Saturday, September 4, 2010

wajib baca

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam Ramadhan ke-26. 






( copy drpd fb )

Masihkah ada yg belum ketahui? ::Wajib membaca alfatihah setelah bacaan alfatihah oleh imam dalam solat berjemaah.(berdasarkan pemerhatian, ada yang tidak membacanya).Pabila tidak membacanya,maka TIDAK SAH lah solat tersebut.

Ini kerana solat tidak sah jika tidak membaca surah al-Fatihah. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak dikira solat seseorang itu melainkan dengan adanya al-Fatihah”. (Ibn Hibban). 

Makmum tidak boleh sama sekali membaca bersama atau mendahului imam dalam bacaan. Maksudnya makmum wajib mendengar dan menghayati surah al-Fatihah yang dibaca oleh imam. Setelah imam selesai barulah makmum boleh membaca surah al-Fatihah.

Dalam riwayat yang lain Baginda bersabda yang bermaksud: “…sesungguhnya aku dapati kalian membaca di belakang imam? Sahabat menjawab : Ya Rasulullah kami membaca, lantaran Baginda bersabda: Jangan kalian lakukan yang demikian melainkan kamu boleh membaca surah al-Fatihah”. (Ibn Abdul Bir, hadis sahih, sanad yang bersambung).

Terjumpa ayat-ayat ini dan terdetik untuk dikongsi bersama. Pada hemat saya, hal ini memang wajib diketahui oleh semua muslim, dan mungkin ada yang masih belum tahu atau kurang faham. Bukan sahaja apabila solat berjemaah, malah juga pabila solat bersendirian. Main pointnya ialah MEMBACA AL-FATIHAH. 
Kita wajib baca Al-Fatihah semasa solat sebab tu rukun solat. Jika tak silap, baca Al-Fatihah ni rukun qauli. Ma ma'na rukun qauli? Rukun qauli ni maksudnya rukun yang kita kena baca/ sebut dengan mulut sebab qauli tu maksudnya kata-kata. Berbeza dgn niat, niat tu rukun qalbi, yang dilafazkan di dlm hati. Jadi, wajib kpd kita untuk membaca Al-Fatihah dengan menyebut setiap kalimah itu dengan bacaan yang betul. Wajib baca dengan tajwid yang betul, dan pasti kita semua tahu apa sebabnya kan. 
Kadang-kadang saya perasan ada sesetengah orang yang solat, baca Al-Fatihah tanpa menggerakkan bibir. Mungkin baca di dalam hati.

Emak pernah pesan, " masa solat tu, baca Fatihah kena baca dengan mulut, bibir tu gerak. Tak boleh baca dalam hati, tak sah solat ".
 
Sama kesnya bila kita solat  dengan imam, macam ayat kat atas tu. Walaupun imam dah baca Al-Fatihah, kita sebagai makmum perlu juga baca selepas habis bacaan imam. Barulah sempurna solat itu, tapi kita sendiri pun belum pasti solat tu diterima atau tidak oleh Allah.
Apa-apa pun, kite terus berusaha untuk upgrade solat kita walau di mana kita berada.
Berusaha mendapatkan kekhusyukan itu dalam setiap solat yang dilakukan.
Jadi,  ayuh sama-sama muhasabah diri, perbaiki diri, insyaAllah ganjaran pasti ada disisi.




Sekian,
Wassalam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More