Saturday, January 16, 2010

kisah dalam teksi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Kembali mengupdate blog walaupun ideanya agak kurang...Beberapa hari yang lalu, saya menaiki teksi untuk pulang ke kolej, dengan dua orang junior. Pak cik teksi tu baik dan peramah orangnya, walaupun berbangsa Cina. Saya fikir uncle tu cina sebab rupanya macam cina dan cakapnya pun pelat-pelat melayu. Macam-macam uncle tu tanya. Belajar kat mane, tinggal kat mane, asal dari mana, amik bidang ape. Kami jawablah seadanya. Sekejap bm, sekejap bi cakap. Hehe, uncle tu mostly speaking la. Tak nampak pula kadnya dalam kereta, nak la tahu nama kan. Kenapa? Sebabnya uncle tu ade tanya soalan yang menyebabkan saya terdiam. Camnila lebih kurang :

Uncle :  Macam nilah hidup kan. Kamu belajar tinggi-tinggi, lepas tu nak kerja bagus-bagus, lepas tu kahwin, then ada anak, ada family..

Saya  : Yup, betul-betul. Lastly, mati...

Uncle  :  Kamu belajar ni macam mane?  Dapat pinjaman? Ke sokongan kerajaan?

Saya :  Ada yang dapat pinjaman, ada yang dapat biasiswa. Yang pinjam tu, kena bayar balik nanti. Yang dapat biasiswa dah terikat untuk kerja kerajaan. Kalau tak, kena bayar balik semua.

Uncle  :  Ohh.. kamu buka klinik sendiri je..tapi jangan buka kat kelantan ke..buka kt KL ni..

( oh pakcik, saya tak ambil medic, tak boleh buka klinik tu )- dalam hati

Uncle  :  Lagi senang kalau kamu kahwin dengan orang royal. Tak perlu belajar lama-lama, susah-susah kerja kan..hidup senang je

Saya  :  emm..a ah..tapi macam tak best je hidup begitu..
( ada something yang uncle tu cakap, tapi saya kurang dengar dan faham )..sambung lagi..

Uncle  :  Kamu tengok kan, ada tak orang-orang royal ni, yang kaya-raya tu belajar tinggi-tinggi..takde kan..

Saya  :  Entahla..ye kot..

Uncle  :  Dalam AL-QURAN ada kan cakap pasal ni..betul tak?

Saya  :  Emmm..ntah, tak tahu ( memang tak tahu jawab..hanya terdiam,terkunci, tergamam sekejap)

Uncle :  Oh, tak tahu..


Soalan uncle tu benar-benar membuatkan saya berasa sangat kerdil. Saya agak pakcik tu orang cina, tapi pakcik tu boleh pula sebut tentang Al-Quran. Tak tahulah sama ada dia itu memang non-muslim ataupun muallaf. Keliru dan buntu. Turut terpaku dan sedikit malu.Dia yang asalnya beragama lain lebih tahu berbanding saya yang sejak dilahirkan ini beragama Islam tak tahu apa-apa.
Saya dapat satu pengajaran di situ. Tak tahulah apa status sebenar uncle tu, tapi serius uncle tu dah menyentakkan sedikit diri saya...=(

Apa pendapat kalian tentang cerita ni? dan apa reaksi kalian jika berada dalam situasi seperti saya? Kepada yang tahu tu memang baguss..Saya benar-benar tak tahu..
Betapa ceteknya ilmu yang kumiliki..dan betapa luasnya ilmu ALLAH itu...
Wallahu'alam ^-^




0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More