Wednesday, April 14, 2010

nak jadi cikgu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Alhamdulillah diri masih diberi kesempatan menulis sesuatu di sini, walaupun nikmat sihat ditarik sekejap di kala semua orang menghadapi fasa peperiksaan akhir. Bersyukurlah jika kita sihat semasa musim exam, fokus sepenuhnya terhadap setiap subjek yang diambil. Bersyukurlah juga jika kita tidak sihat, malah muhasabahlah diri andai nikmat sihat itu hilang seketika. Tidak bermakna kita tidak mampu belajar apabila badan lemah tidak berdaya. Usahalah sedaya yang mungkin dan fokus seboleh yang mungkin. Manalah tahu andai nikmat sihat yang ditarik diganti dengan hasil yang menyenangkan hati nanti. Bersangka baiklah sentiasa terhadapNYA. Perancangan Allah mengatasi segala-galanya.

Setiap orang pasti punyai cita-cita dan impian masing-masing di dalam hidup. Dulu semasa di sekolah, bila cikgu tanya, kamu nak jadi apa besar nanti, jawapan saya ialah guru @ pensyarah. Itu juga yang saya tulis di dalam buku biodata kawan-kawan. Tidak pernah terlintas di fikiran nak jadi doktor atau peguam atau lain-lain pekerjaan. Mungkin genetik pendidik ini mengalir di dalam jiwa ini. Sejak di bangku sekolah hingga tamat sekolah, impian saya tetap ingin menjadi guru @ pensyarah. Tidak pernah berubah. Kini, impian itu hanya tersimpan rapi di dalam diri, kerana ia seperti susah untuk digapai apabila diri sudah ditakdirkan dalam bidang yang lain.

Kata orang, kita perlu berusaha kalau nak dapat sesuatu. Saya sudah berusaha dan mencari peluang itu namun rezeki itu bukan milik saya. Saya melabelkan diri sebagai seorang yang hanya mendapat satu peluang dalam apa jua yang saya mohon(apply). Selepas UPSR, banyak permohonan dibuat, nak masuk sekolah tu, nak masuk sekolah ini. Saya hanya menerima satu tawaran sekolah, yang hanya ambil masa 20 minit dari rumah. Sekolah yang membentuk diri ini dan sentiasa diingati hingga kini. Saya kekal berada di situ sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Selepas tamat SPM, diri berteka-teki dan berfikir nak menyambung pelajaran di mana. Entah kenapa masa tu rasa sangat nak sambung di UIA. Keinginan yang betul-betul tinggi. Saya membuat permohonan matrikulasi dan IPTA(asasi). Yang IPTA sudah tentu UIA yang dipilih. Permohonan matrikulasi pula saya pilih tempat yang jauh-jauh. Matrik di sebelah negeri langsung tiada dalam senarai pilihan. Rezeki saya hanya satu, iaitu matrikulasi. Permohonan ke UIA tidak diterima. Frust juga masa tu sebab dah takde peluang nak masuk UIA. Akhirnya, Kolej Matrikulasi Johor yang menjadi pilihan pertama saya menjadi tempat saya meneruskan pengajian selama setahun.

Semasa berada di matrik, saya masih punyai impian yang sama. Saya mengambil diri membuat permohonan untuk menjadi pensyarah di matrikulasi bersama rakan-rakan lain, namun tiada rezeki. Semasa permohonan ke IPTA fasa pertama, saya tetap memilih jurusan pendidikan sebagai pilihan utama. Jurusan yang sama, tapi daripada tempat-tempat yang berbeza. Tiba waktu keputusan, diri sangat berdebar-debar sebab masa tu kalau tak dapat masuk pendidikan, saya perlu memilih bidang yang lain. Betul, memang tiada rezeki saya untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan. Saya redha dan terus berusaha sehingga final exam di matrik.

Sebelum ke matrik, saya juga membuat permohonan ke maktab perguruan seperti yang disarankan oleh ibu. Ibu beriya-iya menyuruh saya memohon maktab sebab katanya jadi cikgu jelah senang. Cubalah minta dulu. Awal-awal lagi permohonan sudah ditolak, rayuan juga ditolak. Selepas tamat belajar di matrik, saya mencuba sekali lagi membuat permohonan ke maktab. Saya juga menyarankan kawan untuk apply maktab. Alhamdulillah, permohonan saya diterima dan boleh pergi temuduga. Rezeki masih tak bepihak pada saya sebab gagal dalam temuduga. Kawan baik saya yang membuat rayuan permohonan pun boleh lulus temuduga dan kini menyambung pelajaran di maktab. Jadi cikgu yang baik ye Mira. Rezeki awak jadi pendidik^_^.

