Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Saturday, January 30, 2010

rahsia bocor


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Perbualan antara kami suatu masa dahulu, antara saya, emak, kakak dan makcik masih saya ingat sampai sekarang. Kami berbual-bual tentang si kecil Hannah itu, berapa berat badan si comel masa tu, minum susu ibu ke susu tepung. Alhamdulillah, berkat kesabaran ibunya menyusukannya, dia semakin membesar dengan sihat. Cuma kini, dia kadang-kadang diberi minum susu formula bayi semasa berada di nurseri bersama rakan-rakan sepermainannya.

umur 3 bulan setengah


Kami terus berbual-bual. Makcik bertanya, bila nak kasi makan. Emak cakap, kasi bila dia nak, bila masih belum kenyang dengan minum susu. Saya pula sampuk, makanan tu boleh kasi paling kurang masa bayi umur 4 bulan ( mengikut ilmu yang dipelajari). Kalau di klinik kesihatan, jururawat suruh kasi semasa bayi berumur 6 bulan. Emak tambah lagi, si Nazura tu dah suap makan masa umur 4 bulan, sebabnya selalu menangis. Bila dapat makan, terus senyap dan tidur dengan lenanya. Makanan tu boleh dipanggil sebagai makanan pelengkap. Ia boleh diberikan apabila si bayi menunjukkan tanda-tanda tertentu. Memang kurang sesuai diberikan semasa dia masih terlalu muda, bimbang sistem GITnya masih belum lengkap membesar. Makan punya makan, tapi tak boleh hadam. Kesannya pada bayi tu juga nanti. So, kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa sekalian, sila ambil kisah akan semua ni, untuk permata kalian yang tersayang.

Rahsia saya akhirnya terbongkar pada petang itu. Bukan hanya saya, malah kakak dan adik saya yang lain.
Rahsianya...kami diberi makan sebelum tamat tempoh emak habis berpantang, maknanya sebelum cukup 40 hari. Oh, sungguh lapar anak-anak emak.
Emak bercakap dengan bersahaja, " mak dulu kasi je makan, biar tak cukup 40 hari lagi pun..Semua macam tu.. Ambil gandum, pastu tambah air, kacau atas dapur.." ( saya pun tak tahu resepi apa ni =D )

Saya makin terkejut apabila mak cakap begini,
" na dulu umur 3 hari, mak kasi makan. asyik menangis je, tambah tak nak tidur. try masak makanan tu, try suap, terus berhenti nangis. lepas tu, tidurlah. takkan nak biar je menangis kelaparan kan "

Haaa? yeke mak? Sungguh dasyat anak mak ni..3 hari ye, bukan 3 bulan. Macam mana la saya boleh telan gandum tu masa tu.hehehe...
Saya sambung tanya lagi, " dah tu ok ke mak? selamat ke makan tu? 
Semua senyum je, tak sempat jawab, saya juga yang jawab,
" a ah, selamatlah kan..hidup lagi sampai hari ini "
Akhirnya kami tergelak sama-sama. 
Sangat menarik topik petang itu. Kalau tak cakap pasal makan-makan tu, entah sampai bila saya boleh tahu kedasyatan saya semasa bayi dahulu.

Apabila saya berkongsi cerita itu dengan seorang kawan, dia bertanya,
" dah tu sekarang, GIT ko ok tak? tak ada ape-ape masalah ?
" Alhamdulillah, ok je sampai hari ini. Tak ada side effect..=)

Dahulu, 3 tin susu pun masih tak cukup, sekarang 1 paket kecil susu pun susah nak dihabiskan. Tak ke bahaya kalau dapat osteoporosis. Betu-betul dasyat saya ni, dari kecil sampailah besar.
Mintak-mintak saya dijauhkan Ya Allah.

