Friday, October 1, 2010

kekal & tingkatkan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.
Alhamdulillah, kini dah masuk hari ke-23 Syawal. Beberapa hari lagi Syawal pula akan tinggalkan kita.
Majlis-majlis rumah terbuka masih ada di sana-sini, tak kira di bandar atau desa. Semangat Syawal masih menebal dalam diri, namun tiada salahnya kan, waktu perayaan camnilah boleh berkumpul sanak-saudara, bertemu sahabat handai. Memberi orang makan itu pasti ada ganjaran yang menanti, dengan syarat majlis itu mestilah mengikut kehendak syariat. Jangan kerana terlalu sibuk melayan tetamu, kita hanya sempat solat beberapa minit sebelum tiba waktu solat seterusnya, atau pun lebih sedih apabila terlepas terus waktu solat tu. Hanya dapat yang dunia, yang akhirat terlepas macam tu je. Tiada indahnya buat begitu andai hak Alllah tidak dilunaskan dahulu. Moga kita tidak tergolong dalam lingkungan ini.

Sebenarnya diri tak tahu nak tulis apa kat sini, hanya tahu apa yang terlintas dalam kepala ni. Teringat pada kata-kata seorang sahabat,
 ''Sebelum masuk fasa Ramadhan, manusia tu macam alat pengukur kelapa yang kayu tu, slow je kukur kelapa. Bila masuknya Ramadhan, manusia terus bertukar kepada mesin kelapa, yang lebih laju dan cepat siap kelapa parut tu.''
Ni sambung ayat saya sendiri, habisnya Ramadhan, mungkin manusa itu kembali menjadi pengukur kelapa, atau dibuang terus pengukur itu.

Ada betulnya analogi sahabat itu. Kita tetap nak jadi mesin kelapa atau terus menjadi pengukur kelapa je selepas tamatnya Ramadhan itu? Ye, memang bulan tu semua orang berlumba-lumba beramal sebab ganjaran pahala digandakan. Boleh khatam 30 juzuk dlm 1 bulan, boleh datang masjid/surau hari-hari untuk tarawih, boleh hadir ke majlis-majlis ilmu dan macam-macam lagi. Namun, adakah hanya bulan Ramadhan sahaja kita boleh buat camtu? Bulan tu je ke kita dapat pahala? Pasti ke kita bahawa semua amalan baik yang kita buat tu diterima oleh Allah? Pabila Ramadhan tinggalkan kita, kita juga ibarat meninggalkan amalan-amalan yang dilakukan masa Ramadhan. Masjid/surau kembali sepi. Sudah kurang pengisian rohani. Mungkin ada kita yang dahulu tak pernah jejak kaki kat masjid/surau yang berdekatan untuk solat jemaah, secara tak langsung masa Ramadhan hari-hari kita ke sana untuk solat tarawih. Terus boleh solat Isyak berjemaah. Bagaimana berkesannya aura Ramadhan itu pada seseorang, amalan yang tidak/jarang dilakukan sebelum Ramdhan terus menjadi amalan harian pada bulan itu.

Kata sahabat lagi, '' dulu masa Ramadhan, kita boleh turun masjid/surau untuk solat tarawih, tapi sekarang solat ba'diah yang hanya 2 rakaat tu pun kita tak buat "  ( mengingatkan diri sendiri ).
Dulu masa fasa awal Ramadhan je masjid/surau tu penuh, bila dah sampai penghujung, jemaah semakin kurang. Kini, bila dah tamat Ramadhan, makinlah sepi rumah Allah itu. Alhamdulillah buat mereka yang masih setia di situ, menghidupkan rumahNYA dan bersama-sama merebut ganjaran yang Allah kurniakan.

Moga taqwa itu terus kekal dalam masa 11 bulan selepas Ramadhan, dan lebih baik jika meningkatnya taqwa itu. Mengambil kata-kata Sis Zabrina " We are given about 30 days to do whatever we should do to ensure that this one pillar becomes so strong that it would be able to withstand whatever hurricane, tsunami and turbulance that might come our way for the next 326 days until the next round of 'piling' comes-if we live that long, that is! "

' Jagalah hak Allah, Allah pasti jaga hak kita '

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kalian.
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


p/s  :  Semoga berjaya kepada adik-adik yang akan menduduki PMR  pada 5/10 ( especially my sis and juniors in kaka ). All the best!


Sekian,
Wassalam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More