Saturday, December 10, 2011

kek VS manusia

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Sedang berbahagia di sini
Terasa seolah-olah sudah berada di syurga :)


Hari ini merajinkan diri cuba sesuatu yang baru
Guna resipi baru daripada internet
Namun sayangnya, kurang menjadi mengikut citarasa
Kerana buat-buat pandai
Tak ikut betul-betul sukatannya
Saya kurangkan sukatan minyak, kononya nak kurangkan berminyak kek tu
Alih-alih terkering la pulak
Dah tak boleh panggil kek coklat moist


Lalu, saya terfikir satu analogi selepas itu
Kek ini kurang sedap sebab kurang sukatan bahan
Begitulah dengan manusia
Jika kurang iman, amal dll, manusia tu juga kurang sedap
Kek akan kurang sedap di mulut manusia
Tapi manusia pula akan kurang sedap di mata Allah
Allahuakbar!


Cara nak tambahkan kesedapan kek ini ialah dengan topping coklat




Yes, rasanya lebih baik
Begitulah dengan kita sebagai hamba Allah
Andai masih kurang sedap diri ini
Perlulah  topup iman, topup amal, topup akhlak
To be a better person :)


Dunia kini tanpa sempadan
Boleh topup diri ikut macam-macam cara dan kaedah
Semuanya bergantung kepada kita sama ada nak yang baik atau tidak
Kata Ustaz Pahrol, jika seseorang itu inginkan kebaikan pada dirinya, Allah akan tunjukkan jalan padanya
Jika seseorang itu cintakan majlis ilmu, Allah pasti sentiasa buka hatinya untuk mencari di mana-mana majlis ilmu
Sebab itu untuk mendapat hidayah, kita perlu berusaha
Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang
Jika tiada usaha, masakan hidayah datang
Jom mohon hidayah dan taufik sentiasa bersama kita =)






- masa berhibernasi hampir ke penghujungnya
- bersabar dan terus bertahan hingga ke akhirnya! 


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More