Terima kasih ye emak sebab kasi anakmu ini makan waktu tu, kalau tak dah terseksa kelaparan. ( ibu mana la sanggup biarkan anaknya menangis je kan )

Adakah saya akan perturunkan ilmu emak saya ni kepada bakal cucunya akan datang?
Kita tunggu dan lihat sekiranya masih dipanjangkan umur untuk saya memberikan emak dan ayah cucu yang seterusnya serta  kesempatan mereka menatap bakal cucu mereka itu..
Mohon dipanjangkan umur kami Ya Allah.
Juga pembaca-pembaca sekalian. InsyaALLAH.

Wallahu'alam.




Wednesday, January 27, 2010

rindu saat itu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Ku hanya insan biasa. Yang bisa melakukan kesilapan pada bila-bila masa
Kini ku lebih kuat jiwa,hati dan perasaan.Tidakku mahu menjadi seperti dahulu. Pasti TIDAK!
Walaupun kadang-kadang ku teringatkannya, ku tahu ia takkan melemahkanku.
Aku kadang-kadang ragu-ragu, adakah ia kerana silapku? Khilafku sendiri sebagai hambaNYA yang hina
Aku meninggalkan atau aku ditinggalkan?
Wajarkah aku bertindak sedemikian? Patutkah aku yang mana seharusnya aku di sampingnya..tetapi keadaan itu agak menyukarkan aku bertindak sebegitu
Ku biarkan ia berlalu dan terus berlalu
Tiada tindakan yang mampu ku lakukan. Hingga aku gelarkan diri ini sudah ' give up'
Ku cuba lapangkan dada, damaikan jiwa,berbaik sangka
Tidak ku mahu titik hitam bertapak di kalbu. Seboleh mungkin aku melawannya..
Dulu pasti ada sahaja persoalan pabila kami'bertemu. Aku memberi respon dengan seadanya selagi aku mampu
Semakin ia berlalu begitu, aku tidak lagi disoal begitu, kerana mereka telah memahamiku.
Cuma jarang-jarang sahaja aku masih perlu berhadapan dengan hal yang sama.
Cukup berat bagiku suatu tika dahulu, kerana hal itu mengubah perasaanku ke arah yang tidak sepatutnya

anda mahasiswa?

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


( di saat semua coursemateku dengan gembiranya pulang ke rumah masing2..cuti 4 hari..=D..ku tetap setia di sini..konon jela ni..hehe )

Minggu ini berakhir dengan sesi pembuangan undi bagi pemilihan MPP di UKM sesi 2009/2010. Suasana terasa hangat sejak hari penamaan calon, diikuti kempen-kempen, manifesto-manifesto dan event pada hari ini akan menentukan siapakah yang akan menerajui kepimpinan PMUKM bagi sesi kali ini.

Dahulu,tika masih mentah di sini, ku tak merasai sangat akan kewujudan keadaan yang pelbagai di sini apabila tibanya musim pilihan raya. Hingga kadang-kadang tak diendahkan. Namun, kewajipan sebagai pengundi tetap dilaksanakan. 1 undi itu amat berharga ye kawan-kawan ^_^

Diharapkan agar kalian yang bergelar mahasiswa mahasiswi UKM dapat membuat pilihan yang tepat. Memilih pemimpin untuk dipimpin. Pilihlah atas dasar kata hati dan sokongan anda, bukan kerana paksaan atau ikut-ikutan. Memang membuat pilihan itu susah, but choose the right person k..

Jadilah mahasiswa yang pedulisme. Usah seperti katak di bawah tempurung, hanya mengurung diri di dalam bilik, hanya mengadap buku-buku yang pelbagai versi..Lihat apa yang berlaku di sekeliling kita, dan hanya kita yang mampu menilai mana yang baik, mana yang buruk. Luaskan pemikiran kita, bukanlah hanya tertumpu pada satu aspek. Kalau bukan kita yang mengambil berat akan hal-hal yang pelbagai itu, siapa lagi? Anda mahasiswa, maka andalah yang layak mengetahuinya..

Salah kiranya kita menyifatkan politik itu kotor. Politik tidak kotor, tetapi orang-orang yang terlibat mengotorkannya. Ingatkah kita bagaimana Baginda Rasulullah S.A.W mengamalkan politik mengikut syariat Islam suatu masa dahulu? Berpolitiklah berlandaskan jalan Islam, yang mana Allah meredhainya. Pilih jalan yang lurus dan membawa kita ke jalan yang benar.

