Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Friday, September 24, 2010

baca dan hayati

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Wednesday, September 15, 2010

jaga gula kita

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Salam Aidilfitri 1431 H. 
Rasenye masih belum terlambat, hari ni baru 7 Syawal, esok 8 Syawal, orang kata raya 6. Selamat hari raya lagi sekali utk sesiapa yg berjaya berpuasa 6 hari di bulan Syawal ni. Alhamdulillah. 
Syukur kita masih diberi peluang utk bertemu Ramadhan dan Syawal pd tahun ni. Moga kita dipanjangkan umur utk bertemu lagi pd tahun hadapan. Ameen.
Bila tiba musim raya, orang makan serba-serbi. Gi ziarah sana-sani, tambah open house lagi. Oh, kesiannya kat perut kan. Kalau masa puasa boleh turun berat 3kg, tak mustahil bila raya boleh naik balik dua kali ganda = 6kg. Siapa tu? Saya? Awak ke? Dia? hehe..makan biar beringat, jangan sumbat je ikutkan nafsu. Masa raya ni pun sape-sape yang ada diabetes a.k.a kencing manis kena kawal makan. Yang tak sakit pun kena jaga-jaga, ape lagi yang ade sakit kan.

Saturday, September 4, 2010

wajib baca

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam Ramadhan ke-26. 






( copy drpd fb )

Masihkah ada yg belum ketahui? ::Wajib membaca alfatihah setelah bacaan alfatihah oleh imam dalam solat berjemaah.(berdasarkan pemerhatian, ada yang tidak membacanya).Pabila tidak membacanya,maka TIDAK SAH lah solat tersebut.

Ini kerana solat tidak sah jika tidak membaca surah al-Fatihah. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak dikira solat seseorang itu melainkan dengan adanya al-Fatihah”. (Ibn Hibban). 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More