Sunday, January 3, 2010

hargai nikmat itu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam perjuangan buat semua..Moga iman masing-masing stay tuned and stay life =)

Kami serupa tapi tak sama. Kami punyai ayah dan ibu yang serupa. Dibesarkan di tempat yang serupa. Rupa kami pun hampir-hampir serupa. Kami juga punyai sifat yang serupa.
Teringat saya tentang perbualan dengan kembar-kembar tak sama saya ni beberapa minggu lepas selepas mengisi perut :

" amboi, licin makan. tak tinggal pape ", seloroh kembar kedua.

jawab saya, " hehe...memanglah makan licin. membazir je tinggal kan"

" haa, betul tu..akak pun macam tu. Kalau makan, kalau ada tulang, memang tinggal tulang saje la." sambung kembar pertama saya.

kembar kedua cakap lagi, " betul-betul. kalau orang tengok makan ni, macam lapar sangat je..hahaha"

" tak elok tinggal makanan membazir tu. macam mak cakap, ada orang memang dah jadi tabiat, bila makan je, macam mana pun,mesti tinggal gak sedikit dalam pinggan tu, walaupun  makanan tu memang dah sikit." 

Memang licin kami makan, tambah-tambah makan nasi kerabu yang sungguh sedap =)


Sengaja saya letakkan perbualan kami ini. Mesti kalian dah faham isi yang saya nak rungkaikan.
Kami serupa daripada aspek makan. Sebabnya memang budaya itu yang ibu tercinta didik kami di rumah, sejak kecil sampailah besar. Ibu tak nak makanan dibazirkan begitu je. Selagi elok dan masih boleh dimakan, memang akan dihabiskan semuanya. Kecuali kalau dah basi la, kang nanti tak pasal-pasal dapat diarrhea =>

Cuba kita bayangkan. Andai makanan yang kita makan tu tak habis, dan akan dibuang selepas tu, berapa ramai orang di luar sana yang tak dapat makan macam kita. Yang tak dapat nikmat makanan yang pelbagai seperti kita kerana masalah hidup mereka. Yang hanya makan nasi berlaukkan kicap sahaja hari-hari, yang selalu makan ubi kayu sahaja hari-hari. Jika kita berada di tempat mereka, pasti berasa bosan dengan makanan yang sama hari-hari. Namun, itulah ketentuan yang Allah kurniakan pada mereka. Jadi, kita yang bukan berada di tempat mereka seharusnya bersyukur dan sentiasa beringat. Walaupun makan itu hanyalah perkara yang remeh, lama-kelamaan tabiat kita yang suka membazir akan terus berlarutan, mungkin hingga kita sudah bongkok tiga.

Bukankah membazir itu sahabat syaitan? Kan nikmat yang ALLAH kurniakan pada kita harus digunakan dengan baik, semanfaat mungkin. Andai nikmat makan itu ditarik olehNYA, bagaimana kehidupan kita seterusnya? Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik balik semua nikmat yang dipinjamkannya buat kita..
Ayuh kita cuba ubah sikap ini jika ia betul-betul wujud dalam diri kita.
Ingatlah berapa ramai anak-anak di Palestin yang tak dapat makan. Ingat berapa ramai yang terpaksa mengorek sisa-sisa makanan di dalam tong sampah untuk mengisi perut mereka. Betapa berharganya makanan itu bagi diri mereka, walaupun hanya sisa, demi meneruskan hidup mereka yang serba kekurangan.

Kita pula hiduplah secara bersederhana dalam apa jua aspek. Semua yang kita miliki di dunia ni sememangnya hakNYA yang mutlak. Gunakan semua nikmat itu dengan sebaik-baiknya sehingga ajal menjemput kita. ALLAH kurniakan banyak nikmat untuk manusia di bumi ini. Namun, pabila mendapat pelbagai nikmat, manusia itu sendiri yang melakukan kerosakan di bumi. Kita ditaklifkan untuk mentadbir dan mengurus keadaan di bumi, bukan menjadi pemusnah. Gunakan segala nikmat itu ke arah kebaikan, InsyaALLAH hidup kita akan diberkati selalu. Wallahu'alam.

p/s :  peringatan untuk diri sendiri juga 

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More