Saya bukanlah ahli politik, bukanlah taksub dengan mana-mana pihak, tapi saya berminat untuk mengambil tahu akan keadaan di sekeliling sekarang. Tahu isu-isu dalam negara. Tak nak melabelkan diri sebagai tak pedulisme. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Nilailah dari sudut hati masing-masing.
Hanya Allah yang Mengetahui segalanya, dan hanya Dialah sebaik-baik penentu.Wallahu'alam.


~ mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis ~


Saturday, January 16, 2010

indahnya persahabatan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

mode : happy and excited

Just an entry to share my little bit memory..memory setelah mendapat title tua..
Thanks to all who wish me on that day ~ k.faza, , aini, mira, syikin, tikah, k.ira, yati, jehan,farah,miza,sue,illi,zati,zira,am,icah,nadia,nik,niza,zakiah,mai,wani,azhana,aisyah,nabila,asma,fatihah,k.ili,k.fattum,k.fatimah,k.aimi,ema dan semualah ye..tak ingat dah sape wish..dah tua kan..hehe ~
Tahun ni saya dapat special present from my lovely friends..dan saya sangat suka..Thanks ye korang kasi hadiah tu.Menepati citarasa dan selera =D..
Ape yang saya dapat drpd mereka? Jom tengok....






big present =D



keadaan wrapper setelah dibuka..sori, telah cuba buka seleoknye..akhirnya, koyak gak...




ape ni? cuba teka...big purple flower...


benda ungu atas benda ungu =)


tadaaa...ini rupanya..jadi hadiah kawen pun sesuai ni =P


I really appreciate it. dan tak dilupakan hadiah purple drpd jiran saya tahun lepas. dan juga pembalut coklat yang berwarna ungu..segalanya ungu..sweet purple...

Indahnya ukhuwwah jika ia terjalin atas dasar cinta kepadaNYA..kerana DIA yang menemukan kita dan mentakdirkan kita bersama. Sejuta rasa syukur kerna dikurniakan insan-insan seperti mereka. Moga tautan ukhuwwah itu sentiasa terjalin, selama-lamanya..InsyaALLAH~~

p/s  :  tiba masa saya pula menghargai mereka..waiting for birthday all of you

~ selamat pendek umur ~




kisah dalam teksi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Kembali mengupdate blog walaupun ideanya agak kurang...Beberapa hari yang lalu, saya menaiki teksi untuk pulang ke kolej, dengan dua orang junior. Pak cik teksi tu baik dan peramah orangnya, walaupun berbangsa Cina. Saya fikir uncle tu cina sebab rupanya macam cina dan cakapnya pun pelat-pelat melayu. Macam-macam uncle tu tanya. Belajar kat mane, tinggal kat mane, asal dari mana, amik bidang ape. Kami jawablah seadanya. Sekejap bm, sekejap bi cakap. Hehe, uncle tu mostly speaking la. Tak nampak pula kadnya dalam kereta, nak la tahu nama kan. Kenapa? Sebabnya uncle tu ade tanya soalan yang menyebabkan saya terdiam. Camnila lebih kurang :

Uncle :  Macam nilah hidup kan. Kamu belajar tinggi-tinggi, lepas tu nak kerja bagus-bagus, lepas tu kahwin, then ada anak, ada family..

Saya  : Yup, betul-betul. Lastly, mati...

Uncle  :  Kamu belajar ni macam mane?  Dapat pinjaman? Ke sokongan kerajaan?

Saya :  Ada yang dapat pinjaman, ada yang dapat biasiswa. Yang pinjam tu, kena bayar balik nanti. Yang dapat biasiswa dah terikat untuk kerja kerajaan. Kalau tak, kena bayar balik semua.

Uncle  :  Ohh.. kamu buka klinik sendiri je..tapi jangan buka kat kelantan ke..buka kt KL ni..

