Tuesday, March 9, 2010

married?

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Kata pendidik : perempuan tak boleh nikah lambat sangat, tak bagus. tapi mesti habis belajar dan kerja dulu.

Kata pensyarah : perempuan paling awal kalau nak kahwin seeloknya umur 23 tahun ke atas.kenapa? sebab umur sebelum tu badan kamu masih berkembang ( still in development).

Kata penimba ilmu :  jangan kahwin lambat-lambat sangat perempuan. tak elok. boleh elak perkara-perkara yang tak baik. 

Ketiga-tiga ayat yang pernah saya dengar dan simpan kedap di dalam hati. Tiba-tiba tertulis entri tentang ini, tanpa dirancang. Macam brain storming je. Bukanlah diri meronta-ronta tidak sabar untuk melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W, namun berasa seolah-olah untuk mencoret sesuatu di sini. Mana mungkin diri mampu menamatkan zaman bujang jika diri masih terkontang-kanting dan masih ditanggung oleh insan-insan tersayang, malah perjalanan mencari bekalan masih jauh, entah lama mana masanya.

Bila ditanya soalan kepada ramai orang, maka banyak jawapan yang diterima. Ada baik dan ada kurang baiknya.Setiap orang punyai pemikiran dan pendirian yang berbeza. Soal pernikahan itu sudah tentu amat dititikberatkan oleh sesiapa yang ingin menghalalkan hubungannya dengan bukan muhrimnya itu. Ingat, kahwin bukan main-main, tidak boleh buat sesuka hati.Kurang manis jika hanya bernikah beberapa bulan, namun selepas itu perlu berpisah. Memang itu takdir Ilahi, tetapi takdir tidak boleh disalahkan kerana kesalahan itu hak milik insan yang berbuat demikian. Sebab tu kita selalu dengar orang cakap, " kalau nak kahwin tu, fikir masak-masak dulu. bukan main pondok-pondok ni ".

Tiada orang yang tak mahu kahwin kecuali atas sebab-sebab tertentu. Ia harus berlandaskan jalan yang betul seperti yang Allah perintahkan.Ada yang cakap, " kena kenal lama-lama dulu sebelum kahwin".Ada yang cakap," tak best la tak kapel, nanti tak kenal sangat".Ada yang cakap, " tak payah bercinta dan berhubung sangat, cinta lepas kahwin lagi baik". Pandangan yang berbeza daripada orang yang berbeza. Namun, yang mana satu yang terbaik pada pandangan anda? Tepuk dada, tanya diri.

Jika disalurkan niat murni itu pada jalan yang betul, insyaAllah segala pertolongan akan datang dariNYA. Jika diiringi dengan doa dan istikharah, insyaALLAH impian anda akan dimakbulkan olehNYA.
Selagi hayat dikandung badan dan diberikan ruang untuk menyedut udara di sekitar, ayuh kita kumpul bekalan sebanyak mana yang boleh.

ISLAM FOR ALL
ISLAM AS OUR LIFE

Wallahua'lam

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More