Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
( di saat semua coursemateku dengan gembiranya pulang ke rumah masing2..cuti 4 hari..=D..ku tetap setia di sini..konon jela ni..hehe )
Minggu ini berakhir dengan sesi pembuangan undi bagi pemilihan MPP di UKM sesi 2009/2010. Suasana terasa hangat sejak hari penamaan calon, diikuti kempen-kempen, manifesto-manifesto dan event pada hari ini akan menentukan siapakah yang akan menerajui kepimpinan PMUKM bagi sesi kali ini.
Dahulu,tika masih mentah di sini, ku tak merasai sangat akan kewujudan keadaan yang pelbagai di sini apabila tibanya musim pilihan raya. Hingga kadang-kadang tak diendahkan. Namun, kewajipan sebagai pengundi tetap dilaksanakan. 1 undi itu amat berharga ye kawan-kawan ^_^
Diharapkan agar kalian yang bergelar mahasiswa mahasiswi UKM dapat membuat pilihan yang tepat. Memilih pemimpin untuk dipimpin. Pilihlah atas dasar kata hati dan sokongan anda, bukan kerana paksaan atau ikut-ikutan. Memang membuat pilihan itu susah, but choose the right person k..
Jadilah mahasiswa yang pedulisme. Usah seperti katak di bawah tempurung, hanya mengurung diri di dalam bilik, hanya mengadap buku-buku yang pelbagai versi..Lihat apa yang berlaku di sekeliling kita, dan hanya kita yang mampu menilai mana yang baik, mana yang buruk. Luaskan pemikiran kita, bukanlah hanya tertumpu pada satu aspek. Kalau bukan kita yang mengambil berat akan hal-hal yang pelbagai itu, siapa lagi? Anda mahasiswa, maka andalah yang layak mengetahuinya..
Salah kiranya kita menyifatkan politik itu kotor. Politik tidak kotor, tetapi orang-orang yang terlibat mengotorkannya. Ingatkah kita bagaimana Baginda Rasulullah S.A.W mengamalkan politik mengikut syariat Islam suatu masa dahulu? Berpolitiklah berlandaskan jalan Islam, yang mana Allah meredhainya. Pilih jalan yang lurus dan membawa kita ke jalan yang benar.
Saya bukanlah ahli politik, bukanlah taksub dengan mana-mana pihak, tapi saya berminat untuk mengambil tahu akan keadaan di sekeliling sekarang. Tahu isu-isu dalam negara. Tak nak melabelkan diri sebagai tak pedulisme. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Nilailah dari sudut hati masing-masing.
Hanya Allah yang Mengetahui segalanya, dan hanya Dialah sebaik-baik penentu.Wallahu'alam.
~ mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis ~
0 comments:
Post a Comment