Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Isu BERSIH masih belum berakhir. Biarkan, biarkan.
hurm, asyik-asyik isu sama je kat tv ni..bosan!
Al-Faatihah buat Almarhumah Dr. Lo'lo Mohd Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 Julai lepas. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, dan darah perjuangannya akan terus mengalir dalam diri srikandi srikanda sekalian.
Setiap hari hidup kita ni perlu berkata-kata, perlu bercakap. dan itulah ia, kata-kata ibarat pedang, yang tajamnya bisa membunuh lawan (lirik Bicara Kata). Boleh jadi kita dapat pahala, boleh jadi kita dapat dosa dengan kata-kata. Memang susah nak jaga lidah dan mulut sendiri, sebab kadang-kadang kita tak sengaja pun nak cakap macam tu. Tak pasal-pasal orang lain kecil hati dengan kita.
Kita tak payah tengok orang jauh-jauh, tengok dulu mak ayah kita. Sejauh mana kita jaga kata-kata dengan mereka. Sebut 'ah' pun dah tak boleh dengan diorang, apa lagi kata-kata lain yang lebih dasyat. dan memang ibulah yang sangat kita perlu jaga kata-kata, sebab doa ibu itu mustajab. Jangankan kata-kata, riak muka yang pelik-pelik pun dah boleh mencalarkan hati ibu. Hang jadi ibu nanti hang tahu la camne rasanya :)Saya tahu semua orang tahu pasal ni. Namun biasalah manusia, asyik lupa, asyik buat silap. Kita pabila bercakap dengan orang, ada orang yang kita kenal, ada yang kita tak kenal. Kalau kita dah tau orang tu sensitif, sensitiflah sikit dengan kata-kata kita tu. Kalau orang tu sempoi je, kita pun boleh sempoi. Kenali orang, fahami sikap orang. Kalau cakap dengan orang yang kita tak kenal, memang pastilah kena cakap elok-elok. Hormati orang lain dengan kata-kata pun dah cukup. Berakhlak dengan kata-kata.
Tapi pada zaman sekarang ni, budak-budak pun dah cakap tanpa tapis. Bahasa kasarnya, kurang ajar, biadap. Salah siapa? Wallahu'alam
Orang yang beriman, berilmu dan sedar diri pasti sangat menjaga kata-katanya.
Saya pun bukanlah pandai sangat jaga mulut ni, tetapi kadang-kadang kita boleh kenal orang tu melalui kata-katanya. Even hanya melalui mesej.
Bila nak mesej orang yang lebih tua ke macam pakcik makcik, cikgu-cikgu, pensyarah, senior-senior dan sape-sape lagi, kepala ni berpusing ligat nak susun ayat mesej. Kelakar kan? Padahal bukannya nak mesej perdana menteri pun. Sebab diri tak tahu sama ada mesej tu sesuai ke tak, bahasanya sopan ke tak bila diorang baca. Bukan untuk yang lebih tua je, yang lebih muda pun sama macam adik-adik kita. Sungguh risau andainya berkasar bila berbicara. Andai kata-kata pun kita dah gagal, camne la orang berani nak dekati kita. Hanya melalui mesej. Bukan yang keluar dari mulut ni.
Mungkin bila bercampur dengan emosi, kata-kata tu sudah jadi rosak. Moody, marah, geram. Cukup pakej semuanya. Kata-kata pun boleh buat orang lain marah. Nada masa berkata-kata tu pun perlu jaga. Mungkin ada orang dah memang jenis camtu, tapi sikap kan boleh diubah perlahan-lahan. Kenapa nak simpan benda yang tak baik dalam diri? Shuuh, buang jauh-jauh. Jaga perasaan orang lain masa bercakap walaupun kita tahu orang tu bukanlah jenis yang sensitif. Tak ke bahaya bila orang berkecil hati dengan kita, pastu tak boleh lupa dengan kata-kata kita tu. tapi kita sebenarnya tak tahu pun mereka terasa dengan kita. Kita hanya boleh tahu apabila orang tu jujur cakap kat kita. Lepas tu bolehla kita minta maaf. Kan minta maaf dengan manusia ni lagi susah daripada minta ampun dengan Pencipta manusia =)
jom jaga mulut kita..kakak pun masih belajar nak bercakap ni.
tak sabar tunggu adik lahir, nak cakap banyak-banyak dengan adik ^_^
- reminder myself too
4 comments:
comey nye akak ( ^ ^ )
jom jangan tengok berita
jom jangan baca paper
semua tu auta ja.
hehe
akak comey ni ikut makcik de ;p
kang tak bace berita tak bace paper jadi katak bawah tempurung pulak kita..haha
jadi lah katak yang duk bwah tmpurung kaca lutsinar...:)
taw ap jadi kat luar,tapi tak terpengaruh.....hehe^^
to hamba Illahi :
aah, tepat sekali. marilah kita jadi katak duk dalam balang kaca..hehe
Post a Comment