( oh pakcik, saya tak ambil medic, tak boleh buka klinik tu )- dalam hati

Uncle  :  Lagi senang kalau kamu kahwin dengan orang royal. Tak perlu belajar lama-lama, susah-susah kerja kan..hidup senang je

Saya  :  emm..a ah..tapi macam tak best je hidup begitu..
( ada something yang uncle tu cakap, tapi saya kurang dengar dan faham )..sambung lagi..

Uncle  :  Kamu tengok kan, ada tak orang-orang royal ni, yang kaya-raya tu belajar tinggi-tinggi..takde kan..

Saya  :  Entahla..ye kot..

Uncle  :  Dalam AL-QURAN ada kan cakap pasal ni..betul tak?

Saya  :  Emmm..ntah, tak tahu ( memang tak tahu jawab..hanya terdiam,terkunci, tergamam sekejap)

Uncle :  Oh, tak tahu..


Soalan uncle tu benar-benar membuatkan saya berasa sangat kerdil. Saya agak pakcik tu orang cina, tapi pakcik tu boleh pula sebut tentang Al-Quran. Tak tahulah sama ada dia itu memang non-muslim ataupun muallaf. Keliru dan buntu. Turut terpaku dan sedikit malu.Dia yang asalnya beragama lain lebih tahu berbanding saya yang sejak dilahirkan ini beragama Islam tak tahu apa-apa.
Saya dapat satu pengajaran di situ. Tak tahulah apa status sebenar uncle tu, tapi serius uncle tu dah menyentakkan sedikit diri saya...=(

Apa pendapat kalian tentang cerita ni? dan apa reaksi kalian jika berada dalam situasi seperti saya? Kepada yang tahu tu memang baguss..Saya benar-benar tak tahu..
Betapa ceteknya ilmu yang kumiliki..dan betapa luasnya ilmu ALLAH itu...
Wallahu'alam ^-^




Saturday, January 9, 2010

along, angah, achik

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Kebuntuan idea..so, letak jela title ni..along, angah dan achik..
Gelaran terbaik bagi kami..
Tak adil la along je ada gelaran..so, kamu berdua pun along kasi gelaran istimewa ni..
Bagus betul korang setuju dengan cadangan along
Sape-sape yang kenal kami ni, bolehlah panggil kami macam ni =)

Buat angah,
Thanks a lot sebab sudi terima gelaran tu walaupun hari tu bertegang lidah dengan achik..nak gelaran ateh..
2 lawan 1..confirm 2 yang menang..
Thanks lagi sebab sampai sekarang sudi berkawan dengan along yang tak seberapa ni..
Gelaran angah ni sangatlah sesuai untuk kamu
dan memberikan along sedikit kelainan..ape tu?fikir-fikirkan sendiri =D
Buat yang terbaik masa manifesto nanti..jadilah wakil fakulti angah tu..hak mahasiswa untuk mahasiswa..
Along  tabik spring la kat Angah sebab jadi calon
Kalau Angah menang, jangan buat-buat lupa belanja along makan...

Buat achik,
Along kangan bangat sama kamu
Thanks juga sebab terima gelaran ni
Asyik kamu je panggil along ni along
Sekarang along boleh panggil kamu Achik =)
Moga achik ceria-ceria selalu di sana
Jangan sedih-sedih ye
Kalau sedih, taruk je dalam hati..pastu telan..pastu..along pun tak tahu..hehe..
Aja-aja fighting k!

