Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Bismillahirrahmanirrahim
Lama terpending nak membebel di sini
Kepala pun sudah senget sebelah hasil penangan tidur lambat. jam 4 pagi. lambat tak?
Oh, dah lama saya tak buat macam ni ok
Dalam keadaan tertentu je terpaksa seksa diri
Kesian badan tau
Malam Allah kasi untuk tidur, tapi kau tak tidur
Nak buat macam mana kan, tugas punya pasal
Dulu-dulu masa di kolej
Sayalah RATU TIDUR
Dah la duk bilik single
Memang kerja tidur je. Kalah baby ye kawan-kawan
Bila malam lepas isyak je, dalam pukul 10 camtu automatik mata akan mengantuk
Kalau time tu buat kerja, memang kerja terkedip-kedip tengok tuannya
Laptop pun biar terpasang sampai pagi
Tuannya dah syahid dulu
Memangla niat nak tidur awal sebab nak bangun awal
Ada kuliah pulak esoknya
Ok kot bangun kul 5, 5.30
Sekali-sekala terbabas jugak sampai pukul 6
Haa. barulah gelabah kan
Memang pola tidur masa ni ok
Susahla nak stay pagi buta even masa exam
Teruk kan?
laptop tengok tuan
Bila di tahun akhir ni, berubah tempat
Automatik pola tidur pun berubah
Susahla nak tidur awal macam dulu
Selalu tidur kul 11 ke, 12 ke
Kadang-kadang stay up beb, kul 1, kul 2
Mungkin sebab tengok housemate yang duk bersengkang mata
Memang peliklah dengan diri sendiri
Cubalah macam-macam pola tidur
1. Buat kerja lepas isyak. Tidur dalam kul 12. Bangun balik pukul 5
2. Tidur dulu lepas isyak. Bangun balik kul 12. Buat kerja. Tidur balik pukul 4, 5
3. Buat kerja jap lepas isyak. Tidur kul 10, 11. Bangun balik kul 4,5
4. Tidur dulu lepas isyak kul 9 camtu. Bangun balik kul 1,2. Tak tidur dah sampai subuh
5. Buat keje lepas isyak sampai kul 3,4 pagi
See, rasa-rasa yang mana paling bagus?
Setelah dibuat eksperimen hingga ke akhir semester, i think the most effective is no 4
Sebab :
no 1 tu - kalau dah tidur kul 12,possibility utk bangun kul 5 agak tipis. tapi boleh je buat:)
no 2 tu - kalau tidur balik kul 4,5, possibility untuk bangun subuh lambat agak tinggi :(
no 3 tu - bagus jugak ni cuma mungkin susah nak bangun awal balik. terlajak mungkin sampai kul 6 atau lebih lagi :(
no 4 - haaa, yang ni bagus. time orang lain tido tu kita bangun buat kerja. pastu buat jela sampai subuh. boleh subuh awal, plus solat sunat lagi tu. yang extranya, boleh tahajjud gak dulu sebelum subuh :)
no 5 - the worst for me la. sah-sah pening sebab tido lambat. dah la tido lambat, pastu confirm bangun lambat subuh. 6.30 tu dah kira lambat ok. lagi teruk kalau terbabas subuh gajah. terus ruin mood hari tu. campur sakit kepala lagi. ish3, sape suruh buat camni. padan muka :(
So, mana satu pola tidur anda?
Mungkin nanti dah kerja pola tidur lain pula
Oh, paling penting masa pregnant kena tidur cukup dan awal ye ibu-ibu sekalian
Sebab nanti anak tu pun ikut mamanya tidur bila dia dah lahir
Mama suka stay up, anak pun stay up. So, mama jugak akhirnya kena stay up pagi hari layan anak. Besarnya pengorbanan mama :)
tidur lena macam baby ni :>
Fakta sains pun cakap
Tidur kena cukup
Nanti gemuk, nanti cepat mati
Betul ke?hehe
Nak tahu tak?
Waktu muka kita paling cantik ialah sebaik sahaja bangun tidur
Eh, bukan bangun pagi lepas subuh
Tapi bangun awal pagi dalam jam 3 pagi hingga sebelum subuh camtu
Tak percaya? Cubalah tengok cermin kalau korang bangun time ni
Boleh nampak muka berseri
Bangun pas subuh, memang kuyulah sebab berkat rezeki pagi dah lari!
p/s :
- daku memang ratu tidur. letak kepala je terus tidur. tak kisah tempat mana-mana pun.hehe
- dengar tazkirah ustaz cakap, sesiapa yang susah nak tidur tu tandanya hati tak bahagia. siapa yang senang tidur tandanya Allah kasi kebahagiaan padanya. alhamdulillah, i'm the choose one :)
- maaflah sesiapa yang mengenali diri ini. kejut macam mana pun memang susah nak bangun. alarm fon sendiri pun tak dengar. simbah air baru bangun kot;p.
- pliz jangan amalkan tidur lepas tubuh. not good for us. sekali-sekala takpela kalau terpaksa
- jom dhuha sekali setiap pagi. moga hidup lebih berkat :D
- pliz jangan amalkan tidur lepas tubuh. not good for us. sekali-sekala takpela kalau terpaksa
- jom dhuha sekali setiap pagi. moga hidup lebih berkat :D
0 comments:
Post a Comment