Friday, March 25, 2011

kehancuran bumi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


sumber : BH

Belum habis isu tsunami di Jepun( 11 Mac), hari ni kita dihidangkan pula bencana alam yang lain . buka sini , buktinya :

Yangon


Bumi semakin parah, semakin marah.
Bumi rosak kerana manusia sendiri yang merosakkannya, sama ada direct atau indirect

 ''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30) 

Gempa bumi, banjir besar, letusan gunung berapi, tsunami, tanah runtuh dll
Paras laut semakin meningkat, maka suhu dunia semakin meningkat, dunia semakin panas
Baru dunia, akhirat tak tahula macam mana tahap kepanasannya, matahari sejengkal di atas kepala


Kerana tangan-tangan khalifah Allah itu sendiri yang memusnahkannya, tidak menghargai nikmat pemberiannya. 
Kemusnahan merata-rata, kemungkaran bermaharajalela di mana-mana

Ingatkah kita kisah kaum Nabi Lut ( penduduk Sodom )yang sekelip mata dimusnahkan.

" Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya, "kamu benar-benar melakukan perbuatan yang sangat keji(homoseksual) yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu" (Al-'Ankabut : 28)

Apabila Nabi Luth mengingatkan kaumnya supaya bertaubat, mohon ampun kepada Allah SWT, maka kaumnya menjawab dalam keadaan sombong, ‘kalau betul ada azab Allah SWT, ayuh datangkan azab itu kepada kami, kami sudah tidak sabar-sabar untuk menerima azab Allah itu, kalau betul engkau ini orang yang benar. 
Nabi Luth pun berdoa kepada Allah SWT: "Ya Tuhanku, tolonglah Aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerosakan itu"

Firman Allah SWT yang berikutnya, 
"Sesungguhnya kami akan menurunkan azab dari langit ke atas penduduk kota Ini Karena mereka melakukan perbuatan fasik. (34). Dan Sesungguhnya kami tinggalkan daripadanya satu tanda yang nyata[1152] bagi orang-orang yang berakal"(35) 

Kini umat Nabi Adam pula yang dilanda perbuatan terkutuk ini. 
Allah sentiasa mengingatkan kita, kita pula bagaimana? Adakah sentiasa mengingati pesanNYA?
Beringatlah sebelum terlambat, sebelum munculnya kiamat!





0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More