Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Si kecil ini umurnya hampir 2 tahun, namun beratnya tidak selari dengan umurnya. Kategori orang asli di sebuah perkampungan di Sabak Bernam.Kurang berat badan, kekurangan zat makanan. Diletakkan di bawah program Bakul 1 Azam. Kandungan Bakul 1 Azam :
Penuh dengan makanan yang best. Boleh jadi stok berbulan-bulan di rumah. Walaupun dah dapat bantuan ni, si kecil itu masih tiada perkembangan. Setelah dibuat tinjauan, kami dapati makanan itu tidak digunakan, susu bertin-tin sudah expired date. Sayang kan?
Kami korek lagi. Kata ibunya, anaknya tak nak makan. Lalu kami nak bukti. Terpaksa memaksa sedikit si ibu untuk membancuh segelas milo dengan susu tepung itu. Minum air milo,cicah biskut krim kraker. Bila dah dapat makan, kami nampak si kecil itu lebih ceria kerana dia sangat lapar. Habis licin segelas milo dan beberapa keping krim kraker. Budak manela tak suka milo kan? Yang dah tua ni pun suka milo =)
Bukan anak yang tak nak makan, tapi si ibu yang malas nak sediakan makanan yang sihat untuk anaknya.
Jika semua makanan itu digunakan, insyaAllah berat anak akan bertambah.
Macam-macam situasi lagi yang kami jumpa. Ada yang kewangan ibu bapa dah stabil, namun anak ada masalah penghadaman,pencernaan, jadi kurang selera makan. Ada anak yang sangat memilih makanan walaupun berat tu kurang. dan ada yang sangat baik hati kasi susu tepung tu pada si anjing peliharaan mereka makan, makanya si anjing yang membesar sihat, bulu bertambah gebu.
Pihak atasan sudah berusaha untuk membantu. Jika si penerima betul-betul lakukannya, pasti positif hasilnya.
Bagi ibu-ibu atau bakal-bakal ibu sekalian, rajin-rajinkanlah diri ye kasi anak makan. Makanan yang sihat untuk tumbesaran mereka. Mungkin susah sedikit jika anak 'picky eater'. Teruskan usaha anda!
nice book ^_^
SIHAT SEPANJANG HAYAT
0 comments:
Post a Comment