Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Alhamdulillah, diri masih bernafas hari ini
Selamat berjaya buat semua yang sedang mengahadapi final exam
Bittaufiq wannajah ;)
Semasa hadir ke focus group minggu lalu
Kami buat satu aktiviti
Buat satu kumpulan bulatan, dalam 5-8 orang
Setiap orang perlu nyatakan perkara positif yang ada pada setiap ahli kumpulan tu
Yang dah kenal senangla nak nilai
Tapi yang belum pernah kenal tu terkulat-kulat nak sebut benda positif..huhu
Saya sedikit terlewat masuk kumpulan
Maka, keputusan positif yang saya terima daripada mereka :
- Mudah mesra dengan orang lain
- Lemah-lembut tapi ada ketegasan
- Penyayang
- Pendiam tapi dengar je apa-apa yang diperoleh
- Fokus dengan apa yang dilakukan
- Berprinsip
- Mudah kasihan pada orang, suka tolong orang
- Suka belajar benda baru
- Melakukan sesuatu secara teratur
Hoho, magic sungguh
Macam mana la diorang boleh nilai saya yang hampir 100% betul
Dah la first time jumpa
Lagi-lagi orang cina
Direct kena betul pada diri sendiri
Best betul bila orang cakap benda positif pasal kita kan
So, lafazkanlah alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah setiap masa =)
- perkara negatif lagi banyak sebenarnya
- apa kata korang pun buat aktiviti ini dengan kawan-kawan korang. dapatkan semangat positif :>