Saturday, December 4, 2010

kerana makan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Salam 'alaik buat semua. Alhamdulillah masih ada peluang mengisi blog ini, ditemani suasana yg sejuk sepanjang hari. Bila hujung tahun, hujan mula mencurah-curah dengan laju. Lebih 24 jam dah ni hujan tak berhenti lagi, matahari pun mesti sembunyi ni. Hujan rahmat daripada Ilahi.

Alhamdulillah, minggu lepas diri dapat berprogram dengan kawan-kawan. Program pemakanan sihat untuk golongan dewasa awal & pertengahan. Ada gak la beberapa dewasa akhir yg hadir. Buat program kat Kg. Baru je. Sambutan taklah menggalakkan sangat, ade la dalam 50 orang lebih yang hadir, tapi tu pun dah puaskan hati kami asalkan mereka yg hadir mendapat mesej yg kami sampaikan dan rasa bermanfaat dgn aktiviti yg diadakan.


Bila berhubung dgn masyarakat luar, macam-macam gaya orang boleh kita perhatikan. Diri sempat berada di meja pendaftaran dan beramah mesra dgn makcik pakcik di sana. Ada yg jenis friendly, cakap terbuka je dgn kami, ada yg serius je, tak berani nak buka mulut, ada yg siap melawak lagi tu.  Baru je daftar, ade yg dah cerita gaya makan masing-masing.
Tujuan program kami ni sebenarnya nak perkenalkan piramid makanan Malaysia yg terbaru. Ini dia :-




Sambil isi borang sambil borak.
Ade makcik ni, dah macam nenek sy kot, cakapnya superb sungguh! Dia tahu je piramid makanan tu, pernahlah dengar kan, cuma katanya nak praktis tu susah, nak ikut piramid tu.

''susahlah nak buat tu. makan lak kena makan nasi. tak makan nanti lapar. makan nasi 2-3 kali sehari. malam pun makan lagi. 
makanan yg goreng-goreng, masakan lemak tu yang best.sebab tu badan makcik besar macam ni '' 


Sebenarnya takde besar sangat pun makcik tu. Ikutkan ape yg dia cakap, logiklah keadaannya macam tu sekarang.


Ade sorang lagi makcik, yang ni lain pula caranya. Jenis yang kurang makan, patutlah badan kecik je.


'' makcik tak makan sangat nasi. biasa dalam seminggu makan nasi 2 kali. makanlah mi, roti, biskut dll. yang goreng-goreng dan lemak-lemak tu makcik kurang makan sebab makcik tahu tak elok. yang manis dan masin pun tak elok.
makcik banyak makan sayur n buah. kalu buah, selalu buat jus, suka minum jus buah. dulu-dulu makcik sihat, takde penyakit. tu yang datang ke sini, nak cek badan kot-kot ada sakit ke ''


Terlopong jap bila dengar makcik tu cakap makan nasi 2 kali seminggu. Saya tanya lagi, tak lapar ke tak makan nasi. Sebab dah amalkan sejak awal, makcik tu tak rasa lapar dan dah biasa. Perut pun dah imun agaknya kan.


Kami mendengar dan menyarankan ape yg patut. Tak tahula camne status kesihatan makcik-makcik tu. Moga ape yg kami kongsikan tu mereka boleh amalkan.
Cakap kat orang pandai, diri sendiri ni entahla..


Kita makan utk hidup, kita makan utk sihat.
Yg selalu kita tahu, orang mati sebab kebuluran makanan. tapi dunia sekarang orang mati sebab terlebih makan.
Sakit sebab tak makan atau terlampau makan?
Makanan tak salah, yg salah orang yg makan tu
Makanlah secara ala kadar dan seimbang, topup sekali dgn aktiviti fizikal harian, insyaAllah penyakit-penyakit tak serang kita, plus doa dikurniakan kesihatan yg baik sekali.


Cubalah korang test skali..makan banyak-banyak, lepas makan terus baring, then tido. Lama-lama badan pun dah bertukar.
Tu semua bergantung pd kadar metabolisme seseorang gak.
Ikutlah camne pun, yang penting makan secara sihat. Bila sihat, seronok utk beribadat ^^


kerana pulut santan binasa, kerana makanan badan binasa ( peribahasa rekaan sendiri )


Jaga dan sayangi diri ciptaan Allah yg sebaik-baik kejadian ni.
Jika kita sendiri tak jaga kesihatan, sape lagi kan
Nikmat sihat itu perlu dihargai~



Wassalam.



0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More