Tuesday, December 28, 2010

syukur,syukur,syukur

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Salam. 2010 hampir berakhir. Macam sekejap je tahun ni berlalu. Hampir 2 minggu tak mencoret di sini, alhamdulillah ada peluang lagi kali ni.
Walaupun dah sangat lambat ucapan ni, Happy Belated Birthday to my dear sister (18disember). Makan kek tak share dengan orang pun kan. Tak dapat kasi hadiah lagila, tunggu 2-3 tahun lagi ye.

Seterusnya, tahniah dan mabruk 'alaik utk sorang lagi my dear sis yang dapat straight A dlm PMR. Nampaknya mimpimu tu hanyalah mainan tidur. Kan dah dapat A subjek Sejarah. Terus jela belajar kat kaka tu, kesian kat sekolah kalau yang dapat straight A semua tukar sekolah lain. Dua tahun je lagi bertahan kat kaka=) Kan dekat je dengan rumah, nak balik rumah bila-bila pun senang. Oh, terima kasih tak terhinggalah buat semua guru di kaka yang banyak mengajar dan mendidik adik saya tu.
Visi 2011:SMKAKA Penjana Generasi Unggul Teknokrat Al-Quran
Moga visi ini dapat dicapai, insyaAllah.


Terima kasih lagi sekali buat my beloved family for that surprise gift. Bila difikir-fikirkan, tak tahu kenapa dapat hadiah tu. Entahla apa budi baik kat family kan sampai dapat hadiah tu. Hadiah tu akan dijaga dan digunakan sebaik-baiknya. Seinfiniti sayang dan rindu buat korang semua ^^

Dulu ada sorang kawan cakap kat saya, saya ni paling tak sesuai jadi cikgu. Jadi apa yang sesuai ? Jawabnya, sesuai dalam bidang bisnes dan sangat tepat dgn bidang yang saya ambil sekarang. Mungkin sebab tu dulu-dulu permohonan selalu ditolak. Dan diri berlawanan dengan adik, so adik sesuai jadi guru. Apa yang saya boleh buat, adik tak boleh buat. Pasti boleh saling melengkapi nanti kan.
Apa-apa pun, diri tetap bersyukur dan akan menghabiskan masa di sini sebaik-baiknya dengan peluang emas yang Allah kurniakan ini.

Buat sahabat-sahabat yang dapat biasiswa JPA atau PTPTN, bersabarlah ye dgn keadaan sekarang ni. Saya hanya mendengar desas-desus kawan-kawan yg susah hati sebab duit lambat masuk. Mungkin dalam sebulan lagi. Mungkin ada hikmahnya kenapa jadi macam ni. Nampaknya kenalah berjimat-cermat kan dalam masa sebulan ni. Syukurlah anda masih diberi rezeki dapat biasiswa atau pinjaman tu. Kat luar sana ramai lagi yang tak dapat, malah ada yang takde duit pun untuk beli makanan. Kenala mintak mak ayah sponsor dulu belanja sebelum duit masuk. Maaf kerna saya tak rasa apa yang korang rasa, tapi saya boleh memahami keadaan kalian bila kekurangan wang. Takde duit, nak hidup pun susah kan. Muhasabah untuk diri sendiri ;)

Moga semester ini lebih baik dan tahun 2011 bertambah baik. Aameen.


Wassalam.

2 comments:

kaka tu name skul men dulu..
kebangsaan agama kuala abang
atau name pnjang, SMKAKA
akak kenal tak sekolah ni?=)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More