Along harap gelaran ni kekal sampai kita tua berbongkok tiga
Ingatkan along jika terlupa..maklumlah along paling tua..jadi, cepatlah sikit lupa daripada angah dan achik =P
Jom kita sama-sama berjuang di medan pembelajaran!

p/s : bilalah agaknya masa tu akan tiba..waiting n waiting ye along =>


Sunday, January 3, 2010

hargai nikmat itu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam perjuangan buat semua..Moga iman masing-masing stay tuned and stay life =)

Kami serupa tapi tak sama. Kami punyai ayah dan ibu yang serupa. Dibesarkan di tempat yang serupa. Rupa kami pun hampir-hampir serupa. Kami juga punyai sifat yang serupa.
Teringat saya tentang perbualan dengan kembar-kembar tak sama saya ni beberapa minggu lepas selepas mengisi perut :

" amboi, licin makan. tak tinggal pape ", seloroh kembar kedua.

jawab saya, " hehe...memanglah makan licin. membazir je tinggal kan"

" haa, betul tu..akak pun macam tu. Kalau makan, kalau ada tulang, memang tinggal tulang saje la." sambung kembar pertama saya.

kembar kedua cakap lagi, " betul-betul. kalau orang tengok makan ni, macam lapar sangat je..hahaha"

" tak elok tinggal makanan membazir tu. macam mak cakap, ada orang memang dah jadi tabiat, bila makan je, macam mana pun,mesti tinggal gak sedikit dalam pinggan tu, walaupun  makanan tu memang dah sikit." 

Memang licin kami makan, tambah-tambah makan nasi kerabu yang sungguh sedap =)


Sengaja saya letakkan perbualan kami ini. Mesti kalian dah faham isi yang saya nak rungkaikan.
Kami serupa daripada aspek makan. Sebabnya memang budaya itu yang ibu tercinta didik kami di rumah, sejak kecil sampailah besar. Ibu tak nak makanan dibazirkan begitu je. Selagi elok dan masih boleh dimakan, memang akan dihabiskan semuanya. Kecuali kalau dah basi la, kang nanti tak pasal-pasal dapat diarrhea =>

Cuba kita bayangkan. Andai makanan yang kita makan tu tak habis, dan akan dibuang selepas tu, berapa ramai orang di luar sana yang tak dapat makan macam kita. Yang tak dapat nikmat makanan yang pelbagai seperti kita kerana masalah hidup mereka. Yang hanya makan nasi berlaukkan kicap sahaja hari-hari, yang selalu makan ubi kayu sahaja hari-hari. Jika kita berada di tempat mereka, pasti berasa bosan dengan makanan yang sama hari-hari. Namun, itulah ketentuan yang Allah kurniakan pada mereka. Jadi, kita yang bukan berada di tempat mereka seharusnya bersyukur dan sentiasa beringat. Walaupun makan itu hanyalah perkara yang remeh, lama-kelamaan tabiat kita yang suka membazir akan terus berlarutan, mungkin hingga kita sudah bongkok tiga.

Bukankah membazir itu sahabat syaitan? Kan nikmat yang ALLAH kurniakan pada kita harus digunakan dengan baik, semanfaat mungkin. Andai nikmat makan itu ditarik olehNYA, bagaimana kehidupan kita seterusnya? Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik balik semua nikmat yang dipinjamkannya buat kita..
Ayuh kita cuba ubah sikap ini jika ia betul-betul wujud dalam diri kita.
Ingatlah berapa ramai anak-anak di Palestin yang tak dapat makan. Ingat berapa ramai yang terpaksa mengorek sisa-sisa makanan di dalam tong sampah untuk mengisi perut mereka. Betapa berharganya makanan itu bagi diri mereka, walaupun hanya sisa, demi meneruskan hidup mereka yang serba kekurangan.

Kita pula hiduplah secara bersederhana dalam apa jua aspek. Semua yang kita miliki di dunia ni sememangnya hakNYA yang mutlak. Gunakan semua nikmat itu dengan sebaik-baiknya sehingga ajal menjemput kita. ALLAH kurniakan banyak nikmat untuk manusia di bumi ini. Namun, pabila mendapat pelbagai nikmat, manusia itu sendiri yang melakukan kerosakan di bumi. Kita ditaklifkan untuk mentadbir dan mengurus keadaan di bumi, bukan menjadi pemusnah. Gunakan segala nikmat itu ke arah kebaikan, InsyaALLAH hidup kita akan diberkati selalu. Wallahu'alam.

p/s :  peringatan untuk diri sendiri juga 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More