Sunday, August 7, 2011

Reminder

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


laut yang tenang

nampak tak matahari yang malu-malu nak munculkan diri tu


Hari ini sungguh nyaman dan tenang. Semalaman hingga pagi ini hujan turun renyai-renyai, rahmat Ilahi.
Alhamdulillah, dia selamat dibedah dan sudah sedar sikit-sikit. Moga dia bertambah pulih sebelum Syawal menjelma. Ameen


Pagi itu dapat satu reminder masa bersahur :

Ayah  :  Orang munafik ni sama je balasan dengan orang kafir. Mungkin lebih teruk. Orang yang tinggal solat, dedah aurat...haa, tu munafik la
Balasannya di neraka Jahannam tu, neraka yang paling dasyat

Ayah sangat suka sebut pasal aurat depan anak-anaknya sebab anak-anaknya semua perempuan. Berat tanggungjawab nak pikul tu. Campurla emak sorang lagi. 


“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (An-Nisaa’ : 145)

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat dan ibadah lainnya) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (An-Nisaa’ : 142)

“Tidakkah mereka (orang-orang munafik itu) mengetahui bahawasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah baginya, dia kekal di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.” (At Taubah : 61)

Solat tak khusyuk pun dianggap munafik. Entah berapa peratus je kan Allah terima solat kita sepanjang kita hidup atas bumiNYA ni.
Moga bulan ini kita dapat tingkatkan kualiti ibadah kita. Takpe kurang kuantiti, asalkan berkualiti. Tapi  sudah tentu lebih baik banyak kuantiti dan superduper kualiti :)
Teruskan berkuantiti dan berkualiti sampai akhir hayat.

p/s  : bulan ni semua orang usaha tadarrus al-quran, nak khatamkan 30 juzuk. Biar lambat asalkan tartil dan bertajwid. Usah baca laju-laju semata-mata nak khatam tanpa hiraukan makhraj dan tajwid. Nak cari pahala lebih tapi dapat dosa pulak. 
Alaa, lepas tu doa la pulak banyak-banyak minta ampun kat Allah. Bulan mulia ni kan doa dimakbulkan. Eh, boleh ke buat camtu?

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More