Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Lama sudah tak bertapa di sini. Mungkin sebab hidup yang agak tidak terurus di sini, namun alhamdulillah pengurusan diri masih terjaga. Cuma makan dan tidur yang tak menentu. Biasalah bila bergelar pelajar yang dihujani pelbagai tugasan.
Alhamdulillah, sekarang ni kawan-kawan 4th year duk bergelumang dengan proposal masing-masing. Kami dah lepas proposal presentation. Rasa macam nak tercabut jantung sebelum present, walhal benda tu takdela kronik pun. Rezeki masing-masing nak dihentam oleh pensyarah atau pun tak ;)