri ini. Walaupun diri sering bertelagah dan berleter di rumah, jauh di sudut hati itu munculnya rasa sayang itu. Maafkan saya ye adik-adikku sebab selalu jadi mangsa kakakmu yang garang macam singa ni. Marah itu tanda sayang. Bila selalu marah-marah, pasti selalu sayang-sayang =)
Bersyukur sepenuhnya, even berjauhan dari rumah, insan-insan tersayang tetap dapat ditemui di sini. Syukran Ya Allah sebab tempatkan kami bertiga di sini bersama-sama. Hati sangat gembira bila melihat si kecil itu tersenyum pabila diagah ('',)
Kali ini, pembelajaran lebih mencabar. Kuatkan semangat, teruskan usaha! Aja-aja fighting!!!

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More