Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Alhamdulillah diri masih bernafas hari ini, masuk hari ke 14 Ramadhan.
Fikiran melayang-layang sejak semalam, entah kenapa
Tulisan ni hanya untuk peringatan diri sendiri yang sering lalai
Lalai dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan
Alhamdulillah, dah 3 tahun menimba ilmu dan pengalaman di sana. Tinggal setahun lagi.
Macam baru semalam je orientasi. 3 tahun tu tak lambat dan tak cepat. Macam-macam kenangan yang dapat. Manis, masam, pahit semuanya ada.
Dulu masa di tahun 1, saya rasa diri sedikit kesempitan. Bila memikirkan hal itu, bersedih dan bersedih. Saya tak cemburu dengan kawan-kawan yang mendapat nikmat wang percuma sepanjang belajar di sana, malah hanya fikir mereka sangat beruntung. Setiap semester wang akan masuk ke dalam akaun masing-masing. Bila yuran perlu dibayar, duit yuran akan ditolak terus daripada akaun. Bila takde duit dalam tangan, bila-bila masa je boleh pergi cucuk kat ATM. Alhamdulillah, itu nikmat yang Allah kurniakan.
Hampir sama dengan mereka yang dapat PTPTN, cuma mereka yang meminjam ini perlu bayar balik bila dah kerja nanti. Yang dapat biasiswa akan terikat dengan kerajaan, so kena kerja bawah kerajaan nanti.
Alhamdulillah saya dah habis belajar selama 3 tahun dengan duit mak, ayah dan kakak-kakak. Duit tu pun daripada kerajaan juga, cuma mereka dapat melalui penat lelah mereka bekerja. Kalau difikirkan, bagaimana la ye belajar di IPTA tanpa biasiswa atau pinjaman?
Yuran semester pun dah RM1000+++ kena bayar, lepas tu duit makan, duit beli buku dan lain-lain. Mak ayah pun kena tanggung belajar 2 adik lagi. Ayah pula tiap-tiap bulan kena bayar duit pinjaman kereta 5 buah. Kereta anak pun ayah yang bayar. Mak, ayah dan kakak jadi cikgu je. Cukup ke duit nak tanggung diri yang belajar ni? Disebabkan rasa cukup dan mampu, mereka tak kasi buat pinjaman dan sanggup tanggung sebab tak dapat biasiswa.
Ya Allah, mereka buah hati saya selamanya :)
Bila orang tanya saya dapat biasiswa atau tak, berat je lidah nak sebut tak dapat. Bila jawab tak dapat, ada yang balas, "oh yeke "
Emak tahu macam mana sikap anaknya ni, sebab tu emak boleh tanggung.
Syukur dengan duit mereka, saya tak pernah kebuluran. Cukuplah makan nasi sekali sehari dan topup la apa-apa yang lebih ringan untuk bekalan perut sehari. Memang sejak matrik dah buat macam ni. Cuma kadang-kadang saya terbabas belanja lebih untuk penuhi nafsu
makan, terutama dengan kawan-kawan.
Syukur dengan duit mereka, saya masih boleh belanjakan duit untuk hadiah kawan-kawan tersayang. Saya masih boleh luangkan masa bersukaria dengan kawan-kawan.
Syukur dengan duit mereka, saya boleh bayar apa-apa yuran lagi.
Duit keluar macam air bukanlah untuk membeli makanan, tapi untuk keperluan lain yang lebih penting.
Cuma ada la apa yang kawan-kawan boleh belanjakan, saya tak boleh belanjakan.
Jika saya tak beli sesuatu yang orang cakap wajib beli itu, bukan sebab kedekut duit, tapi sebab duit itu saya perlu belanjakan untuk hal yang lebih penting. Memang sangat berkira.
Orang yang ada biasiswa atau pinjaman mungkin senang kan. Bila duit habis, pergi minta kat mesin ATM. Orang macam saya ni bila takde duit, perlu minta belas ihsan insan-insan tersayang saya. Mereka pun perlukan duit untuk kehidupan seharian. Jadi, saya tak boleh boros berbelanja sebab akan susahkan mereka yang belanja saya setiap bulan.
