Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Salam walhamdulillah masih diberi ruang bernafas hari ni.
Tertarik dgn entri sorang senior,so nak coret something kat sini
Sekarang sume sibuk study,stay up malam2,coffee jd bekalan,buku tunggang-langgang,hati pun tak keruan..hanya sebab imtihan
Ikutkan hati memang sume orang rase malas nak exam,tp mungkin ade je yg suke exam =)
Bila kita ingat balik,sejak kita kat tadika,pra-sekolah,sekolah rendah,sekolah menengah,pastu masuk matrik/asasi/politeknik/kolej komuniti/universiti..dan ape2 lagi,kita memang takleh larikan diri drpd exam. Exam dh jd macam darah daging kan.Belajar banyak2,pastu muntahkan balik ape yg kita belajar.
Kita pun tahu belajar tu wajib kan '' tolabul'ilmi faridotan 'ala kullilmuslim'..maaf kalu salah ayat ni, tak pndai arabic. Wajib utk setiap muslim. ''tuntutlah ilmu drpd buaian hingga ke liang lahad ''. dan ayat pertama yg Allah turunkan pun berkaitan dengan kepentingan mencari ilmu, '' iqraa' = bacalah ''
Semua orang sibuk belajar,tapi mungkin tujuan kita belajar tu berlainan.Rambut sama hitam,hati lain-lain. Belajar utk ape? nak berjaya,nak jd orang berguna,nak dapat keje bagus2,dah besar boleh balas jasa mak ayah..dan macam2 sebab lagi kan..jika belajar itu atas dasar utk mendapat redhaNYA,pasti tujuan2 lain akan mengiringi bersama.
''adrusu hazihi maddah lillah..uraji'uddurus lillah..uridu an anjahu fil imtihan lillah..''
Yang pasti,niat kita sbg muslim menuntut ilmu ni berbeza dgn mereka yg bukan muslim..bukan hny utk dunia,malah juga utk akhirat.
Oh ya, sy berasa sgt kagum dan syukur..teramat syukur dgn nikmat kurniaan Allah,ciptaan Allah yg unik ni>>>>>otak & akal
Bila ulangkaji pelajaran,kadang2 terfikir, betapa uniknya otak kita ni..bila kita study subjek sains,semua terms yang susah tu kita boleh ingat..lepas tu study subjek lain lak,bahasa contohnya,tu pun kita ingat..masuk pula bab kira-kira, otak sebelah kiri pun aktif merangsang..
Cuba korang ingat balik,sejak kecil sampai skarang,brape byk subjek dh korang belajar,faham,ingat dan jawab exam..1 subjek tu byk topik, dlm topik tu byk pula pecah2 bahagiannya..ya,sangat banyak kan otak kita terima semua input tu..
Unik sebab otak kita tak pernah pecah@meletup walaupun dah tepu maklumat dlm kepala..unik sebab kita tak pernah pun muntah kan sumbat byk info dlm kepala..unik sbb ape yg kita blaja 10 tahun lepas kita boleh ingat lagi..unik sbb ape yg masuk dlm otak ni takkan terpadam macam tu je melainkan ditakdirkan Allah kita hilang ingatan..ni bab belajar..
Tambah unik bila kita pun boleh ingat ayat-ayat Allah,hadis-hadis Rasulullah,sejarah sahabat2 dahulu, macam2 sirah..segala-galanya otak kita mampu telan..biarpun dah terlampau banyak, otak kita tak pernah hang, sorry..memory is full..pernah ke korang dpt warning camtu drpd otak sendiri? sy yakin takde yg penah dpt..
selalu yg hang bila dh penuh dan berat sgt ialah komputer@laptop@handphone..dan ape2 lg ciptaan manusia tu..
memang komputer tu canggih,ape yg nak drpd internet kita boleh dpt sekejap je,satu klik je penuh info kita dapat..tapi once dh penuh dan berat, mulalah liat nak brfungsi,hang sana hang sini..kita pun naik angin kan..smpaikan ape yg berat sgt tu kita terpaksa delete.sekali dh delete,memang hilang terusla kan..kalu nak kena cari balik..
so,terbukti kat sini 1 kelemahan ciptaan manusia..memori manusia lebih baik drpd memori komputer..
Dah la ada otak, akal pun Allah kurniakan..tak macam haiwan,tumbuhan dan makhluk2 lain..mereka tak dikurniakan akal..ada sebabnya Allah kurniakan akal pd kita..sebab kita ni sebaik-baik kejadian..dah tertulis terang-terang dlm Kitabullah tu..tak ke kita rasa bahagia sebab Allah cipta kita..macam2 boleh buat bila ada otak dan akal..tapi tu la ujian hidup,bila tersalah guna,tersilap langkah, akal tu dah tak mampu kawal empunya badan..hilang pertimbangan akal..bukan kita yg kuasai akal,tapi akal yg kuasai kita..nafsu dunia yang kawal kita..that's why macam2 hal berlaku skarang..Allah cipta manusia elok-elok,sempurna je..tapi at the end,manusia sendiri yg rosakkan bumi,rosakkan diri mereka..haiwan yg tak berakal pun tak buat macam tu..salah siapa sebenarnya?
Oh lagi satu,walaupun haiwan dan makhluk2 lain tu tak berakal,mereka sentiasa doakan kita..baik sungguh mereka..kita yg ade akal pun kadang2 malas nak berdoa.
Jadi,konklusinya,
Jom guna otak dan akal yang dikurniakan ni sebaik-baiknya
Fikir dulu sebelum cakap, fikir dulu sebelum bertindak
Fikir dan zikir ^^
ni copy paste ayat kawan skolah dulu,kalu tak faham,sy boleh tolong translatekan :
0 comments:
Post a Comment