Monday, April 18, 2011

o.b.e.s

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Nak tau banyak lagi info,silalah jumpa encik google ye
Terrajin update blog pula
Betapa kroniknya masalah obesiti di negara ni, sampai masuk cover page paper
kanak-kanak obes - jadi topik warna pagi kat IKIM hari ni


Tolong, tolong, tolong pada mak ayah sekalian, atau bakal mak ayah
Tolong didik anak amalkan pemakanan sihat
Janganlah umur baru 6 bulan, dah suap makanan manis
Nanti makanan yang sihat macam sayur anak-anak tak suka
Janganlah umur anak 2 tahun, dah kasi minum air bikarbonat, kasi high fat food, high sugar food, junk food etc
Jika sejak awal dah ajar macam ni, habit tu akan lekat sampai besar
Mak ayah pun kena makan sihat, jadi contoh kat anak-anak
Nak makan tak sihat sekali-sekala, sorokkan diri ye =)


Bukan mak ayah je, abang,kakak dan seluruh ahli famili tu berperanan
Sebab secara psiko budak-budak suka ikut orang lebih tua buat apa
Bila dah suka, susah dah nak lepas
So, wujudlah kanak-kanak yang picky eater. tak ke menyusahkan parents jugak

Dah ajar anak makan sihat, bila pergi sekolah pun diorang makan sihat
Ada ramai orang jual junkfood, air gas dll, diorang takkan join sekali
Mungkin sekali-sekala la, pengaruh kawan-kawan
Kena pesan selalu kat anak-anak, adik-adik, sepupu-sepupu
Takkan kecik-kecik dah nak hidup bergantung pada ubat
Lama-lama toksik tau ~

sanggup ke tengok anak-anak disuntik insulin hari-hari?


Sayangkan mereka?
Sila didik supaya mereka jaga badan elok-elok
Bukan kat kanak-kanak je, kita yang dah besar panjang ni pun kena jaga makan  ye

tiap kali adik makan banyak, mesti ada suara sumbang muncul, suara saya la tu
bila tak sampai setengah jam lepas makan adik dah baring, muncul lagi suara saya
tengok adik minum air gas( amik air ayah dalam peti ais ), saya komen lagi
tapi bila tengok adik makan sup sayur kobis semangkuk yang kakak dia ni masak, saya diam je..alhamdulillah

mak selalu pesan,
masa kecikla nak jaga makan, nanti bila besar, gemuk, mulalah ambik macam-macam suplemen nak kuruskan balik
ayah pun selalu ingatkan kami
walaupun dua-dua tak amik bidang pemakanan ;)

bila dah dididik dan terdidik, jom sama-sama amalkan makan sihat + hidup sihat


p/s 1 : bukan salah nasi lemak kanak-kanak jadi obes. salah siapa? think and act wisely!


p/s 2 : jangan anggap yang gemuk-gemuk je mudah dapat sakit. yang kurus-kurus pun ada risiko tersembunyi- high cholesterol,high uric acid etc. so, berhati-hatilah!


p/s 3 : makan untuk SIHAT atau makan untuk SEDAP?

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More