Memang seronok lihat kawan-kawan yang belanja best je hari-hari. Lepas tu keluar sana-sini hiburkan diri. Hidup di KL kan, banyak tempat boleh pergi, shopping ke, tengok wayang ke, makan kat tempat mahal ke. Selagi ada duit, apa yang kita nak tu semua dapat.
Mak pernah cakap dulu,
" kalau guna duit mak kasi ni pergi tengok wayang, sia-sia je mak kasi duit "
" beli baju dan tudung mahal-mahal tapi tak tutup aurat gak, baik tak payah beli. bazir duit je"
Mana mungkin duit yang dihulurkan setiap bulan dibelanjakan untuk hal yang tak berfaedah.
Orang yang dapat duit free takpe je. Duit sendiri kan. Boleh belanja sesuka hati.
Eh, tapi kalau duit sendiri pun diri tak boleh belanja macam tu. Utamakan keperluan daripada kehendak.
Alhamdulillah, Allah kurniakan sahabat yang sangat memahami.
Bila nak keluar, dia akan tanya saya boleh join ke tak. Ada maksud tersirat di situ.
Alhamdulillah, Allah cukupkan saya untuk saya luangkan masa dengan mereka.
Bersyukur, sangat bersyukur kerna masih punyai wang untuk teruskan hidup.
Masih ramai orang di luar sana yang perlu mengorek tong sampah untuk makan, masih ramai yang tak boleh makan sehari-hari
Bersyukur diri masih ada tempat berlindung hujan dan panas
Masih ramai yang hanya tidur di tepi jalanan dan di lorong-lorong kecil
Nikmat duit yang Allah kurniakan perlu digunakan betul-betul. Duit Allah kasi tak boleh guna untuk perkara yang Allah larang. Perlu berkat dalam berbelanja. Syukur nikmat, Allah akan tambahkan. Kufur nikmat, rugilah kita.
Pernah dengar kisah sahabat dulu yang perlu berkongsi kain dengan isterinya untuk solat?Selepas habis solat di masjid, sahabat itu akan cepat-cepat pulang ke rumah sebab isterinya pula nak gunakan kain itu untuk solat. Boleh google kisah ni ye.
Tapi kita yang hidup senang ni tak boleh ke belanjakan lebih duit untuk beli sejadah, kain pelekat, baju melayu dan kain telekung, khas untuk Allah yang kasi kita pelbagai nikmat.
Mak pernah cakap dulu,
" orang kalau baju mahal-mahal boleh je beli, tudung tu, tudung ni. tapi kalu kain telekung tu susah nak beli yang mahal, yang molek-molek. pakai kain telekung yang nipis. tak boleh beli yang tebal sikit "
Kita boleh letak macam-macam dalam beg (wallet, purse, bedak, lipstik, pencuci muka, dll)
Tak boleh ke kita letak kain pelekat atau kain telekung dalam beg?
Kita mampu je belanja macam-macam nak hias diri, cantikkan diri
Takkan tak mampu nak belanja untuk hias diri bila mengadap Allah 5 kali sehari
Allah tak larang untuk berhias kerana Islam mementingkan kecantikan dan kebersihan. Berpakaian elok dan cantik untuk menjaga kesucian Islam. Demi Islam, demi Allah.
Kata emak lagi, " duit gaji ni cukuplah untuk makan minum tiap-tiap bulan. tak bolehla belanja mewah-mewah "
Emak hemah berbelanja, anak pun mestila sama. Like mother, like daughter =)
- tak perlu kot pakai cincin berjuta-juta, baju beribu-ribu. nanti mati masuk kubur, hancur juga dimakan ulat. mati nanti semua pakaian sama je, semua pakai kain putih.
- QANAAH IN LIFE !
2 comments:
syukur alhamdulillah...:)
tp along pown da pndai cri duit sndri skrg kn?hehe...herbalife cne?^^
Alhamdulillah
angah, herbalife tak jalan pape pun
along guna utk diri sendiri je
1 sen pun blom masuk poket
huhu..
Post a Comment