Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Boleh jadi apa yang kita tak nak tu adalah yang terbaik untuk kita.
Dulu diri redha bila tempat praktikal yang dimohon tak diluluskan. Sedia jiwa dan mental ke tempat yang ditetapkan.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkanNYA. Walaupun perlu berkorban masa, tenaga dan wang ulang-alik ke sana, saya yakin banyak manfaat yang akan diperoleh di sana.
Melihat pegawai-pegawai bekerja, saya tahu kerja mereka banyak dan bertimbun atas meja masing-masing.
" baru kau rasa camne rasanya keluar rumah kul 7 pagi dan balik rumah kul 6 petang "
Lihat bagaimana mereka bertungkus-lumus bekerja, bukan untuk diri sendiri je tapi demi kesihatan masyarakat awam.
Ilmu pertama yang saya dapat di sana ialah tentang program/ aktiviti di bawah bahagian pemakanan( unit kesihatan awam, KKM) yang dilakukan sepanjang tahun :
1. Program Bakul 1 Azam (akhiri zaman miskin )
2. Program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan
3. Galakan penyusuan susu ibu ( klinik/hospital rakan bayi )
4. Program pemakanan sihat bayi
4. Latihan kepada pengasuh taska
5. Dapur Sihat Masyarakat
Oh, ni macam banyak tumpu pada bayi dan kanak-kanak kan. Ade jugak untuk remaja, dewasa, ibu hamil dll.
Kan melentur buluh biarlah daripada rebungnya. So, bayi yang baru lahir mesti dan harus diberi pemakanan yang secukupnya, dari kecil sampai besar.
Kan mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebelum si kecil anda dapat apa-apa sakit, buatlah apa yang patut.
Make sure si kecil anda tak masuk list sebagai kanak-kanak kekurangan zat makanan =)
Pesanan ikhlas untuk ibu-ibu atau bakal ibu-ibu,
Do exclusive breastfeeding for your cute baby at least 6 months.
It is better if continue breastfeeding until 2 years.
Baik untuk baby, baik untuk anda.
Pesanan untuk diri sendiri gak ;)
Selamat beramal!
0 comments:
Post a Comment