Tiada lagi pilihan yang tinggal. Hanya permohonan ke IPTA pilihan terakhir saya. Tapi, apa kos yang saya nak ambil? Hajat ingin memilih farmasi, tapi pointer hanya cukup-cukup makan. Buntu dan tak tahu. Cuma masa tu saya nak masuk USM, hanya bidang je tak tahu nak pilih apa. Lalu kakak sarankan saya ambil bidang pemakanan atau dietetik di mana-mana universiti. Kakak banyak membantu semasa saya membuat permohonan. Langsung tak terlintas jurusan itu dalam kepala. Kakak saya makan garam dulu, jadi saya ikut je apa yang disarankan. Ibu pun bersetuju dengan pilihan itu. Pilihan universiti hanyalah UKM, UPM dan USM dalam kedua-dua bidang. Saya memilih bidang pemakanan di UKM sebagai pilihan pertama. Tidak pula memilih USM. Alhamdulillah, akhirnya pilihan pertama itu telah menempatkan saya berada di UKM hingga sekarang. Impian untuk menjadi pendidik masih mengalir dalam diri. Semasa di tahun 2, saya sekali lagi membuat permohonan untuk menjadi pendidik di kolej komuniti atau politeknik. Permohonan dah lepas, temuduga pula gagal. Biarlah, sekurang-kurangnya saya ada pengalaman ditemuduga.Rezeki itu bukan milik saya.

Saya sudah tiada peluang untuk menjadi pendidik. Mak cakap, kalau nak jadi cikgu, nanti mintalah KPLI(kursus perguruan lepasan ijazah) lepas grad. Tapi,saingan tinggilah. Kalau nak jadi pensyarah, sambung master lepas grad. Mampu ke sambung master kalau pencapaian sekarang masih di tahap yang rendah? Ada juga keinginan tu,tapi entahlah. Tengoklah dahulu, rezeki ada di mana-mana. Bidang yang saya lalui kini menambahkan rasa suka dan bersyukur seadanya. Diri tidak pernah menyesal memilih bidang ini walaupun pencapaian tidak memuaskan hati. Apa-apa pun, diri akan tetap berusaha dan meneruskan pengajian sehingga tamat, jika dipanjangkan umur sehingga tamat belajar selama empat tahun.

Lain yang nak, lain yang dapat. Inilah yang berlaku kepada diri dan kakak-kakak. Kedua-dua kakak saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi guru. Mereka dahulu punya impian yang berbeza. Kini, mereka sudah bergelar guru, ikut jejak langkah ayah dan ibu. Cara mereka menjadi guru turut berbeza. Kakak pertama menjadi guru melalui KPLI(maktab), manakala kakak kedua memang sudah mengambil jurusan pendidikan di universiti. Sorang ikut emak,sorang ikut ayah. Memang anak emak dan ayah ^-^. Biarlah saya membuat transformasi sedikit kononnya, dengan tidak menjadi guru. Namun, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. 
Diri tidak tahu di mana rezeki yang bakal diterima kelak. Apa yang Allah kurniakan diterima seadanya. Selagi hidup selagi berjuang!


" Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat. Kadang-kadang apa yang kita taknak adalah baik buat diri dan apa yang kita nak adalah buruk buat diri. Sukailah apa yang kita dapat dan hargailah setiap nikmat yang Allah kurniakan"


5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
7. Maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan ), tetaplah bekerja keras ( untuk urusan lain ).
8. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap. 
[ AL-INSYIIRAH ]




Wallahu'alam.

3 comments:

Salam..
Nak jadi cikgu rupenye..
hehe..Insya Allah, bnyk peluang lagi lina..

Mungkin lina xberpeluang untk mendapat title sebenar2nye ckgu tetapi mnjadikan diri sbg cikgu dalam lapangan sampingan boleh mmberi manfaat jge, mnambahkan ilmu..

cnthnye, di samping menjadi seorg y pakar dlm pemakanan, lina boleh mnjadi guru tuisyen ke, @ smbung bljar dlm pengajian Islam untk mnjd ustazah ke, mnjadi guru kpd ank2 sudah semestinye, insya Allah..

So, lina akn peroleh 2 bnda, iaitu dlm bidang pemakanan dan jge sbg cikgu..

Mulianya insan yang berjiwa pendidik dan menjadi pendidik.. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikan akan terus mengalir dan menyumbang pahala kpd mrk..

Alhamdulillah, walau tidak ditaklifkan sbg guru, tp jd lah guru kpd diri sndiri, shbt2 dan masyarakt..
:)

salam kak
a ah, memang 2 impian sejak kecil
nak sangat title cikgu sbb prempuan lebih senang jd cikgu
wlaupun sbenanrya tugas guru tu berat
bukan hanya mengajar kt sekolah
bukan jaga anak sendiri je, anak orang lain pun kena jaga
mulia kan kak jadi pendidik ni
insyaAllah jadi pendidik utk anak2
tengoklah rezeki kt mane
biar saya pecahkan tradisi family,dah tak jadi cikgu
yg bestnye,anak murid cuti,cikgu pun cuti =)
jadi pendidik di mana2...
murabbi diri dan insan sekeliling^_^

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More