Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Salam'alaik buat semua. Moga sentiasa di bawah rahmatNYA.
Scene 1
A : baju ni RMXXX tau sehelai. terkejut dengar. buat apela beli baju mahal-
mahal, bukan tutup aurat pun
B : tula, bukan tutup aurat, tutup urat je
A : hidup atas dunia ni senang-lenang la semua. nak itu dapat, nak ini dapat
B : kesian betol tengok..kita plak yg malu tengok, bukan orang yg pakai tu,
tak rase pape kot..
Scene 2
adik : akak, dia semayang tak pakai tudung
saya : oh, yeke ( sambil fikir, ape maksud adikku ni..tak pakai tudung masa semayang ke? )
saya pun cuba tengok orang yg dimaksudkan. mksud adik, dia solat tapi tak pakai tudung. adik tertinggal perkataan tapi. diri hanya membatu sambil melihat si anak kecil, permata hati wanita tersebut. dlm hati berdoa agar suatu hari dia berubah.
Scene 3
saya : tadi masa kat masjid, adik bgtaula ada sorang akak tu solat, adik cakap dia semayang
tak pakai tudung. tak tahula ape maksud adik tu mula-mula
akak : owh, maksud adik akak tu tak pakai tudung tapi semayang
adik : yelah, tak pelik ke..
saya : alah, semayang kan wajib, rukun islam ( cuba menguji adik )
adik : tutup aurat pun wajib kan. mane bleh camtu..
saya : nanti adik pergilah nasihat dia eh
Scene 4
mak : anak-anak kita kena pandai didik. takleh kongkong sgt, takleh bebas sgt
saya : betul-betul..
mak : mase kecik lagi, takpela pakai bebas sikit, taklah terlalu sekat. sebab
nanti dah baligh dah takleh pakai sume tu..kena ikut syariat
saya : a ah..kongkong sgt pun tak jadi..sebab tu ade je kes budak kampung,
ayah ustaz, mak ustazah..bila gi bandar, tiba-tiba berubah, jadi lain plak..
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Tarbiyyatul aulad membentuk keluarga muslim
Hayya 'ala mardhatillah ^^
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :'' Wanita itu aurat. Apabila mereka keluar, maka syaitan memperlihatkan keindahannya.'' ( Riwayat al-Tirmizi no.1173 )
Berhati-hatilah wahai wanita, apabila kita akan melangkah keluar rumah, adakah dalam keadaan Allah redha atau sebaliknya?
< solusi isu 25 >
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment