Thursday, June 25, 2009

lelaki @ suami yang dayus

Pada awal cuti semester yg lalu, saya pulang ke kampung halaman..mengubat rasa rindu pada keluarga..suatu hari, saya,emak dan adik melawat nenek di rumahnya..kemudian, semasa kami dalam perjalanan pulang, emak bercakap mengenai sesuatu di dalam
kereta :

“ Pagi tadi mak dengar ceramah kat tv…Dr. Masyitah yang berceramah..katanya…

‘ terdapat dua golongan yang tidak dapat mencium bau syurga, bukan tidak dapat masuk syurga , tetapi bau syurga tu pun tak dapat..iaitu anak yang derhaka dan suami yang dayus ‘.

Saya menyangka emak nak menyambung tentang anak yang derhaka, yelah kan..anak2nya yg dua orang ni ada dlm kereta, tapi sangkaanku salah..emak menyambung tentang suami yg dayus..

Kemudian, saya berkata, “ yelah..tu tengok artis-artis berlakon..tidur dgn suami isteri orang..peluk sana,peluk sini, dayuslah tu, ”

“ Yang tu memang jelasla, tapi tu..tengok..perempuan2, isteri2 yang pakai baju ketat, keluar pakai baju lengan pendek, pakai baju jarang nampak tiang dua batang…tu orang panggil dayuslah tu suami dia..tak reti nak didik isteri “, kata emak dgn tegas.

Saya menyambung, “ oh, yeke..camtu pun dianggap dayuslah “.

“ Ingat senang ke jadi suami..bila jadi suami tanggungjawab lagi banyak,lagi berat..nak didik isteri, didik anak-anak..semua atas diri lelaki tu…jangan ingat diri tu dah cukup beramal ibadat dah selamat..anak isteri tak dipedulikan…banyak2 kumpul amalan, kumpul pahala..nanti tiba-tiba hilang lenyap macam tu je anak isteri tarik..tak ke rugi namanya, “ emak menyambung lagi.

Tiba-tiba adik menyampuk..” mak, ayah dayus tak? “..


Saya hanya tergelak kecil mendengar soalan adik..mungkin dia dalam situasi utk memahami istilah dayus itu..Emak juga ketawa kecil..”ha, ayah tak dayus..dulu mak nak pakai lipstick pun ayah tak kasi kan,” kata si kecil itu lagi..

Saya dan emak hanya ketawa mendengar celoteh adik..fikir saya di dalam kepala…dapat juga saya motivasi baru hari ni…hehe..


Sahabat-sahabat sekalian,
Memang betul sebenarnya apa yg diberitahu oleh Dr. Masyitah itu..kita lihat, betapa ramai isteri dan anak-anak di luar sana yg kurang menghayati ajaran Islam..seperti yang dituntut oleh agama..tidak kira sama ada golongan remaja atau golongan ibu yg sudah berumur…bergaya seperti orang muda..

Menambah perbualan saya dengan emak,
“ kalau si suami tu dah ajar,dah didik isteri tu, takpelah..sekurang-kurangnya dia dah melaksanakan tanggungjawabnya..itu bergantung pada si isteri tu lah..nak ikut atau tidak nasihat si suami..kalu dia tak nak ikut, dialah yang tanggung semua tu..mungkin si suami dah terlepas daripada tu”.

Bukankan isteri solehah itu ialah isteri yang mentaati segala perintah suaminya selagi tidak bercanggah dgn syariat…

Lihatlah betapa besar peranan seseorang lelaki itu apabila dia mendirikan rumahtangga..mampukah dia mendidik, mentarbiyyah isteri dan anak-anak dengan cara hidup Islam..semuanya bergantung kepada sang suami..juga bergantung pada si isteri..jika betul didikannya, insyaAllah suasana keluarga yang islamik dapat diwujudkan…

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?
Na'uzubillah.

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami berdiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiakan melencong daripada ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...

Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar, seperti firman ALLAH S.W.T.:-

"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! PERIHARALAH DIRIMU DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA YANG BAHAN BAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU, PENJAGANYA MALAIKAT-MALAIKAT YANG KASAR DAN KERAS, YANG TIDAK DERHAKA KEPADA ALLAH TERHADAP APA YANG DIA PERINTAHKAN KEPADA MEREKA DAN SELALU MENGERJAKAN APA YANG DIPERINTAHKAN " ( surah At-Tahrim : 6 )

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat daripada ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak…
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji ALLAH S.W.T. Sesungguhnya janji Allah itu adalah suatu yang pasti…

~ wahai wanita sekalian,sanggupkah kita menjadi penarik kaum Adam ke neraka Allah..sanggupkah kita membiarkan ayah, abang dan adik lelaki kita mendapat balasan itu drpd Allah ~

~ jika kita benar-benar sayangkan mereka dunia dan akhirat, wajarlah kita hidup berlandaskan ajaran Islam..seperti yang terkandung di dalam Kalamullah ~

~ wahai kaum adam, bersedialah kamu menjadi tiang keluarga yang mampu membina keluarga yang aman harmoni, yang sejajar dengan kehendak agama ~

~ janganlah menjadikan diri daripada digelar lelaki yang dayus..juga suami yang dayus ~

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More