Sunday, January 29, 2012

sahabat kurniaan Allah

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Aku pasti merindui mereka
Aku pasti tiada di sini tanpa mereka di sisi
Hidup tanpa sahabat pasti tidak indah
Terima kasih Allah kerna mengurniakan mereka kepadaku
Mereka anugerah tak ternilai daripadaMu

Menghitung masa untuk berpisah
Ya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Terasa seperti baru sahaja bersama mereka
Kini masa itu semakin menghampiri
Aku tahu mereka masih boleh di sana tanpa aku
Namun kelak aku akan kehilangan saat-saat indah bersama mereka
Suka, duka, gembira, ceria
Aku pasti akan merinduinya

Gugur lagi air mata malam itu
Tanpa henti, malah makin membanjiri
Dah macam pesta air mata jadinya
Tiada lagi segan silu
Kerna kami tahu
Air mata itu tumpah atas dasar cinta sesama kami keranaMu Ya Allah
Kami bertemu dan akan berpisah keranaMu
Kami bekerja bersama-sama keranaMu

Sakit hati malam itu
Rasa dirobek-robek hati
Pedih itu hanya Tuhan yang tahu
Tidur bertemankan air mata
Moga-moga air mata kami itu diredhaiMu Ya Allah :(

Aku tidak mampu menjadi yang terbaik untuk kalian
Namun aku cuba melakukan sebaik-baiknya
Andai ada silap salah sebarang keterlanjuran antara kita
Maafkan diri ini
Semoga kita terus kekal di jalan ini
dan doakan daku juga terus kekal apabila berpisah dengan kalian nanti :)


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…




0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More