Tuesday, November 1, 2011

macam mana nak cari ni?

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Alhamdulillah, sindrom exam dah habis. 2 paper je rasa macam 10 paper. Untuk kawan-kawan yang masih ada paper, teruskan usaha dan buat yang terbaik
Terasa macam nak sambung sikit hasil ilmu kursus kahwin yang lepas
Kalau tak silap, ustazah tu ada cakap, nak cari suami, kena selidik betul-betul
Eh, macam nak cari jodoh pula ye..hehe
Mungkin ini satu dilema wahai kaum hawa sekalian
Adam pun tak ramai kat Malaysia ni ( tapi masa ijtima' pemuda hari tu rasa sangat ramai lelaki - berpinar-pinar mata )

Hurm, macam mana nak selidik? Sedangkan yang dah kahwin pun belum kenal 100% kan
Ustaz Kazim cakap, sebab tu bertunang perlu antara adam dan hawa
Boleh kenal banyak lagi masa tu
Yeke? 
Tak semua orang boleh tunjuk sikap sebenar sebelum kahwin
Main sorok-sorok sikit
Ustaz kazim cakap lagi, pilih lelaki beragama

Kawan saya pula cakap,
" org yg beragama tu tak semestinya orang yang amik kursus pengajian islam sama ada ustaz/ustazah...beragama means mempunyai pengetahuan tentang agama terutama perkara-perkara wajib seperti fardhu 'ain, masalah fiqh dan lain-lain,  dan mengamalkan ilmu agama yg dia ada serta berakhlak dengan akhlak Islam "

So, macam mana kita nak tahu adam tu beragama atau tak?
" Sebenarnye ada banyak cara nak kenal laki yang baik dan beragama iaitu: antaranya ialah melihat  dengan siapa dia berkawan, kalau baik kawan-kawan dia insyaAllah dia juga baik, tapi mesti tengok jumlah kawan-kawan dia dengan jumlah yang ramai, kalau setakat 2, 3 orang kawan tak  boleh jadi ukuran. Kedua, boleh selidik latar belakang keluarga dia. adakah keluarga dia drpd keluarga yg ada agama dan selidik jugak tentang pengetahuan asas tentang ilmu agama seperti fiqh, fardhu ain, munakahat dan sebagainya"

Kenapa adam yang beragama ni penting?
Sebab dia bakal jadi imam keluarga
Jika dia sendiri goyah, bagaimana nak pimpin dan didik isteri & anak-anak

Emak saya cakap,
" mok dok kisoh comel ke dok, yang penting sembahyang bang, pandai ngaji, perangai molek"
Yes, ni kata-kata azimat ibunda, kena pegang betul-betul
Mencari adam untuk parents sendiri!

Boleh memilih untuk mencari, cuma usah terlalu memilih dan jangan tak memilih langsung
Tiap orang mesti ada ciri-ciri pilihan masing-masing kan?
Baik la, penyayang la, bertanggungjawab la, romantik la, etc
Oh, syarat pertama pilihan saya ialah :  TIDAK MEROKOK
Jika adam tu beragama, jaga solat, elok mengaji, inshaAllah akhlak mulia Islam tu akan mengiringi bersama..ameen
Aqidah & ibadah yang mantap  =  Akhlak yang hebat 


Hei, diri sibuk nak adam yang beragama kan
Agamakan diri sendiri dululah!
Jika kita baik, inshaAllah Allah akan hantarkan si dia yang baik kepada kita
Jika dapat yang tak baik, redhalah dengan ketentuanNYA, pasti ada hikmah kenapa Allah takdirkan begitu

"Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka terimalah dia"
(Hadis Riwayat Tarmizi)


tolonglah berjimat untuk kahwin. lepas kahwin lagi banyak guna duit ^^


- bila dah pada fasa ini, asyik isu ini yang timbul di kalangan kawan-kawan
- bersabarlah kawan, jodoh itu Allah dah tetapkan, cuma cepat atau lambat :)

p/s : nak Allah jaga hubungan lepas kahwin? make sure hubungan sebelum kahwin lebih terjaga..sirru'alabarakatillah


3 comments:

wah dah terbau nasi minyak mekna ni...hehehhe

incik :

oh,mekna tak panadai buat nasi minyak
kena blaja dlu dgn mak
hehe


cik rama-rama :

entry ni ade unsur2 ketidakbetulan penulis entry.haha

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More