Thursday, October 27, 2011

mati yang sentiasa menanti

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah)."
(An-Nisaa' 14)

Alhamdulillah dapat berceloteh di sini lagi
Banyak input yang dapat, tapi tak sempat nak keluarkan di sini
Last week pergi kursus kahwin ramai-ramai dengan kawan (kali kedua). Oh, sungguh semangat ye
Bukanlah semata-mata target utama sebab nak sijil tu
Itu ruang majlis ilmu, taman ilmu taman syurga
Jadi, ambil peluang ada yang ada
Dapat ilmu baru, ada bezanya dengan kursus kali pertama
Harapnya siapa yang join tak sia-siakan ilmu yang diperolehi 
Kita dengar, faham dan amalkan inshaAllah

Banyak kali diri diingatkan tentang kematian
Sangat seronok bila dalam slot kursus itu (Tajuk : Pemakanan Seimbang), Dr. Roslan Johari sempat mengingatkan tentang mati, tentang seksa kubur
Peringatan tentang hari akhirat
Masa itu Allah salin balik kulit kita (bukti ada dalam al-quran - find it yourself)
Boleh imagine tak macam mana?
Tahu tak azab neraka tu sangat1000x dasyat?
Sedangkan kulit kita ni kena api sikit pun dah mengaduh
Rasa panas bahang matahari sikit pun dah mengomel
Kat sana nanti, sejengkal je dari kepala ni

Lepas tu, masuk slot aqidah yang sangat meruntun jiwa
Terbaiklah ustazah tu :)
Aqidah muslim kini macam kulit bawang. Nipis je tu. Tergolongkah kita?
Manusia dah berjanji dengan Allah sejak dalam rahim, berjanji untuk taat padaNYA ( bukti ada dalam al-quran - selamat mencari )
Tapi bila di dunia, masa itulah bukti kita sama ada janji itu dilunaskan atau tidak
Syaitan tak berehat untuk menyesatkan anak-anak Adam
Kitakah salah seorang yang disesatkan?

Then, tajuk Pengurusan Kewangan
ada tulis kata-kata ini daripada ustaz :
" Allah kasi apa yang kita perlu, manusia minta apa yang dia nak "
Memang fitrah kita kan, minta macam-macam daripada Allah. Tapi semua yang kita minta tu termakbul ke? Allah tahu yang terbaik untuk hambaNYA, jadi Allah kasi yang hambaNYA perlu sahaja
dan jangan berhenti berdoa sebab itu senjata kita. Allah sayang hambaNYA yang sentiasa berdoa:)

Pengisian lagi oleh seorang ustaz, juga tentang akhirat
Hidup kita perlu seimbang dunia akhirat
Yang lebih utama ialah akhirat. Fasa yang mesti dialami oleh semua orang. Ini hak yang paling hak
Ada mizan di sana nanti
Nak tak masuk syurga tanpa hisab?

" Dan (pada hari itu) engkau akan melihat setiap umat berlutut. Setiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya.Pada hari itu kamu diberi balasan atas apa yang telah kamu kerjakan " (Al-Jaasiyah 28)

Hidup ini ialah ibadah dan ujian bagi kita. So, hargai fasa hidup yang Allah berikan sebaiknya
Once the death comes, no chance again to come back to the world, to repent from the sins, to do all good deeds
Itu garisan penamat kita. Jadi, bertaubat banyak-banyak masa di dunia sebab Allah Maha Pengampun dan Penerima Taubat
eh, tapi tak bolehlah dengan sengaja kita buat maksiat, buat dosa, lepas tu bertaubat
' takpelah buat salah ni, buat salah tu. pastu kita taubat balik banyak-banyak dengan Allah'
Andaikata Allah tak ampunkan macam mana?
Kita dah taubat, tapi bukti amalan tetap tercatat dalam buku amalan sebelah kiri
Mata, telinga, tangan, kaki dan anggota badan setia menunggu untuk jadi saksi kelak
Na'uzubillahiminzalik!

Lagi satu kata-kata Ustazah Nadzirah masa kuliah fiqh wanita,
'' kalau tiada peraturan Allah di dunia ni, tak tahu la apa yang kita sedang buat sekarang"
Mungkin masa maghrib, kita sedang berseronok dengan perkara lalai 
Bila ada peraturan, hidup kita jadi teratur
Peraturan Allah langsung tak membebankan, malah makin memudahkan.Islam kan mudah je
Kalau takde lampu isyarat ciptaan manusia tu, setiap satu detik agaknya boleh accident. kan?



p/s :  70 kali sehari malaikat intai kita untuk tarik nyawa. Reminder!


2 comments:

teringat jugak kata2 ustaz time kursus kawen tu.
alam yang kite tempuhi.
alam roh, alam rahim, alam dunia, alam kubur dan akhirnya nnt di akhirat.
dalam 5 tu, kita dah tempuh 3. tak lama dah untuk yg lagi 2 tu.. tapi, banyaknya orang tak sedar hakikat tu. termasuk la diri sendiri ni na, asyik lalai je. sob3. terantuk sekejap, tersedar. pastu, lalai lagi. terantuk lagi, tersedar. pastu lalai lagi. berharap lebih banyak terhantuk supaya lebih banyak kali tersedar.

huhu, same la jap
bese orang time susah tu baru ingat Allah betol-betol
hoho,takutnye nak hadapi 2 fasa lagi
cant imagine it

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More