Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Salam.
Alhamdulillah, masih diberikan peluang utk bernafas pd hari ini.
Bila melihat media massa, sana-sini heboh tentang isu festival fesyen islam itu. Sesiapa yg alert dgn isu semasa, pasti dah habis korek pasal ni semua.
Fesyen islamik, tetapi mana islamnya di situ. Perlu ke fesyen islam tu dipamer-pamerkan? untuk apa? utk beritahu kat semua orang inilah gaya islamik yang sesuai, yang bagus, yang elegan dll..nak tunjuk bahawa islam tu fleksibel, walaupun islam namun ia tiada kongkongan, tiada halangan utk berfesyen..walaupun bertudung, tetap boleh berpenampilan anggun..mampu buka dan celikkan mata mereka yg tidak dapat nikmat islam tu bahawa inilah islam sebenarnya, islam itu mudah dan tak membebankan.
Sayang andai itu semua yg mereka pasakkan dlm kepala. Bukannya nak tunjuk islam tu cantik, malah mencemarkan lagi kecantikan islam itu. lagi mengaburi mata dan kepala mereka yg tak dapat nikmat islam..lagi bersuka ria mereka yg memusuhi islam. sebab makin lama, mereka makin berjaya mendoktrin pemikiran umat islam sendiri.ghuzwatul fikr itu makin berjaya. umat islam sendiri makin alpa, leka dgn dunia.
Betapa penuh liku, onak duri Baginda S.A.W dan sahabat-sahabat memperjuangkan Islam suatu ketika dahulu, bila kita dah dapat nikmat islam, takde pula kita hargai. Malah mempermain-mainkan, mempersendakan hukum islam.Tanpa mereka, kita takkan dapat rasa nikmat islam pd hari ni. Tanpa mereka, kita takkan dilabelkan sebagai umat yg terbaik. Kita mengaku islam, namun yakinkah kita kelak Allah akan mengaku kita ni sbg hambaNYA, dan Baginda mengaku kita sbg umatnya?
Mohon hidayah dan taufik itu menjadi milik mereka dan milik kita. Sama-sama doakan demi islam tercinta. Tiap amal perbuatan kita di sini, ada ganjaran yang menanti di sana. Please, keep in mind!
~ gambar-gambar kat atas tu tak memenuhi hukum islam yang telah Allah gariskan. Hukum tetap hukum. Siapa kita nak langgar hukumNYA jika selama kita hidup atas bumi ni, semua yg kita dapat tu adalah drpdNYA..pilih yg terbaik..choose the right way, insyaAllah redha Allah will be there ~
MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment